uniformss
54 cerita
ZAUJAH HAMZAH [SU] oleh thekafai
ZAUJAH HAMZAH [SU]
thekafai
  • Membaca 60,482
  • Suara 5,978
  • Bagian 28
[ BOOK 4] HAMZAH BIN YUSUF Dia lelaki biasa. Bukan orang kaya atau ustaz. Namun selalu dilabel 'soleh'. Hanya kerana dia suka dan cinta pada masjid. "Andai Hamzah sudi, walid teringin bermenantukan Hamzah. Walid mahu kenalkan puteri walid pada Hamzah. Kalian boleh bertaaruf. " -TUAN ZAHARI Lamaran dari seorang guru yang disegani, buat fikiran dan hati Hamzah berbolak balik. Celaru. Dan ketika hati yang bersifat berbolak balik miliknya bersujud pada DIA, Hamzah dapat jawapan sebaliknya. Jawapan cash dari Tuhan. "Saya sudi bertaaruf, sudi jadi menantu walid. Tapi maaf, bukan dengan Ustazah Laylaa. Saya mahu memperisterikan Hana." Penolakan cinta Ustazah Puteri Laylaa, mencemarkan nama baik Hamzah. Tambahan pula pilihan Hamzah cumalah Hana. Perempuan liar yang jauh dari sempurna. "Apa lebihnya Hana sampai Hamzah mahu halalkan dia? Kenapa bukan Laylaa saja?" -PUTERI LAYLAA "Aku pun nak tanya benda sama. Kenapa ek, dia pilih perempuan macam aku jadi isteri dia?" -SURIA GERHANA Indahnya cinta halal selepas nikah, memaksa Suria Gerhana jatuh cinta pada suami solehnya secara rela. Hamzah tak pernah gagal jadi suami mithali. Suami yang melindungi sang isteri. Suami yang sempurna serba serbi. "Kenapa awak pilih saya, Hamzah? Saya bukan perempuan baik. Saya..bukan Layla." -SURIA GERHANA "Sebab Suria Gerhana, adalah jawapan untuk semua doa yang seketul Hamzah dah langitkan selama ini." -HAMZAH - Ini cerita seorang Hamzah. Lelaki penjaga masjid yang berusaha mengangkat darjat Suria Gerhana secara halal. Dan jika ada sesiapa yang bertanya.. "Suria?" "Hana?" "Siapa Suria Gerhana?" Maka jawapan tenang Hamzah kekal akan sama. Dari detik dia mengungkap ijab kabul, hingga takdir memisahkan mereka. "Suria Gerhana, Zaujah Hamzah." Dia Suria Gerhana, zaujah Hamzah si lelaki 'hutan'. Perempuan kuat, wanita terpilih yang menjadi belahan jiwa seorang Hamzah.
THANK YOU, KAPTEN (COMPLETE) oleh bungatehh
THANK YOU, KAPTEN (COMPLETE)
bungatehh
  • Membaca 112,079
  • Suara 4,095
  • Bagian 43
Ayla khadeeja bekerja sebagai seorang photographer di sebuah syarikat penerbitan. Menerima tugasan untuk mengambil gambar pasukan TUDM di Kem Tentera Udara Subang. Disitulah dia berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Kapten Luthfi El-Amin yang merupakan salah seorang pasukan TUDM yang akan bekerjasama dengan Ayla khadeeja untuk sesi photoshoot. Masih sukar untuk melupakan arwah tunangnya, Megat Qhalif. Namun kehadiran Luthfi El-Amin sedikit sebanyak mengubati luka di jiwanya, walaupun berulang kali dia menolak lelaki itu. Kerana baginya, Megat Qhalif adalah cinta terakhirnya. ALL RIGHTS RESERVED. Semua watak didalam short love-story ini adalah rekaan daripada imaginasi saya sebagai penulis. Tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
[ Edit ] Akhtar's : Cinta Yang Berduri oleh nurapinky_
[ Edit ] Akhtar's : Cinta Yang Berduri
nurapinky_
  • Membaca 506,626
  • Suara 20,743
  • Bagian 80
Tengku Harriz - Cold hearted, observant person and hot. Jejaka tinggi lampai yang pernah putus tunang yang menyebabkan dia tidak percaya akan cinta lagi. Anti perempuan! Farhana Sofea - Independent woman, savage and such a QUEEN. Gadis kasar bermulut lancang. Tidak percaya akan lelaki kerana baginya semua lelaki tak guna! Anti lelaki! Apa jadi bila anti perempuan dan anti lelaki berjumpa? "Dalam banyak-banyak perempuan, you juga yang I jumpa hari ni!" "Apa? Ingat I hamak sangat nak tengok muka you? Muka dah la macam badak sumbu!" "Ehh sedap you mengata I? Muka you tu dah la macam pontianak langsuir!" Jumpa bergaduh. Jumpa jadi anjing dan kucing. "Hana, kahwin dengan I" Angin tak ada tiba-tiba kelapa jatuh. Harriz ni mimpi jatuh tingkat 50 ke tiba-tiba lamar dia? Perempuan lain dah pupus ke? Ke dia dah nak mati terdesak nak kahwin? "Kita kahwin. You dengan life you. I dengan life I" "Okay deal" Sebuah perkahwinan yang terhasil kerana masing-masing mempunyai sebab tersendiri. "Kenapa tak boleh ada istilah cinta dalam