We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
ccookies's TBR
30 stories
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 848,629
  • WpVote
    Votes 61,636
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
DIPLOMATIC LOVE OF A FIREFIGHTER 2 by AKLLYSH
AKLLYSH
  • WpView
    Reads 1,787
  • WpVote
    Votes 65
  • WpPart
    Parts 51
sila baca DLOAF revamp edition terlebih dahulu ~
Diplomatic love of a firefighter ( Revamp) by AKLLYSH
AKLLYSH
  • WpView
    Reads 12,115
  • WpVote
    Votes 1,008
  • WpPart
    Parts 104
Revamp edition Tengku Adrian Qaulalhaq- Seorang anggota bomba muda yang komited dengan kerjanya berjumpa dengan Allysha Khalila yang merupakan seorang ahli diplomat muda Malaysia. Disebabkan perasaan insecurity menyelubungi dirinya membuatkan Allysha menjauh dari Adrian. Mampukah cinta yang Adrian berikan terhadapanya membuatkan perasaan insecure yang berada di dalam diri Allysha itu sembuh sepenuhnya?
tiga srikandi by niskalayumi
niskalayumi
  • WpView
    Reads 229
  • WpVote
    Votes 98
  • WpPart
    Parts 14
[ vote | comment | follow ] inspired by ; kpop demon hunters "Tiga semangat, tiga keistimewaan mencipta satu cahaya. Harapan," Di Melaka sekitar tahun 1480, dikatakan tersembunyi Gerbang Awan di sebuah kawasan hutan larangan yang dijaga ketat oleh makhluk bunian. Gerbang tersebut berfungsi sebagai pintu pemisah antara dunia manusia dan dunia halus. Hanya penjaga terpilih sahaja yang mampu menutup gerbang supaya syaitan dari alam ghaib tidak menular ke dunia manusia. Negeri Melaka menjadi huru hara selepas saudagar asing membawa Peti Hitam, artifak purba dari Tanah Arab yang dihuni oleh Jin Ifrit, makhluk halus yang terkenal dengan kegagahannya. Tanpa sengaja, peti tersebut pecah dan membuka pintu gerbang yang selama ini dikunci rapat. Makhluk halus berduyun-duyun keluar dari alam ghaib memenuhi dunia manusia dan mencari tubuh yang sesuai untuk ditempati. Ada juga yang tidak bernasib baik berakhir menyedihkan apabila roh mereka menjadi makanan makhluk yang rakus itu. Negeri yang maju itu mula menjadi mundur kerana banyak para pedagang takut berdagang ke sana. Melaka dilanda wabak pelik dan ramai orang hilang di pinggir hutan. Lela, Murni dan Mayang diarahkan oleh Dewi Bunian untuk mengembara mencari Tiga Kunci Awan untuk menutup gerbang tersebut. Tapi untuk itu, mereka perlu mengorbankan sebahagian diri mereka. Perjalanan mereka amat mencabar selain daripada gangguan aktif syaitan, kepercayaan mereka mula diragui sehingga ikatan persahabatan yang baru terbentuk menjadi renggang. Peristiwa masa lalu memburu mereka menjadikan ia satu titik lemah untuk menghancurkan semangat perjuangan itu. Mampukah mereka menutup Gerbang Awan? Ataupun gerbang tersebut bakal memakan jiwa mereka seutuhnya?
