It's not you
16 stories
CINTA MALIKA (TERBIT PBAKL 2023) by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 2,457
  • WpVote
    Votes 320
  • WpPart
    Parts 28
"Nama abang apa?" "Saufi." "Okay. Ika pergi dulu ya. Terima kasih tolong Ika tadi. Jumpa lagi Abang Opi. Tataaa..." Bermula dengan pertemuan di taman permainan itu, terjalinlah satu hubungan di antara si gadis dan si jejaka. Cinta Malika dan Muhammad Saufi. Berbeza usia. Berbeza latar belakang kehidupan. Sehingga ke usia Malika 20 tahun, dia masih lagi berkawan rapat dengan Saufi. Tanpa sedar, perasaan sayang yang pada mulanya hanya seperti adik beradik dan kawan, berubah. Cinta mula berputik di hati Malika buat lelaki yang dipanggil Abang Opi itu. "Kita kahwin nak?" "Kau gila? Kau ingat aku anak orang kaya? Boleh bagi kau kemewahan macam mana kau hidup mewah dalam keluarga kau? Aku banduan. Jual burger. Apa yang aku mampu bagi dekat kau? Nak makan pasir?" Hubungan mereka ditentang sekerasnya oleh abang sulung Malika, Mikael. Dan, Malika dipaksa bertunang dengan lelaki lain. "Abang tak suka Ika kawan dengan banduan tu! Faham tak?" "Hak Ika nak berkawan dengan sesiapa!" "Tapi bukan dengan banduan tu! Dari dulu lagi abang tak suka Ika dengan dia! Abang tak nak Ika rapat dengan dia! Ika dengar sini baik-baik. Abang akan tunangkan Ika dengan Firash. Ika tak boleh tolak. Keputusan abang muktamad. Faham?" Malika tertekan. Malika mula membenci hidupnya sendiri. Sehingga dia bertindak di luar kawalan. "Kenapa kau sengaja drive laju? Nak bunuh diri? Dah lama sangat hidup? Siapa ajar kau buat kerja gila macam tu?" Jodoh. Bagaimana pun jalannya, serumit apa pun dugaan yang menghalang, jika takdir telah menetapkan mereka untuk bersama, mereka tetap akan bersama.
JIHAN (TERBIT)  by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 11,370
  • WpVote
    Votes 1,184
  • WpPart
    Parts 24
JIHAN LATIFAH, seorang gadis berusia 18 tahun. Anak bongsu daripada dua adik beradik. Satu kekurangan pada dirinya adalah dia tidak pandai. "Apa nak jadi dengan kamu ni, Jihan Latifah? Ayah hantar kamu pergi sekolah daripada umur empat tahun, tapi tak pandai-pandai! Dalam kelas, nombor tercorot. UPSR, gagal! PMR, pun gagal! SPM, gagal juga! Kamu pergi sekolah tu, belajar ke tidak?" "Aku tak tahulah kenapa kamu boleh jadi bodoh sampai macam ni sekali. Setahu aku, tiada seorang pun dalam kalangan keluarga aku dan juga ayah kau ni, yang bodoh! Semua belajar tinggi! Tapi kamu? Eh, rugi betul ada anak macam kamu ni!" Jihan penat. Jihan letih. Atas permintaan si ibu yang tidak mahu melihat wajahnya lagi, Jihan buat keputusan untuk keluar dari rumah. Kerana bodohnya, dia hampir tertipu. Munculnya RAID NADHIF sebagai penyelamat. "Kenapa kau ikut dua lelaki tu tadi? Kau tahu tak diorang nak bawak kau pergi mana?" - RAID NADHIF "Diorang kata ada kerja untuk saya. Saya ikutlah." - JIHAN LATIFAH "Kerja? Hah yalah kerja. Kerja jual badan. Kau nak?" - RAID NADHIF Pertemuan yang membawa kepada sebuah perhubungan. Kerana satu insiden yang tidak diduga, mereka terpaksa berkahwin. Perkahwinan itu tidak indah seperti yang diharapkan. Kebencian daripada mertua sendiri, juga hasad dengki daripada seseorang, menjadi dugaan. "Tu menantu pilihan aku, bukan budak bodoh macam kau." - PUAN LINDA "Aku, Eryna. Perempuan yang sepatutnya jadi isteri Raid." - NAYLA ERYNA Rumahtangga yang terbina di antara Jihan dan Raid mula goyah apabila Jihan difitnah sebagai dalang atas apa kejadian yang menimpa Puan Linda. "Saya terpaksa. Saya sayangkan suami dan keluarga saya. Saya pun tak nak berpisah dengan suami saya. Tapi pilihan apa lagi yang saya ada selain tinggalkan dia?" Mampukah Jihan mengharungi segala dugaan dan cabaran yang hadir itu? Sekuat manakah dirinya? Adakah rumahtangga dia dan Raid akan kekal utuh, atau roboh begitu saja?
