Ebook
11 stories
The Larsons: HANS by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 35,198
  • WpVote
    Votes 2,904
  • WpPart
    Parts 1
Spin-off King Haidar. WAJIB baca King Haidar dulu untuk tahu siapa mereka. Hans x Atisha
Wanita Titanium (Sekuel Lelaki Astatine) by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 10,464
  • WpVote
    Votes 681
  • WpPart
    Parts 1
Sekuel Lelaki Astatine. Wajib baca Lelaki Astatine dulu. A sad romance. Ardean Tufail x Eshal Elzahra
MR PRINCE'S PRISONER [complete] by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 708,586
  • WpVote
    Votes 33,563
  • WpPart
    Parts 76
Putra Kim Mikail x Najeeha Sudah jatuh di timpa tangga! Menjadi tawanan penyamun pula! Begitu lah nasib diri seorang janda muda bernama Najeeha. Ingatkan berkahwin dengan lelaki yang di cintai, diri nya boleh hidup bahagia. Rupa-rupa nya semua itu bukanlah seindah yang di sangka bila si suami berkahwin lagi dan dia diceraikan saat si suami melafazkan akad dengan wanita lain. Dapat pulak ibu mertua mulut puaka, lagi la bertambah rasa pedih di dada. Setahun bergelar janda, bekas suami berubah menjadi gila talak. Tapi Najeeha bukan lah perempuan lemah yang akan mudah untuk di pujuk rayu semula. Biarpun dia orang susah, tapi dia ada harga diri. Apa Adam ingat dia kain buruk? Bila masih cantik, pakai, bila dah buruk buang? Dia satu-satu nya anak kampung wanita muda pertama yang menjadi nelayan. Jadi jangan pandang rendah pada kaum wanita. Dia harus akur dengan takdir hidup nya. Dia masih ada nenek dan adik yang perlu di suap mulut mereka. Hidup Najeeha berubah 180 darjah ketika dia sedang menangkap ikan di tengah laut, dia telah menyaksikan satu kejadian pembunuhan yang berlaku di atas sebuah kapal. "May nakakakita sa atin na pumatay ng kriminal kanina, Kim" - Han "Tangkap dia! Huwag mo siyang palayain" - Mr Prince Berjayakah Najeeha melarikan diri? Di saat dia cuba menghidupkan enjin bot, enjin bot pula mati. Geng penyamun pula sudah berdesup-desup terjun ke dalam bot kecil mahu mengejar nya. Dan Najeeha terus menjadi tawanan dalam kapal besar itu selama 14 hari lamanya. "Ni bukan tempat saya! Lepaskan saya!" - Najeeha "Kau akan jadi tawanan aku selama-lamanya" - Mr Prince "Kenapa awak kejam sangat?" - Najeeha "Dahil Mahal Kita, Jeeha.. " - Mr Prince Pertemuan ini telah membibitkan rasa cinta pandang pertama dalam hati Mr Prince, putera raja Kepulauan Kristal. Benarkah wujud nya Kepulauan Kristal? Yang di perintah oleh seorang Raja yang tidak pernah di ketahui pun kewujudan nya? ▶️Karya adalah 100% idea asal penulis sendiri Mi_Amethyst
AKU MEMILIH DIA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,255,300
  • WpVote
    Votes 40,133
  • WpPart
    Parts 50
Qaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' kurang di senangi, pada pendapat bapa Aisha Nafisa seorang pemburu tidak akan mampu memberi anak mereka kesenangan. Qaf Yusuff redha, dia membawa diri ke sebuah bandar besar. Pertemuan Qaf Yusuff dengan seorang jutawan Tan Sri Abdul Fattah telah mengubah segalanya apabila lelaki itu melamar dia untuk anak gadisnya. Qaf Yusuff menolak kerana dia berasa tidak layak menjadi menantu seorang jutawan.Bagi Tan Sri Abdul Fattah, dia tidak kisah tentang pekerjaan Qaf Yusuff kerana dia lebih melihat pada keperibadian berbanding harta benda. Pertemuan kali pertama dengan anak tunggal Tan Sri Abdul Fattah telah mengubah keputusan Qaf Yusuff. Sekeras mana pun Ayfa Zuelaikha menolak untuk di satukan dengan pemburu sesat itu, jika sudah tertulis itu jodohnya pasti akan bersatu jua. Saat tahu nama sebenar Qaf, Ayfa Zuelaikha jatuh cinta kerana baginya nama itu telah mencuri hatinya. Namun, saat bahagia mula menjelma kebahagiaan mereka di uji dengan dasyat. Satu peristiwa buruk telah menimpa Ayfa Zuelaikha sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan. Adakah Qaf Yusuff akan setia saat mengetahui isterinya kini seorang pesakit mental? Adakah perkahwinan mereka akan terus bertahan sehingga akhirnya? ⚠️ Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
Lelakiku (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 751,206
  • WpVote
    Votes 25,591
  • WpPart
    Parts 44
(Wajib baca AKU UNTUK DIA before baca ni) ADAM HAYYAT X *HAWA ZHUFAIRAH* ♥️ Menyelamat Hawa Zhufairah dari genggaman mafia bernama Cobra telah mencipta satu pertemuan tanpa sengaja antara Adam Hayyat dan gadis comel itu. Hawa yang tidak ada hala tuju telah menumpang di rumah Adam. Desakan orang kampung dan juga abang Adam telah mencipta satu ikatan sah antara Adam dan Hawa walaupun tanpa cinta di hati. Semakin lama Hawa mengenali Adam dia mula jatuh cinta. Kekerapan Adam meninggalkannya sendirian membuatkan hati Hawa tidak keruan, Di manakah lelaki itu pergi? ⚠️Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C) (BAKAL TERBIT) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,996,403
