imyourssss
"𝐒𝐨𝐦𝐞 𝐩𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐧𝐨𝐭 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐛𝐞 𝐨𝐮𝐫 𝐞𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠. 𝐓𝐡𝐞𝐲 𝐚𝐫𝐞 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐛𝐞𝐜𝐨𝐦𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐰𝐞 𝐛𝐞𝐠𝐢𝐧"
Lyvia, seorang gadis berumur 15 tahun hidup dalam dunia yang dibina dari buku, dakwat, dan kata-kata.
Ketika rakan-rakannya menghabiskan masa dengan media sosial dan gosip sekolah, Lyvia memilih untuk menghabiskan waktu di perpustakaan. Baginya novel bukan sekadar hiburan, novel adalah tempat dia melarikan diri daripada keraguan, kesunyian dan ketakutan untuk menjadi dirinya sendiri. Setiap impian, persoalan, dan emosi yang tidak mampu diucapkan disimpan dalam sebuah jurnal hitam yang sentiasa berada di sisinya.
Dia percaya bahawa setiap manusia mempunyai cerita sendiri.
Ada yang hadir hanya sebagai satu halaman.
Ada yang menjadi keseluruhan buku.
Dan ada yang muncul hanya untuk mengubah cerita kita.
Segalanya mula berubah apabila seorang guru bahasa english memasuki kelasnya.
Guru itu seorang yang banyak bercakap, setiap kali mengajar, Beliau tidak hanya mengajar tatabahasa dan kosa kata tetapi juga tentang makna di sebalik setiap perkataan, keberanian untuk menulis dan tentang bagaimana sebuah cerita mengubah kehidupan seseorang.
Buat kali pertama, Lyvia merasakan bahawa ada seseorang yang benar-benar memahami dunia yang selama ini hanya wujud dalam fikirannya. Melalui ayat-ayat yang ringkas, tugasan yang berbeza dan galakkan yang diberikan kepada seluruh kelas, keyakinan Lyvia terhadap impiannya mula tumbuh sedikit demi sedikit. Dia mula percaya bahawa suatu hari nanti, kisah yang ditulisnya juga mampu menyentuh hati orang lain.
Namun, semakin dia membesar, semakin dia menyedari bahawa tidak semua perasaan mudah untuk difahami.