OnGoing
88 cerita
𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C oleh missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Dibaca 233,426
  • WpVote
    Vote 15,097
  • WpPart
    Bab 67
𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅
KESEMPATAN KEDUA oleh MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Dibaca 371,532
  • WpVote
    Vote 34,153
  • WpPart
    Bab 68
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
Cinderella Milik Tuan Ceo | OG oleh syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Dibaca 52,900
  • WpVote
    Vote 3,229
  • WpPart
    Bab 21
Karya ketiga by syamimie⏳️ Blurb: Sempurna? Jauh sekali. Dia membesar dengan serba kekurangan. Kekurangan yang pada awalnya hanyalah sekadar perkara biasa pada seorang Mirea Sofea. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya mula menjadi bahan hinaan orang sekeliling. Sehinggakan dia berfikir bahawa dia adalah orang yang paling malang di dunia ini. Hari-harinya berjalan seperti biasa, memekakkan telinga tatkala dirinya menjadi umpatan orang. Padanya, dia mampu harungi semua ujian ini, sehinggalah satu malam yang mengubah segalanya. Zayn Evryn. Sempurna? Ya, cukup sempurna. Satu kejadian yang membawa pertemuan mereka berdua itu membuatkan dua jiwa meronta dalam tak rela. "Eh kau tak payah nak berlakon lah depan aku! Kau yang rancang semua benda ni kan?! Kau goda aku semalam sebab kau nak bolot semua harta aku kan?!" -Zayn Evryn "Encik merepek apa ni?! Saya tak kenal pun siapa Encik!! Kenapa Encik fitnah saya macam ni!!" -Mirea Sofea Setelah malam itu, masing-masing memilih untuk meneruskan hidup seperti biasa. Namun, munculnya kembali Zayn disisi Mirea membuatkan Mirea semakin gila. Bukan gila kerana lelaki itu berbuat jahat padanya, namun gila kerana perubahan mendadak lelaki itu. "Love me, Mirea Sofea..." -Zayn Evryn Bagaikan terhenti dunianya. Kelu lidah Mirea dengan pengakuan berani mati lelaki itu. Cinta? Mirea tidak kenal apa itu cinta. Dirinya yang serba kekurangan itu, layakkah dia untuk dicintai? Dan Zayn Evryn? Mengapa dia tiba-tiba sahaja meluahkan rasa cinta? Adakah ada sesuatu di sebalik perkenalan mereka itu sehinggakan Zayn sanggup mengejar cinta Mirea sebegitu rupa? Dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik semua ini sebenarnya? Start: 1/1/2026 End:
Surat Cinta Buat Kekasih [OG] oleh _reallisa
_reallisa
  • WpView
    Dibaca 39,137
  • WpVote
    Vote 1,932
  • WpPart
    Bab 23
Arysa, gadis polos yang sentiasa mempunyai banyak akal untuk mengusik majikannya, Arfan Firdaus. Arysa Mikayla, gadis yang berusia 25 tahun, mempunyai kelulusan di dalam Sarjana Muda Akauntan, dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan telah mengambil keputusan untuk mencuba menjadi seorang pengasuh. Perwatakan yang ceria, suka mengusik telah menjadi sebahagian dari hidupnya sehingga dia sahaja yang berani untuk mengusik encik majikan. Arfan Firdaus, lelaki yang berusia 29 tahun, seorang Duda dan juga mempunyai seorang anak perempuan, yang dinamakan Bunga Jelita. Bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti di Malaysia dan hampir mendapat sakit jantung akibat sentiasa diusik oleh gadis yang bernama Arysa Mikayla. Namun, di dalam usikan yang diberi, terputik cinta di dalam hati antara satu sama lain. Surat - surat yang dikirimkan buat sang lelaki untuk memberi semangat, merupakan petanda bahawa gadis itu jatuh cinta. Adakah takdir akan menyatukan mereka? atau surat itu?
PELUANG BAHAGIA [OG] oleh _nianaa
_nianaa
  • WpView
    Dibaca 4,159
  • WpVote
    Vote 468
  • WpPart
    Bab 78
[ First story ] Dalam dunia ni, bahagia itu cuma 'rehat sekejap' sebelum masalah baru datang langgar kau balik. Dunianya tidak berakhir pada hari Hakim mengetuk tukul, tetapi pada hari dia menyedari bahawa setiap sumpah setia yang pernah lelaki itu bisikkan hanyalah barisan skrip di atas pentas sandiwara. Dicurangi itu bukan sekadar dikhianati, ia adalah sebuah pencurian jiwa yang meninggalkan dia terkapai-kapai di lautan sangsi yang tak bertepi. Kepercayaan yang dahulunya teguh kini hancur menjadi debu halus, yang ditiup angin curiga setiap kali janji mula diungkapkan. Aynaa tidak lagi takut kehilangan orang lain-dia cuma takut kehilangan dirinya sekali lagi. "Why.. awak tak jadi nak bercerai ke?" "Aku dah gila ke?" "Tak. Aku tak rosak. Aku cuma terluka, dan aku akan sembuh."
SECRET ARIETIS  oleh llavhesa
llavhesa
  • WpView
    Dibaca 76,022
  • WpVote
    Vote 5,733
  • WpPart
    Bab 97
Que Dyan Zaffrael | Dhea Elaura masquerade collection book 1 sci-fi x romance [ on going ] Cerita yang penuh dengan KEKURANGAN [This is a very very long story. Baca dari mula untuk elakkan sebarang sakit kepala.] Hidup di dalam dua dunia, bukan mudah. Siang dia adalah Dhea Elaura, seorang gadis biasa bersama kerjayanya. Malam, sisi gelapnya hadir untuk memenuhi kehendak mereka yang kononnya telah menyelamatkan dia di dalam sebuah kebakaran kereta 4 tahun lalu. Pertemuan dengan dua orang lelaki, membuatkan Dhea mempunyai sejuta pertanyaan. Seorang yang memakai topeng misteri di sarkas terbiar, seorang lagi hanyalah lelaki biasa yang baginya adalah sebuah bala. Rimas mahu layan. Tambah pula bila takdir menjadikan Dyan sebagai 'orang yang menyara' dirinya secara sorok selepas satu kes pembunuhan. ❝Aku baru tinggal kau 5 minit, tangan dah berdarah.❞ Que Dyan Zaffrael Hati yang beku ibarat ais akan cair jua akhirnya. Kepercayaan mula wujud di dalam diri Dhea terhadap lelaki ini sementara si bertopeng misteri masih mengikutinya seperti mahukan sesuatu. Atau membunuhnya. ❝Aku tak ada apa-apa, Dyan. Kosong.❞ Dhea Elaura ❝Kau ada hati aku.❞ Que Dyan Zaffrael Musuh atau teman? Siapa yang sedang berselindung di sebalik kebenaran? Ketika Dhea sudah nyaman, helah tipu datang untuk mengguris hatinya. Di saat dia cuba untuk meneruskan hidup, tawaran diberikan kepadanya. Dia dijadikan senjata semula, berpaksikan tipu helah manusia kejam. Motif? [SLOW BURN, MYSTERY ROMANCE] ⚠️ grammar errors ⚠️ NO PLAGIARISM ⚠️ violence (18+) ⚠️ heavy storyline, read at your own risk ⚠️ suicide Started: 28/11/2024 End: Ranking #1st in funfair #1st in masquerade #2nd in anonymous #4th in