  • WpVote
    Votes 66,249
  • WpPart
    Parts 51
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD Jika dia permaisuri, aku panglimanya♥️ Bagi Leftenan komander Muhammad Hud Mencintai Huda Dahlia ialah kewajipanya. ❗️Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun sudah meninggal dunia ❗️Cerita ini 100% hasil karya saya tiada peniruan dari nama main lead hingga ke jalan ceritanya kecuali scene memberkas lanun bab 2 dan a few bab saya refer beberapa filem, berdasarkan kisah benar. Maaf jika ada kesalahan tatabahasa saya akan cuba perbaiki😊
LEO'S POSSESSION | eBook by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 76,619
  • WpVote
    Votes 6,733
  • WpPart
    Parts 45
RAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. Hidupnya hanya bertunjangkan nafsu, kuasa dan wang ringgit. Ketika berusia 17 tahun, Leo sudah kehilangan kedua orang tuanya yang telah terlibat dalam kemalangan ketika berada di dalam kapal di atas laut. Bagi Leo, perempuan hanya lah untuk berseronok. Bukan untuk disayangi, apatah lagi untuk dicintai. Selepas kematian kedua orang tuanya, Leo dibesarkan dengan persekitaran keluarga yang hidup dalam pergaulan bebas oleh ayah saudaranya, David. Dan Leo terus membesar menjadi seorang lelaki yang lupa agama. DARLINA SOFEA BT IDRIS, anak yatim piatu dan gadis gelandangan. Satu peristiwa hitam telah meragut nyawa kedua ibu bapanya ketika dia berusia 12 tahun dan menyebabkan dia terus terpisah dari ahli keluarga dan saudaranya yang lain sehingga hilang jejak. Dan sejak itu, Darlina telah menjadi anak gelandangan dan dia berkawan rapat dengan dua beradik yang juga gelandangan, Haris dan Zed. Mencuri sudah menjadi kebiasaan mereka bertiga demi untuk mengisi perut. Kerana satu kejadian ketika tiga sekawan itu memecah masuk ke mansion WHITE OWL untuk mencuri atas arahan Master James, telah menyebabkan mereka tertangkap. Adakah mereka terkorban atau sebaliknya? Dan detik ini, menjadi pertemuan pertama antara Leo dan Darlina. Pertemuan yang berlaku dalam keadaan yang sangat tragis dan langsung tiada manisnya. Namun siapa sangka, hati Leo yang tak pernah kenal erti cinta itu, mula berpaling tadah dan menderhaka. "Ê, tên trộm, cậu đã đánh cắp trái tim tôi rồi! (Hei pencuri! Kau telah mencuri hati aku!)" - Leo
Dear Mr Mask - Ebook by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 374,290
  • WpVote
    Votes 11,698
  • WpPart
    Parts 50
Adi Akashah, kehilangan isteri tercinta dalam satu kemalangan, telah menjadikannya seorang lelaki yang hidup dalam jiwa yang mati. Menyalahkan diri sendiri sebagai punca kematian isterinya, dia telah nekad untuk tidak membenarkan cinta hadir lagi ke dalam hatinya. Baginya, cintanya hanya milik arwah isterinya. Dia hidup dalam bayangan sendiri, meratapi pemergian si isteri tanpa henti. Sikapnya juga terus berubah 360 darjah, menjadi pemarah, ego dan panas baran. Dan dia telah membuat satu keputusan gila, menutupi wajahnya dengan topeng kerana dia tidak mahu mana-mana wanita jatuh cinta padanya. Wajahnya, hanya arwah isterinya saja yang layak untuk menatapnya. Bella Nadiya, dia gadis periang dan happy go lucky. Anak tunggal dan anak manja. Masih menuntut di kolej dalam bidang Seni Reka Dalaman. Dicurangi kekasih hati bersama dengan sepupunya sendiri, dia kecewa. Percintaan yang sudah terjalin 2 tahun lamanya, terputus begitu saja. Bagi Bella, rupa kacak pun tidak menjamin kebahagiaan. Pertemuan tidak sengaja dengan jejaka bertopeng di rumah kawan mamanya, telah menjadikan Bella tidak keruan mahu mengenali siapa lelaki itu. Ada-ada saja helah dan cara yang dilakukan untuk mengenali lelaki itu, namun ternyata sukar sehinggalah Bella membuat keputusan gila mahu melamar lelaki itu. Dia tidak mahu memilih lelaki yang bermuka kacak lagi. Biarlah rupa lelaki bertopeng itu buruk sekali pun, dia tidak kisah. Asalkan lelaki itu setia pada cinta. Berjayakah Bella dalam usaha untuk memikat hati jejaka bertopeng itu? "Dear Mr Mask, beri saya tempoh 3 bulan untuk mengorat awak, boleh?" "Jangankan 3 bulan, 3 saat pun aku tak sudi nak beri!" "Awak takut eh?" "Kau jangan nak cabar aku!" "Dan saya memang sedang mencabar ni my dear Mr Mask" "Baik, kalau lepas 3 bulan kau gagal, aku akan lepaskan kau. Aku tak nak terikat dalam perkahwinan yang bodoh ni!" Itu sekarang, bagaimana pula dengan tiga bulan akan datang? "Wo ai ni, Mr Mask"