BABY GIRL MR DAIYAN ( TERBIT PBAKL 2022 ) by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 3,162
  • WpVote
    Votes 255
  • WpPart
    Parts 10
MIKAYLA ZAINAB... Dia, tiada asal usul. Entah siapa ibu dan ayah kandung pun dia tidak tahu. Nasibnya baik apabila dia dijadikan anak angkat oleh sepasang suami isteri. Dijaga penuh kasih sayang sehingga dewasa. Menjadi seorang wanita yang berjaya. Datangnya Mikayla ke Perak atas urusan jual beli tanah dusun. Namun takdir temukan dia dengan seorang lelaki bernama MUHAMMAD DAIYAN! Seorang lelaki yang tinggal di kampung. Kerja pun, kerja kampung saja. Bukanlah persis hero novel dan drama. "Awak ke yang menjerit tadi? Kenapa?" "You macam mana boleh muncul kat sini? Bukan you dah balik ke lepas tunjuk jalan kat kami tadi?" "Hmm, saya memang kerja sini." "Kerja? Kerja apa?" "Bersihkan dusun." Kerana monyet peliharaan Daiyan bernama Kiko, sering berlaku perbalahan kecil di antara keduanya. "Kenapa berlari ke sini? Kenapa tak masuk dalam homestay terus?" "Manalah I tahu. Kaki I yang berlari." "Nampak benda ni? Kalau jatuh kat sini, awak rasa esok awak hidup?" "Ish! Bukan salah I! Salah you!" "Saya? Kenapa saya pulak?" "Salah youlah! Ikatlah monyet you tu. Kalau you ikat dia, dia tak ganggu I, tak adanya I nak lari ke sini." Bila dah selalu bertemu, tanpa sedar telah memutikkan bunga-bunga cinta di hati keduanya. Namun, Mikayla tiba-tiba menghilangkan diri. Beberapa bulan berlalu, takdir temukan mereka kembali. Tetapi, dalam satu situasi yang memaksa mereka untuk berkahwin. Adat berumahtangga, ada pahit dan manis, ada suka dan duka. Satu persatu ujian datang dek kerana dendam dan hasad dengki. Mampukah Mikayla dan Daiyan menghadapi segala ujian yang datang? Mampukah rumahtangga mereka bertahan, atau ia akan roboh begitu saja? "Dalam satu perhubungan, ada tiga perkara penting. Kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan."
BABY GIRL MR DANIEL (EBOOK) by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 5,891
  • WpVote
    Votes 639
  • WpPart
    Parts 6
"Daniel, dia tak sama dengan lelaki lain. Dia terlalu manja. Dia agak kebudakan. Perwatakan tidak seiring dengan umur." DANIEL LOUISE... Dia, perwatakannya berbeza dengan kebanyakan lelaki di luar sana. Jika lelaki lain lebih kepada perwatakan tegas, kuat dan serius, tetapi lain pula dengan dirinya. "I tak cintakan you. I dengan you, sebab I nak harta you. Tu je. I minta maaf, Daniel. Hati I tak dapat terima you. You lembik! Lemah! Manja! I sabar je selama ni layan karenah you. I dah penat. I minta maaf. Hubungan kita sampai sini je. Okay?" Hatinya hancur dan sakit kerana peristiwa pada malam itu. Ditipu, dicurangi dan dihina. Dua bulan, dia tinggal di Itali untuk merawat semula dirinya. Pulangnya dia ke Malaysia, untuk memulakan hidup yang baru. Takdir telah menemukan dia dengan seorang gadis bernama Rosmina Elleyani. Pertemuan pertama... "Gerak cepat! Cepat!" "Kenapa I nak kena ikut cakap you?" "Ada orang kejar saya. Geraklah. Kalau dia tahu saya dalam ni, habislah. Cepat!" Pertemuan kedua... "Kita pernah jumpa ke?" "Eh, awak! Ya Allah, sorry sorry. Saya tak sengaja terlanggar tadi." Pertemuan ketiga... "Kenapa pandang I macam tu?" "Awak ni kacak tau. Betul ke ni tak ada girlfriend? Karang tetiba ada pulak yang serang saya sebab kacau boyfriend dia." Daripada kawan, sehingga kahwin. Namun, perkahwinan mereka diuji apabila rahsia sebenar Elleyani terbongkar. "Aku nak Daniel bercerai dengan perempuan tu." Mendengar kata-kata si abang, buat Daniel tertekan. Apakah kesudahan kepada rumahtangga mereka? Kekal sebagai suami isteri, atau pun terputus di tengah jalan? Baby girl Mr Daniel... You make me feel perfect...
