Izzati0909's Reading List
5 stories
Kau Aku Kita [C] by cikbutterfly__
cikbutterfly__
  • WpView
    Reads 641,371
  • WpVote
    Votes 23,907
  • WpPart
    Parts 53
Siri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mulanya dia menganggap itu hanya perasaan biasa tapi lama kelamaan dia dapat merasakan dirinya sudah tertarik dengan gadis cantik tersebut dan bertekad untuk memiliki hati gadis itu. Puteri Hasya. Seorang gadis yang mempunyai rupa paras yang amat cantik dengan kulitnya yang sawa matang. Seorang anak tunggal dan yatim piatu. Ibunya meninggal selepas melahirkannya dan bapanya pula terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia dibesarkan oleh neneknya. Eriq Iskandar. Seorang lelaki yang kacak yang baru menetap di kampung tersebut setelah dihantar oleh ibubapanya untuk sementara waktu dibawah pengawasan atuk dan neneknya "Awak, nah duit awak jatuh tadi" panggil Hasya apabila ternampak duit itu jatuh dari poket seluar Eriq tanpa dia sedar. Eriq mengambil duit tersebut lalu beredar tanpa mengucapkan apa apa. "Elemekk mamat ni bukan nak cakap terima kasih. Dah lah kerek senyum pun tidak nyampah aku" bebel Hasya apabila Eriq sudah jauh kehadapan. ⚠️ 100% from my brain before sleep ⚠️ no plagiat ⚠️ harsh words luv you, cikbutterfly 🦋🤍 Start : 2 Januari 2024 End : 24 June 2024
[C || TERBIT] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 1,338,209
  • WpVote
    Votes 7,904
  • WpPart
    Parts 12
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?
Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️) by ReginaAkhira
ReginaAkhira
  • WpView
    Reads 2,418,906
  • WpVote
    Votes 100,491
  • WpPart
    Parts 166
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mereka berdua di atas satu ikatan. Satu janji telah di buat untuk melindungi gadis itu. "Aku boleh carikan Adrian. Tapi dengan syarat. Kahwin dengan aku!" -Darren Del Lucca Tatkala bahagia kian terasa, satu kebenaran yang terungkap menyebabkan Ayrena hilang arah. Lelaki yang bergelar suaminya selama ini, merupakan seorang Mafia yang sangat berkuasa. "Antara cinta dan kuasa, awak akan pilih kuasa awak, kan?" -Ayrena Rosebell "You know which one I will choose, Ayrena." -Darren Del Lucca Saat ego masih utuh, perasaan yang sudah tersemai dinafikan. Pelbagai tragedi yang berlaku membuatkan banyak rahsia mula terungkap. Kebahagiaan diragut sekelip mata saat pengkhianatan mula bermaharajalela. "Sejak aku dan kau disatukan, sejak itu aku berjanji untuk lindungi kau hingga akhir nafas aku. Kau tak boleh mati, kau janji dengan aku untuk kita hidup bersama. Jadi, aku nak kau bertahan. Untuk aku, untuk kita!"-Darren Del Lucca
Getting You Back by junsyaaaa
junsyaaaa
  • WpView
    Reads 6,519
  • WpVote
    Votes 284
  • WpPart
    Parts 22
Ariana Natasya sedang berusaha melarikan diri dari kekasih mafia-nya itu. Siapa sangka, selama 3 tahun menjalani hubungan kekasih, dia baru tahu bahawa kekasihnya itu seorang ketua mafia yang digeruni. Wajah innocent dan penyakit psycho nya itu menjadi alasan kenapa dia terlepas dari hukuman. Ini sudah 4 tahun Ariana melarikan diri, tetapi tidak dengan perasaannya. Selama 4 tahun ini, wanita itu masih memiliki perasaan terhadap kekasihnya, Adrian. Sementara itu Adrian selalu menunggu kepulangan kekasih kecilnya itu. Dia lebih kenal wanita itu dan dia sangat yakin, wanita itu pasti akan kembali ke sisinya. Dia sangat mencintai wanita itu, kerana itu tiada yang boleh ambil Ariana darinya. Akankah mereka kembali bersama? Atau mereka akan berkahwin? Apakah alasan Ariana meninggalkan Adrian secara tiba-tiba padahal masih mencintai satu sama lain?
Sembuhkan Aku || C by cik_farah
cik_farah
  • WpView
    Reads 93,291
  • WpVote
    Votes 3,299
  • WpPart
    Parts 55
🄺🄰🅁🅈🄰 🄺🄴🅃🄸🄶🄰 by cik_farah♡ Kehidupan seorang gadis yang berubah drastik setelah berlaku satu kemalangan ngeri dalam hidupnya. Dipinggirkan keluarga malah dilayan seperti orang luar. "Maaf kan Hawa, ibu." "Disebabkan kau, aku hilang orang yang aku sayang." Di samping itu, ada seorang jejaka yang telah menyelamatkan hidupnya. Namun, itu bukan satu petanda yang baik buat Hawa. Ada satu kisah di balik kekasih hati jejaka itu. "Boleh saya jumpa awak?" "Aku tak rasa kau akan hidup kalau aku nampak muka kau sekarang." Pelbagai dugaan Hawa lalui. Dan lelaki itu, Indra menyelamatkan hidupnya. Tapi, tidak semua yang baik akan baik selamanya. Apakah kisah yang tersembunyi? Bagiamana Hawa selesaikan? Siapakah penawar untuk dia sembuh? Start : 2024 (hiatus) End :