perkahwinan ini?" "Hidup I berduri. Cinta I pun berduri. There will need to be a sacrifice to love and to have" "You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan" Mampukah perkahwinan itu menghasilkan sebuah cinta? "Pokok yang berduri jika diberi racun makin berbisa tapi kalau diberi kasih sayang, jadi apa?" "Jadi cinta yang berduri" Dinding dibina kemungkinan tidak akan roboh jika sang pemilik tidak ingin memberi peluang. "Someone once said to me, duri-duri kalau tak dibuang memang bahaya. So boleh I buang duri you?" Ada sinarkah Farhana Sofea mengecapi cinta yang diidamkan? "I back off. Cinta kalau bertepuk sebelah tangan memang takkan berbunyi" "Dan cinta bila dah pergi baru nak hargai. Come back to me, Hana" Mampukah mereka membina mahligai cinta? "I can sacrifice anything but I can't sacrifice you, honey" Rahsia demi rahsia. Kebenaran demi kebenaran. Apa akan terjadi jika rahsia yang disimpan terungkai?
[ OG ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum oleh fiqalynaaa
[ OG ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum
fiqalynaaa
  • Membaca 29,502
  • Suara 2,424
  • Bagian 37
Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "Percayalah, semua orang berhak untuk bahagia, termasuk kau... aku hanya minta peluang untuk buktikan pada kau bahawa cinta yang sebenar itu masih ada." - Yazzed Qayyum "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End :
GHADI AQHAR: THE LIONS  oleh CikInzzz
GHADI AQHAR: THE LIONS
CikInzzz
  • Membaca 543,258
  • Suara 19,009
  • Bagian 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua mereka yang sejuk beku itu pun satu hal juga. Ghadi Aqhar si ketua dalam kumpulan itu mula tertarik dengan telatah Naura. Adakah bibit-bibit cinta akan tersemai di antara mereka? Dapatkah Naura menerima Ghadi setelah mengetahui pekerjaan sebenarnya?
IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6 oleh moonjni
IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6
moonjni
  • Membaca 375,681
  • Suara 20,989
  • Bagian 61
SEQUEL DARIPADA CINTA MATI KOMANDER Ali Heidi dan Athirah Heira merupakan anak daripada Komander Nahdi Sayf dan Inspektor Eva Alilah. Pertemuan dan Takdir sering dibicarakan oleh semua manusia. Segalanya sudah ditetapkan oleh Allah. Takdir yang bersatu membawa pertemuan Ali dengan seorang gadis. Gadis yang membuka satu lembaran baru dalam hidupnya. Dia perlu menerima segalanya dengan kerelaan hatinya juga. Manakala takdir Athirah pula berbeza dengan abangnya. Semuanya kerana mahu menjaga satu tanggungjawab yang diberi. Athirah cuba untuk mengatasi segala cabaran yang diterima dalam hidupnya selepas kemunculan seorang lelaki yang bergelar Tuan padanya. Start : 29 Februari 2024 End : 23 April 2024
WASIAT oleh hexapropymate
WASIAT
hexapropymate
  • Membaca 293,540
  • Suara 9,815
  • Bagian 73
" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi hatinya sejak dari dulu lagi. Kapten Hanis Amirah. Seorang pegawai tentera juga. Anak kepada Leftenan Jeneral Malik ataupun mereka panggil Komander Malik. Seorang yang keras hati dan tak mudah beri kompromi. Kapten Zakri dan Kapten Hanis disatukan menjadi pasangan suami isteri. Zakri gembira tetapi Hanis anggap ini cuma rancangan keluarga. Sejak dari dulu lagi, Hanis dan keluarganya sering berbalah pendapat. Setiap yang Hanis katakan, semuanya dibantah oleh keluarga. Tetapi, apabila sudah hidup bersama dengan Zakri, Hanis mula merasai kebahagiaan. Dilayan seperti ratu oleh suami sendiri. Namun, hidup tak selalunya indah. Hubungan mereka berdua hampir berantakan akibat orang terdekat. Satu demi satu rahsia terbongkar. Sehinggalah satu rahsia besar yang diselindung oleh Zakri dan Komander Malik menyebabkan Hanis patah hati. Tetapi Zakri sentiasa ada untuk melindunginya. Walau bagaimanapun, Zakri tetap seorang manusia. Yang tidak selalu menang. Tidak selalu berada di atas. Hanis membuat keputusan untuk menyelamatkan rumah tangganya demi kebahagiaan mereka. Hanis membantu Zakri untuk mempertahankan dirinya kerana sedar, Zakri buat segalanya untuk dia. Mampukah hubungan Zakri dan Hanis bertahan?