BABY GIRL MR GEON (TERBIT PBAKL 2023) by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 574,531
  • WpVote
    Votes 25,506
  • WpPart
    Parts 34
"Nama kamu siapa? Nama kita Fatieha. Housemate Yaya." "Got to go. Nice to meet you." "Nama kamu siapa?" "KG." Pada suatu malam, mereka dipertemukan. Daripada stranger, mula menjadi kawan. Hari demi hari, hubungan mereka semakin rapat. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. KG tiba-tiba buat keputusan untuk pergi. "Yaya kata, kamu nak tinggalkan Malaysia. Betul ke?" - FATIEHA "Lupakan aku. Anggap saja kita tidak pernah berjumpa, apatah lagi berkawan." - KG Mudah lelaki itu menutur kata tanpa memikirkan perasaan Fatieha. Setelah setahun di Korea, KG kembali ke Malaysia. Dan perkara pertama yang menjadi fokusnya adalah, bertemu semula dengan gadis yang telah berjaya mencuri hatinya, iaitu Isma Fatieha. Namun, khabar yang baru dia terima tentang Fatieha membuat dia terkejut. "Tieha macaam mana? Dia sihat?" - KG "Tieha dah tak belajar. Tieha kena buang dari U. Dan sekarang saya tak tahu dia kat mana, keadaan dia dan sebagainya. Saya tak tahu apa-apa lagi tentang dia. Lepas dia kena buang, dia terus keluar dari rumah sewa Nadia. Dia hilang macam tu je. Saya dengan yang lain tak dapat jejak dia." - ARYA KG berusaha mencari Fatieha. Ternyata takdir masih menyebelahi mereka. Dipertemukan semula. Dan kali ini, KG tak nak sia-siakan gadis itu. "Kahwin dengan aku." - KG "Kahwin? Awak tinggalkan saya macam tu je, tiba-tiba muncul semula ajak kahwin? Gila!" - FATIEHA Ditolak, tetapi ia tidak mematahkan semangat KG. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memburu semula cinta daripada Fatieha. No matter what, I got you!
BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT) by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 3,058,118
  • WpVote
    Votes 32,416
  • WpPart
    Parts 45
Prak! "My phone!" "RIP for your phone." "Encik! Hei! Telefon saya siapa nak ganti?" "What? Not my problem, dude." Bermula dengan pertemuan yang tidak dijangka itu, berakhir dengan sebuah perkahwinan. Daripada stranger, kepada husband and wife. "What? Kahwin? Gila ke?" - Rayyan Louise "Entahlah. Saya tak tahu. Benda ni terlalu pantas dan mengejut untuk saya. Saya takut andai perkahwinan ni memusnahkan hidup saya sendiri. Saya tak kenal Tuan Rayyan macam mana. Saya tak tahu latar belakang hidup dia. Saya tak tahu apa-apa pasal dia. Macam mana nak kahwin?" - Arya Safiyya Perkahwinan yang bukan atas dasar cinta, tetapi kerana akur dengan permintaan seseorang. "Mata tu lain kali pandang depan. Dari dulu aku perhati je tau. Suka sangat melanggar orang. Lepasni nak langgar apa lagi?"- Rayyan Louise. "Lepasni langgar apa? Oh, lepas ni saya nak langgar pintu hati tuan, biar roboh. Senang saya nak masuk dalam hati tuan nanti. Boleh?"- Arya Safiyya Inilah, kisah mereka. Si gadis Melayu. Si jejaka Itali. Si gadis ceria, si jejaka dingin. Dua manusia yang mempunyai perwatakan yang berbeza. Bagai langit dan bumi. Saban hari ada saja telatah dan kenakalan si gadis untuk menarik perhatian daripada suaminya yang dingin itu. Berjayakah dia mencairkan hati beku suaminya itu? Her hot love melt his ice heart.