A² [C] by petalsbyprose
petalsbyprose
  • WpView
    Reads 18,440
  • WpVote
    Votes 1,296
  • WpPart
    Parts 42
Rindu datang tidak bertamu. Menagih kasih yang kian berganti luka. Saat dirinya mulai menerima hadirnya si peneman hati, ribut sekali lagi membadai jiwa. Takut untuk menerima kebenaran dek masih tenggelam dengan janji manis palsu. Hidup Hana Aqila yang dulunya hanya bertemankan keluarga dan sahabat mula dihiasi dengan senyuman indah dilengkapi lesung pipit yang menawan. Jika dulu hatinya tertutup rapat, kini dia mula membuka ruang kepada Aqil Aryan untuk menjadi penghuni tetap. "Hana, what if saya tak nak jadi kawan awak? What if saya nak jadi lebih daripada tu?" - AQIL ARYAN Namun, ke manakah hilangnya janji manis terlebih semut yang meniti dari bibir lelaki itu? "Kenapa sampai boleh jadi macam ni? Kenapa Aqil buat aku macam ni? Kenapa dia rahsiakan semuanya daripada aku selama ni? Dia tak sayang aku ke?" - HANA AQILA "Sebab dia sayang kaulah dia buat macam ni." - ARIZ AYDEN Di saat hatinya terbuka untuk Aqil Aryan, lain pula yang dia terpaksa terima. Hakikat sebenar yang tidak pernah terlintas oleh akal fikirannya. Rahsia apa yang tersimpan sehingga menyebabkan Hana jadi makin tak tentu arah? Bagaimanakah penghujung jalan cerita mereka berdua? Akan hadirkah sinar baru yang mencantumkan semula dua keping hati yang telah rapuh? ✍🏻Trigger warning alert: depression but not too deep, light mental health disturbance cehh❗ ✍🏻 No Plagiat, idea originally from my cracked little brain ❌ ✍🏻 Jgn lupa support maceh2 !!! ✍🏻 Yang mana baik bolehlah dijadikan teladan, yang mana buruk tu buang jauh ke sempadan ^^
LUNA ADELIA [C] by petalsbyprose
petalsbyprose
  • WpView
    Reads 5,113
  • WpVote
    Votes 227
  • WpPart
    Parts 41
⚠️ Amaran: Bacaan untuk 18+ Luna Adelia - nama yang tak pernah tercatat dalam senarai wira negara yang berlencana. Menjadi seorang pegawai polis hanyalah demi menuntut hak bela yang sudah sekian lamanya sepi membisu. Sejak malam tragedi berdarah itu berlaku, hidupnya ibarat roller coaster kalah Takabisha. Namun di sebalik nama itu, terselindung topeng dengan personaliti lain. Jika di siang hari dia menjadi Inspektor Adel, malam pula dia menjadi Queen Viper. Sepanjang dia cuba mencari kebenaran di sebalik tragedi berdarah itu, pasti dirinya diasak dengan halangan lain. Tambah-tambah lagi apabila dia terpaksa bekerjasama dengan Inspektor Raid dalam misi untuk membanteras satu organisasi kongsi gelap halimunan. Raid? Heh. Perkenalannya dengan Inspektor Adel menambahkan lagi kekusutan di dalam wayar otaknya yang sudah cukup berselirat. Setiap kali misi dan setiap kali itulah hainya makin membara kerana Adel. Namun dapatkah dia menerima hakikat yang sebenar tentang gadis itu? Bagaimana pula dengan usahanya untuk 'membasuh' gadis itu? Kisah Luna Adelia bukanlah berpegang pada namanya semata-mata, namun tentang bayang yang dibawa dan bagaimana ia mula hidup dengan sendiri tanpa dia sedar. Dia bukanlah pembela kebenaran kerana hidupnya digerakkan oleh dendam kesumat. Andai api bertemu api, maka bukan bahaya lagi yang menunggu, tapi kehancuran yang menelan harapan palsu. 📌 please note that this story gonna be slow update TT 📌 reader discretion warning: the story contains mature scenes, including violence, blood, gore and aggressive actions. read at your own risk. (mind u peeps)
NADIR [C] by petalsbyprose
petalsbyprose
  • WpView
    Reads 40,334
  • WpVote
    Votes 1,654
  • WpPart
    Parts 65
Momentum ver. 2 Orang kata jadi adik bongsu perempuan tu best. Tapi mungkin orang lain, dan bukan bagi dia. Dia? Syazeera Azneen, satu-satunya puteri dan anak bongsu dalam keluarga terpaksa memendam rasa sejak kecil. Difikirnya berpindah ke Maktab Seri Perdana mampu membuatkan dia buang jauh-jauh perasaan itu, namun sebaliknya pula yang berlaku. Makin merumitkan keadaan apabila namanya sering kali menjadi topik perbualan di maktab sejak insiden 'pengumuman mengejutkan' oleh Ketua Pelajar iaitu Qadri Dazuan yang mesra dipanggil Qadaz. Insiden itu menjadi titik tolak hubungan Syazeera dan Qadaz yang berbolak-balik. Namun pertemuan semula beberapa tahun kemudian membuatkan masing-masing bertambah keliru dengan perasaan masing-masing. Nak mengelat tapi lelaki tu kawan baik abangnya sendiri. Sungguh dunia ni kecil! "Tunggu aku balik? I promise I'll be worth the hate you feel now. " - Qadaz Adakah Qadaz berjaya mengembalikan senyum dan tawa gadis itu semula? Atau... adakah Syazeera sudah terperangkap dengan janji manis Qadaz?
