bbleoo's Reading List
183 stories
Beneath His Gentle Lies [OG] by UaenaaLee
UaenaaLee
  • WpView
    Reads 18,155
  • WpVote
    Votes 920
  • WpPart
    Parts 37
[slow update] Dara, seorang anak sulung. Dimana sejak kelahiran adiknya, Dara mula diabaikan, apa sahaja yang dia buat, baik atau buruk, tetap tak pernah benar di mata keluarganya. Dia rela bekerja sambil belajar, sibukkan diri seharian, kerana baginya hidup akan baik-baik sahaja selagi dia jauh dari rumah. "Apa yang along buat tetap takkan pernah betul di mata ayah kan?!" Dara Nadira Satu kejadian, satu malam mengubah hidup seorang Dara. Sejak malam itu, dia bukan sahaja kehilangan kasih, tapi juga makin dibenci oleh ayahnya. Hazrel muncul tanpa diduga ke dalam hidupnya. Hanya dengan satu pertemuan tanpa sengaja, cukup untuk buat lelaki itu jatuh cinta kepada Dara. Selepas kahwin, satu persatu tentang rahsia keluarga Hazrel terbongkar. Mampukah Dara menerima seorang Hazrel Aidan De' Lorien yang hidupnya dipenuhi rahsia? "Aku tiada niat nak khianati kepercayaan kau love, cuma aku terpaksa. Sebab aku taknak kau pergi dari hidup aku selepas tahu siapa aku yang sebenar." Hazrel Aidan De' Lorien Hi! Ini kali pertama saya publish karya saya dalam Wattpad, saya harap sesiapa yang baca boleh terima jalan cerita saya yang tunggang langgang ni 🤗. Saya masih belajar, kalau ada salah minta korang tegur. Terima kasih pada yang sudi baca ❤️. start : 9/11/2025 end :
Love Under Control [OG] by UaenaaLee
UaenaaLee
  • WpView
    Reads 602
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 10
Elyra Kaelyn. Dilahirkan sebagai anak perempuan Armand adalah satu sumpahan kepadanya. Dalam kepercayaan mereka, anak perempuan adalah pembawa malang. Tidak layak menjadi pewaris keluarga, dan akan menyusahkan mereka. Sejak hari dia dilahirkan, Elyra tidak pernah benar-benar diterima. Sehinggalah satu kemalangan... yang bukan hanya merubah hidupnya, tetapi membuatkan dirinya makin dibenci oleh mama dan papanya. "Aku menyesal lahirkan kau Elyra." Di saat hidupnya semakin hancur, muncul seorang lelaki yang menginginkannya-dalam diam. Dato' Leon Veyron Vincent, seorang duda. Seorang lelaki berkuasa. Petik jari saja dia dapat segala yang dia mahukan. Termasuklah Elyra. Dia sanggup berbuat apa saja sehingga gadis itu menjadi miliknya. Di tengah-tengah kesulitan hidup Elyra, dia dipaksa berkahwin dengan Leon, oleh ayahnya sendiri. Adakah kehadiran Leon akan menjadi pelindung... atau penghancur terakhir bagi Elyra Kaelyn? "I'll make you love me, Kaelyn." - Leon Veyron Vincent "And I'll make sure I never fall for you, Leon." - Elyra Kaelyn start : 1 mei 2026 end : ⚠️ Typo di mana-mana ⚠️ Grammar errors ⚠️ Trauma childhood
DANGEROUSLY YOURS by Mrs_Qib
Mrs_Qib
  • WpView
    Reads 3,275
  • WpVote
    Votes 246
  • WpPart
    Parts 10
Tengku Mikael Ardyn - lelaki berusia 36 tahun yang memiliki segalanya. Kekayaan, kuasa, wajah sempurna, dan hati yang terlalu dingin untuk mengenal cinta. Dalam hidupnya, semua boleh dibeli... termasuk manusia. Namun hidupnya berubah apabila dia dipertemukan dengan Safiya Nayra, gadis muda berusia 22 tahun yang terkenal dengan sikap boros, liar, dan sukar dikawal. Duit bagi Safiya hanyalah permainan. Dia hidup sesuka hati, menghabiskan harta papanya tanpa peduli masa depan. Segalanya menjadi lebih rumit apabila keluarga mereka mengambil keputusan untuk menjodohkan mereka. Bagi Safiya, Mikael ialah lelaki obsesif yang mahu mengawal hidupnya. Bagi Mikael pula, Safiya ialah kekacauan yang perlahan-lahan mencuri seluruh kewarasannya. "5 minit untuk kau habiskan duit dalam card ni... kalau berjaya, kau layak jadi isteri aku." Apa yang bermula sebagai permainan ego dan kuasa, bertukar menjadi hubungan yang dipenuhi luka, obsession, kemarahan, dan rasa memiliki yang berbahaya. Safiya cuba melarikan diri dengan menghabiskan berjuta-juta wang Mikael, malah membeli banglo mewah di Bali semata-mata berharap lelaki itu akan melepaskannya. Namun Mikael hanya berkata- "Aku tak kisah kau hancurkan duit aku... asalkan kau masih ada dengan aku." Dalam dunia gelap Tengku Mikael Ardyn, cinta bukan tentang kebebasan... tetapi tentang siapa yang sanggup tinggal walaupun terluka. Mampukah Safiya bertahan dengan lelaki yang terlalu obses terhadapnya? Atau akhirnya dia sendiri akan jatuh cinta kepada penjara yang bernama Mikael Ardyn?
𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 218,137
  • WpVote
    Votes 12,063
  • WpPart
    Parts 81
𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?
RAHSIA CINTA KITA by syasya_za
syasya_za
  • WpView
    Reads 1,537
  • WpVote
    Votes 51
  • WpPart
    Parts 4
Imani Haura, seorang gadis yang sentiasa hidup dalam bayang-bayang, nekad melakukan apa sahaja demi memastikan kewujudannya disedari oleh jejaka yang telah lama dia cintai dalam diam, Farish Attar. Demi mendekati Farish, Imani mula mengubah dirinya-belajar bersungguh-sungguh, memperbaiki penampilan, malah memasang impian untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Namun, segalanya runtuh hanya dengan satu ayat yang melukakan harga dirinya. "Kau ni memang perempuan tak ada maruah ke? Dasar murah." Sejak hari itu, Imani menghilang dari hidup Farish dengan satu janji- bahawa dia tidak akan muncul lagi di hadapan lelaki itu. Tetapi kehilangan Imani mula membuka mata Farish... bahawa ada sesuatu yang selama ini dia tidak pernah hargai.
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 457,666
  • WpVote
    Votes 23,819
  • WpPart
    Parts 42
[2nd romance] Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
Aayan's Valentine by elleciaa_
elleciaa_
  • WpView
    Reads 1,431,243
  • WpVote
    Votes 85,507
  • WpPart
    Parts 72
[ COMPLETED ] © 2021 ❦︎ 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥𝐮𝐦𝐞 1 14 Februari. Tanggal yang seharusnya menjadi hari bahagia buat Nyla Iska berakhir dengan dirinya yang perlu menjaga si adik di hospital. Pada hari kelahirannya yang ke 21, Ayla dimasukkan ke dalam hospital. Tidak boleh dikatakan hari itu ialah hari yang malang. Pertemuannya dengan seorang jejaka yang mencuri hati menyebabkan dia tidak keruan. Tetapi kerana tidak mahu terlalu berharap, Nyla memutuskan untuk melupakan jejaka itu. Tuan Aayan Haziel. Siapa sangka jejaka pujaan ramai itu sudah memiliki permaisuri hati yang ingin dijadikan milik sepenuhnya. "See you again lady." Tekadnya yang ingin menjadikan gadis yang baru ditemuinya sehari membawa mereka ke jinjang pelamin jua. Dalam melayar kehidupan bahagia bersama si kekasih hati, satu persatu rahsia kian menerjah. Ianya memusnahkan segala yang dibina mereka. Aayan yang dahulunya penyayang berubah menjadi dingin. Tetapi wanita itu tetap dilayan baik, tidak langsung berkasar terhadapnya. "Jangan buat buat tak tahu. Awak layan saya macam ni, padahal baru je tadi awak-" "Naik Nyla. Jangan tidur lambat." Aayan memotong kata katanya lagi. Nyla mengeluh sambil matanya membawa pemergian Aayan. Wanita itu sudah penat. Kandungan dan penyakit yang dihadapinya menjadikan keadaannya semakin memburuk. Nyla terleka. Aayan tidak pernah meninggalkannya. Jejaka itu sentiasa mengawasinya, tidak kira jauh atau dekat. ❝Trust my action, not my words.❞ PLEASE READ ALL THE WARNING FIRST ! [Highest Ranking] #1 in watty - 20 Oktober 2021 #1 in husband - 4 November 2021 #1 in mafia - 3 Disember 2021 #1 in action - 16 Disember 2021 #1 in anxiety - 17 Disember 2021 #1 in romance - 27 Februari 2022 #1 in sad - 21 Mac 2022 #1 in sick - 3 Mei 2022 #1 in random - 25 November 2022
More Than Us by elleciaa_
elleciaa_
  • WpView
    Reads 6,527
  • WpVote
    Votes 410
  • WpPart
    Parts 35
