airanologii
Kadang, langit tidak selalu biru.
Ada waktunya ia kelabu, redup, seolah-olah turut berkabung bersama manusia di bawahnya.
Begitulah hidup sang Nufail Ardani - tidak pernah benar-benar cerah, tapi juga tidak pernah gelap sepenuhnya.
Setiap hari terasa sama: nafas berat, dan suara yang hanya mampu memujuk diri sendiri agar terus kuat bertahan.
Namun tidak mengapa.
Kerana pada hari langit menunduk,
bukannya tanda dunia sedang menghukumnya,
sebaliknya tanda bahawa langit juga berkongsi rasa yang sama.
***
⚠️ Read at your own risk.
P/s: Saya tidak menyokong mana-mana aksi ganas, dera, kata-kata kesat, mahupun isu sensitif di dalam karya ini.
***
aira | 2025