HIS HIDDEN LOVE [C] by petalsbyprose
petalsbyprose
  • WpView
    Reads 123,544
  • WpVote
    Votes 3,665
  • WpPart
    Parts 62
Ayra Qasreen X Haez Fateh Gara-gara dipermainkan oleh Haez suatu masa dahulu, dia nekad untuk tidak membuka ruang lagi hatinya untuk manusia bernama lelaki. Namun mampukah dia berpegang pada prinsipnya kali ini setelah berjumpa semula dengan lelaki itu? Apa yang lebih parah, mereka berjumpa semula di tempat kerja yang sama. Setiap kali dia mengelat, setiap kali itu juga dia merasakan ada graviti yang menarik dia kepada lelaki itu. Bagaimana untuk dia hadap realiti kini kalau realiti masa lampau terlalu pahit untuk dia lepaskan? Ditambah pula dengan kejadian yang menimpa keluarganya, dan semua itu juga berpunca daripada lelaki bernama Haez Fateh. Mampukah rasa benci ini ditanam buat selamanya? Trope: She fell first, but he fell harder. When the world around her fell apart, he was the storm that held her together.
RUN, PRINCESS [C] by petalsbyprose
petalsbyprose
  • WpView
    Reads 1,701
  • WpVote
    Votes 58
  • WpPart
    Parts 20
[SHORTSTORY] Note that: There's no such thing as a perfect story. Hidup Putri Khairunnisa terus berubah apabila kejadian lima bulan lepas bukan sahaja telah meragut nyawa seseorang, bahkan telah menghancurkan harapannya. Digelar pembunuh oleh orang sekeliling menyebabkan dia membawa diri jauh untuk merawat sekeping hati yang terluka. Mengharapkan janji kosong Izdiyad Eshraf dulu telah memerangkap dia jauh dalam memori hitam yang sukar dihapus pergi. "Run, princess. Run away again and you'll regret it." - Yad Puas dia lari, namun dia tetap jatuh ke tangan lelaki itu. Dia kembali untuk bangkit dan rawat luka agar sembuh, bukan untuk menjadi sasaran lagi. Meskipun tempat bergantungnya mula runtuh, tapi dia perlu kuat untuk pertahankan dirinya. Dan mampukah dia kuat andai dia tampak lemah dan rapuh di mata Izdiyad Eshraf? Adakah tempat bergantung harapnya itu mampu memberi jaminan kepadanya? 📌Warning: Bacaan matang +18 📌Trigger warning: Violence and mature themes, psychological themes, reader discretion advised
LaiLaiLai [C] by petalsbyprose
petalsbyprose
  • WpView
    Reads 2,079
  • WpVote
    Votes 168
  • WpPart
    Parts 38
[Spin-off Nadir: Laith's story] Ini bukan tentang lambatnya pisang goreng Pak Ayub nak siap. Lailailai... Tapi ini kisah Laith Hayyat. Hidupnya selari dengan nama demi menyara diri dan adik lelakinya. Sementelah kehilangan ibunya, dia nekad untuk tidak tinggal lagi sebumbung dengan keluarga tirinya yang makin dicemuh saban hari. Meskipun dia perlu hidup dalam acuan yang berbeza daripada apa yang orang lain harapkan, namun dia tetap dengan pendiriannya. "Aku boleh buat sendiri." - Laith Namun adakah pendiriannya bakal runtuh apabila gadis bernama Nur'Ain Balqis yang pernah bertapak di dalam hatinya muncul semula dengan tiba-tiba? Dapatkah dia belajar untuk melupakan kisah silamnya dan meneruskan kehidupan seperti biasa? 📌Enemies to lovers 📌 He fell first, he fell harder 📌 Contemporary romance 📌 Bromance 📌 Cinderella and the 'step brothers'