[Raja Qaiser x Dang Jasmine] #1 nyaman series Awal perkenalan, mereka hanyalah sebatas teman. Dang Jasmine, gadis itu tidak pernah terfikir untuk menjadi isteri kepada sahabat baiknya sendiri, Raja Qaiser sehingga sebuah peristiwa yang menimpa dirinya pada hari ulang tahun lelaki itu yang ke-27. Malam itu, sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh uminya, Dang Seroja terbongkar membuat Jasmine cukup terkilan. Namun kehadiran Qaiser sebagai penenang telah membawa mereka ke fasa yang lain. "Aku nak jaga kau Jasmine." - Raja Qaiser Lamaran itu membukan lembaran baharu dalam hidup mereka. Dalam melayari alam perkahwinan, pelbagai dugaan menempuh pasangan itu yang turut membuatkan Jasmine goyah. Muncul rasa ragu-ragu dalam hubungan mereka. "I hate liar the most." - Dang Jasmine "Saya buat semua ni untuk protect awak sayang." - Raja Qaiser Pada akhirnya, pengorbanan mereka daripada mulanya bukan hanya untuk mereka. Ini tentang mereka dan semua yang terlibat dalam hikayat kisah cinta Qaiser dan Jasmine. "Ini bukan tentang kita, Jasmine. This is more than us." Selamat melayari kisah cinta mereka yang sederhana.
My Grumpy Jealous Husband by ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Reads 513,776
  • WpVote
    Votes 7,565
  • WpPart
    Parts 46
Aliya berkahwin dengan Faliq. Lelaki dingin dan serius yang sukar menunjukkan perasaan. Pilihan Nenek Aliya dan Mama Faliq. Di sebalik wajah tegas dan sikap grumpy itu, tersembunyi seorang suami yang sentiasa memerhati - Faliq tidak suka bila setiap pandangan lelaki lain yang berani singgah terlalu lama pada isterinya. Faliq tidak menjerit. Dia tidak suka bertengkar. Dia juga bukan lelaki yang mudah meluahkan cinta. Tetapi bila melibatkan isterinya? Dia berubah. Dia cemburu. Aliya pula suka mengusik. Suka melihat rahang Faliq menegang. Suka bila tangan suaminya spontan melingkar di pinggangnya - seolah-olah memberi amaran tanpa perlu bersuara. Aliya pernah lari kerana menyangka Faliq masih menyimpan perasaan pada wanita lain. Namun Faliq tak pernah mengejar sesiapa dalam hidupnya. Saat Aliya hilang kerana merajuk cukup untuk meruntuhkan ego seorang lelaki bernama Faliq. Kini, dia bukan sekadar mencintai. Dia melindungi. Faliq mungkin lelaki yang dingin. Mungkin juga suami yang pendiam. Tetapi satu perkara yang pasti - Dia tidak pernah berkongsi apa yang menjadi miliknya. Dan Aliya? Dalam diam... dia menyukai cara suaminya cemburu. note: cerita ni untuk 18 ke atas sahaja!!
Tengku Adam [BAKAL TERBIT]  by itsnicaaaaaa_
itsnicaaaaaa_
  • WpView
    Reads 57,191
  • WpVote
    Votes 1,154
  • WpPart
    Parts 11
Spin off : Leo's Addiction. Tengku Adam Asyraaf. Sebaris nama yang gah, memiliki daya tarikan yang tersendiri. Lelaki itu mempunyai segalanya. Rupa, kemewahan, kuasa. Code name : Ash. Dia dahulunya seorang yang periang dan ceria. Tetapi angkara satu kejadian hitam yang berlaku pada masa lalunya membuatkan dia menjadi dingin dan kejam. Faiqah Az Zahra. Gadis manis yang mencuri perhatian Tengku Adam untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Faiqah merupakan seorang pemilik butik yang terkenal di kota Kuala Lumpur, sekaligus menjadikan dia sebagai seorang ikon dunia pemodelan. Tengku Adam Asyraaf, cinta pertamanya. Gadis polos seperti Faiqah ibarat makanan harian bagi Tengku Adam. "Kau kena bayar semuanya!" -Tengku Adam Asyraaf "Terima kasih untuk segalanya, Asyraaf. Awak ajar saya bahawa cinta pertama itu tidak selalunya indah." -Faiqah Az Zahra Saat Faiqah mula menjauh, Tengku Adam menjadi tidak tentu arah. Selangkah Faiqah menjauh, seribu langkah Tengku Adam cuba mendekat. "I hate you too, love." -Tengku Adam Asyraaf