HER BELOVED : QAID ISKANDAR oleh caramel_ina
HER BELOVED : QAID ISKANDAR
caramel_ina
  • Membaca 39,422
  • Suara 1,506
  • Bagian 27
Cerita mereka bermula apabila Ina terjatuh hati pada juniornya, Qaid Iskandar. Perbezaan umur sebanyak 2 tahun tidak menghalang Ina untuk menyedari rasa cinta yang kian berputik di hati perempuannya. "Saya suka awak, Ayeed. Suka sangat."- INA "Aku tak suka kau"- QAID Setelah mereka mencecah alam dewasa dan bekerjaya, Qaid Iskandar muncul lagi dalam hidup Ina. Namun, bukan sebagai masa silamnya, tetapi sebagai bakal suami Ina. Gila? Ya, amat gila. Apakah yang dirancangkan oleh Qaid Iskandar yang datang kembali setelah menghancurkan hati perempuan milik Ina? Tidak cukupkah baginya hati Ina telah disiat siat olehnya tanpa belas kasihan?
+10 lagi
Bicara Sunyi Sebuah Kasih [COMPLETE] oleh naqira_98
Bicara Sunyi Sebuah Kasih [COMPLETE]
naqira_98
  • Membaca 136,871
  • Suara 3,762
  • Bagian 49
Alya, gadis bisu yang tidak pernah didengari suaranya-bukan kerana dia tidak mahu bersuara, tetapi kerana dunia tidak pernah mahu mendengar. Hidup dalam bayang-bayang penderitaan dan layanan keluarga yang mencarik maruah, dia dipaksa menikahi Faris, lelaki misteri yang disangkakan biasa, namun rupa-rupanya seorang Mejar dalam pasukan elit 21 Grup Gerak Khas Tentera Darat Diraja Malaysia (21 GGK TDM). Perkahwinan itu bukan tentang cinta, tapi pengorbanan. Dua jiwa yang tak pernah saling mengenali kini berkongsi satu atap, satu takdir. Alya dengan dunia sunyinya, dan Faris dengan rahsia perjuangannya. Dalam diam, kasih mula bercambah. Dalam senyap, luka lama cuba disembuhkan. Namun, kehidupan mereka tidak pernah mudah. Ketika misi sulit negara mula menyentuh pintu rumah, dan rahsia masa silam mengintai bahagia yang baru tumbuh, adakah hati mereka cukup kuat untuk bertahan? Bicara tidak perlu suara, tapi cukuplah kasih yang memahami dalam diam, dan cinta yang berjuang dalam sunyi. Mejar Faris 21 GGK X Alya
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C] oleh tyrastory_
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
tyrastory_
  • Membaca 1,425,223
  • Suara 49,100
  • Bagian 72
🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintangan. Akan tetapi kesetiaan tanpa kejujuran telah mengecewakan salah satu pihak sehingga hubungan yang sudah lama dibina hampir terputus ditengah jalan. Siapakah yang perlu disalahkan? Orang luar? Atau.. diri sendiri? "My sweetheart.." - Ferhad. "Yes my Inspektor.." -Syeera New story💣 Matured content, loyalty. Light conflict. Have some 18+ scene. Sexy storyline. NO CENSOR words and scene ⚠️ Don't plagiarism⚠️ Story ini 100% idea saya dan jangan plagiat hasil cerita ini. Thank you❤️ Cover by : @coffeeepudding 🤍