Malay story
47 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,189,111
  • WpVote
    Votes 88,209
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,867,661
  • WpVote
    Votes 413,994
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete) by hawadyraa
hawadyraa
  • WpView
    Reads 412,433
  • WpVote
    Votes 13,885
  • WpPart
    Parts 59
Badboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah dia berjumpa dengan heronya. Aryan Wong, seorang lelaki yang digelar sebagai seorang badboy oleh orang yang mengenali dirinya. Dirinya dilimpahi dengan kesenangan dari kecil lagi. Tak pernah bercinta sehinggalah dia berjumpa dengan heroinnya. Mula-mula, tak nak pun ada walau satu perasaan. Lama-lama, terbit rasa cinta di dalam hati Alia dan Aryan. Dengan Alia yang menawan dan Aryan yang jenis melindungi, hidup mereka saling melengkapi. Namun, tindakan Aryan yang telah menolak cinta Alia membuatkan Alia beralih arah. Dan apabila Aryan mula menyedari hatinya mula terpaut pada Alia, adakah dia dapat menawan hati Alia semula? start: 7 March 22 re-publish: 12 May 22 end: 10 June 22
 HAIDER LUTHFAN || TERBIT by thelifeof_rene
thelifeof_rene
  • WpView
    Reads 7,303,279
  • WpVote
    Votes 56,814
  • WpPart
    Parts 12
[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." Larayne Xaviera x Haider Luthfan All rights reserved by thelifeof_rene Start:Januari 2022 End : Mac 2022 ⚠️Emosi Berat! ⚠️Read at your own risk!
aksara by 3ardee
3ardee
  • WpView
    Reads 242,540
  • WpVote
    Votes 12,461
  • WpPart
    Parts 66
For younger me, who wanted to be someone's first choice.
𝐇𝐈𝐒 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 𝐋𝐈𝐄𝐒 by Reinaxie
Reinaxie
  • WpView
    Reads 605,504
  • WpVote
    Votes 22,907
  • WpPart
    Parts 40
"𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫." - 𝐀𝐲𝐳𝐞𝐧 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐫𝐢𝐳
Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️) by ReginaAkhira
ReginaAkhira
  • WpView
    Reads 2,578,998
  • WpVote
    Votes 107,659
  • WpPart
    Parts 177
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mereka berdua di atas satu ikatan. Satu janji telah di buat untuk melindungi gadis itu. "Aku boleh carikan Adrian. Tapi dengan syarat. Kahwin dengan aku!" -Darren Del Lucca Tatkala bahagia kian terasa, satu kebenaran yang terungkap menyebabkan Ayrena hilang arah. Lelaki yang bergelar suaminya selama ini, merupakan seorang Mafia yang sangat berkuasa. "Antara cinta dan kuasa, awak akan pilih kuasa awak, kan?" -Ayrena Rosebell "You know which one I will choose, Ayrena." -Darren Del Lucca Saat ego masih utuh, perasaan yang sudah tersemai dinafikan. Pelbagai tragedi yang berlaku membuatkan banyak rahsia mula terungkap. Kebahagiaan diragut sekelip mata saat pengkhianatan mula bermaharajalela. "Sejak aku dan kau disatukan, sejak itu aku berjanji untuk lindungi kau hingga akhir nafas aku. Kau tak boleh mati, kau janji dengan aku untuk kita hidup bersama. Jadi, aku nak kau bertahan. Untuk aku, untuk kita!"-Darren Del Lucca
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,147,645
  • WpVote
    Votes 356,058
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
THE SPLIT : BRAHMS by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 587,791
  • WpVote
    Votes 46,693
  • WpPart
    Parts 33
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir aku dah boleh teroka semua bilik-bilik yang ada di dalam rumah ini tanpa takutkan lagi hukuman kerana melanggar peraturan. Bahkan, ada satu bilik berkunci ditingkat tiga yang tidak pernah terusik langsung. Buatkan aku diserang rasa curiga sekali lagi. Tetapi kata Bayan, ia cuma bilik kosong yang pernah menjadi milik seseorang suatu ketika dahulu. Siapa? "Betul ke kau tak nak teman aku pergi outstation? Macam mana kalau aku tiba-tiba rindukan isteri aku?."-BRAYAN "Betul. Awak janganlah risau. Saya pandai jaga diri. Lagipun, Elly kan ada untuk teman saya dekat sini."- NAYRA Selepas dia pergi meninggalkan aku dan Elly di rumah yang besar dan luas ini. Satu demi satu perkara pelik yang terjadi. Kadang-kala sampai buatkan Elly terjaga kerana bunyi seperti ada seseorang pecah masuk ke dalam rumah. Bila diperiksa, tiada apa-apa yang mencurigakan. CCTV pun tiba-tiba sahaja terpadam. Hendak pendekkan cerita, suatu malam. Semua persoalan kami sudah terbongkar. Muncul seorang figura bertopeng penuh misteri di dalam rumah milik Brayan. Yang peliknya tujuannya bukan untuk mencuri barang berharga di dalam rumah ini, tetapi... Aku. Akulah tujuannya. "I'm Brahms. B-R-A-H-M-S. Bram's. Akulah yang selamatkan kau masa kebakaran tempoh hari. Ops! Tak perlu ucapkan terima kasih. Aku buat semua tu, sebab aku gentleman." "Kenapa awak tak pernah bagitau saya awak ada personaliti lain?"-NAYRA "Sebab personaliti dia jauh beza dengan aku. Sejujurnya, aku malu bila jadi diri dia."-BRAYAN "Siapa pun nama yang keluar dari tubuh ni,aku tetap Brayan. Aku tak pernah sesekali anggap diri sebagai BRAHMS. Walaupun aku fikir aku orang lain, tapi perasaan disini tetap sama. Aku suami kau, yang cintakan kau sejak kali pertama kita berjumpa. Yang takkan sesekali biarkan kau terluka atau tinggalkan kau buat kali kedua."
RYAN XAVIER'S  by cekolet
cekolet
  • WpView
    Reads 87,286
  • WpVote
    Votes 6,569
  • WpPart
    Parts 39
Ryan Xavier merupakan seorang jejaka misteri yang merahsiakan rupa dan identitinya dari dunia luar. Oleh itu, terdapat pelbagai rahsia yang dirahsiakan di sebalik topeng muka yang dipakainya. Antaranya adalah, "obsession". Bersiap sedia pada siapa yang akan jadi hak milik Ryan Xavier. Apa miliknya dijaga dengan penuh kasih sayang dan dijaga rapi sampai akhir nafasnya. Pantang jika seseorang cuba mengusik apa hak milik 'Dia'. "Dia terlalu obses" Ayra Dalessa seorang gadis yang polos dan tidak tahu akan dunia luar. Dirinya dibiarkan terkurung lama dalam sangkar emas yang diperbuat oleh ayahnya sendiri. Dia terpaksa memendam rasanya untuk bebas keluar seperti gadis lain. Dan ketika mereka pertama kali berjumpa. Ayra fikir kehidupan malangnya akan terus berakhir malah kehidupannya berubah dalam ketakutan serta nyawanya menjadi taruhan. Bolehkah dia terima siapa Ryan Xavier sebenarnya? Bolehkah Ayra bebas seperti gadis lain? :- please take note yang grammar dalam buku ni tak berapa betul sebab saya tulis buku ni masa saya sekolah menengah.. memang banyak hancur, tapi takpe kita try hidupkan balik cerita ni ya! XD happy reading! Warning: 18+/violent content/matured [Update lambat] [under editing]