ANDRI FEDRIC: Mr Mafia Miss Inspector (TERBIT) by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 2,473,154
  • WpVote
    Votes 41,975
  • WpPart
    Parts 26
"Hoi! Buta ke?" "Maaf encik. Saya nak cepat. Saya tak sengaja langgar. Maaf sangat-sangat." "Lain kali mata tu letak jelah kat tapak kaki. Ada kat muka pun tak reti nak guna pandang depan. Main rempuh je. Kalau aku jatuh tadi, macam mana?" "Apa masalah encik ni ya?" "Talk to my hand!" Andri Fedric, seorang jejaka Perancis berusia 30 tahun. Kedatangan dia ke Malaysia adalah atas urusan kerja. Namun siapa sangka dia dipertemukan dengan gadis dua tahun lepas. Di tempat yang sama. "Pastikan kau tak berjumpa aku lagi lepas ni Kalau tak, kau tahulah apa nasib kau." - ANDRI Afya Aileen, gadis Melayu berusia 25 tahun. Disangkakan, pertemuan di KLIA itu adalah yang terakhir. Namun, bagai ada tali yang menarik mereka untuk terus bertemu. Dan ia, membuat hidup Afya huru-hara. "Kalau bukan awak yang hantar gambar-gambar tu, siapa lagi? Awak je yang memang tak puas hati dengan saya sekarang ni. Buat report konon saya cederakan awak. Eh padahal awak yang bersalah. Yang memulakan. Saya cuma nak lindung diri sendiri je. Tak cukup buat saya kena gantung kerja, buat pula saya bergaduh dengan ibu ayah dengan hantar gambar-gambar tu semua. Manusia jenis apa awak ni? Suka huru harakan hidup orang!" - AFYA Siapa sangka, orang yang membuat hidupnya huru hara itulah yang menjadi jodohnya. Demi membiayai kos perubatan si ayah, Afya bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Andri. Iaitu kahwin. Namun, satu demi satu dugaan datang daripada sebelum sehinggalah selepas mereka berkahwin. Menguji cinta mereka. "Ya, aku mengaku aku jahat. Aku tak sepatutnya berkahwin dengan kau. Aku silap. Aku tak fikir tentang kau. Aku pentingkan diri sendiri je. Aku minta maaf." - ANDRI "Awak... awak baik sangat. Awak... tak jijik ke dengan saya? Saya kan... dah disentuh lelaki lain." - AFYA Love is like a war. Easy to start. Difficult to finish. And impossible to forget.
RAYFAL DANIEL : Mr Sweet Mafia (TERBIT PBAKL 2024) by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 675,495
  • WpVote
    Votes 11,146
  • WpPart
    Parts 16
Perkahwinan yang terbina bukan di atas dasar cinta pada awalnya. Tetapi atas dasar keselamatan. RAYFAL DANIEL, seorang jejaka berusia 33 tahun. Ditugaskan untuk menjaga ibu mertua dan adik ipar sahabatnya. Demi menjaga dan mengelakkan sebarang fitnah, dia buat keputusan untuk berkahwin dengan gadis yang jauh lebih muda daripada dirinya. "Kalau abang kahwin dengan Aifa, abang boleh duduk kat rumah ni sekali. Senang. Macam sekarang ni, kita tak ada apa-apa ikatan. Tak elok untuk abang selalu ada kat sini." - DANNY AIFA AIREEN, hanya seorang gadis biasa berusia 19 tahun. Siapa sangka, jodohnya sampai awal. STPM pun tak lepas lagi. "Abang kahwin dengan Aifa, sebab nak jaga Aifa. Aifa minta maaf dah menyusahkan abang. Nanti kalau selesai semua masalah ni, dah tak ada musuh, abang bolehlah lepaskan Aifa." - AIFA Jika sudah menjadi suami isteri, lama-lama pasti akan berputiknya rasa cinta itu. Sedang mereka meniti bahagia, dugaan hadir satu per satu. Aifa sakit. Dan juga, masalah yang ditimbulkan oleh si ibu tiri Danny, Datin Rozi. "Dasar budak kurang ajar. Sama macam mummy dia juga. Menyesal aku tak bunuh dia dulu." - DATIN ROZI "Lisa nak nasihatkan abang, tolong hati-hati dengan sesiapa saja yang muncul secara tiba-tiba dalam hidup abang." - LISA "Kematian mummy kau, bukan kerana kanser. Tetapi dibunuh." - GHAZALI
CLARK MAIDEN : Mr Protector by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 17,089
  • WpVote
    Votes 1,413
  • WpPart
    Parts 19
"Kalau Lisa kata Lisa tak nak kahwin dengan abang, macam mana?" - NUR ALISA "Aku nak kahwin dengan kau. Kau jangan nak menipu pula kata ada boyfriend. Baru lepas putus tadi. Jadi, kau dah single. Kita kahwin." - CLARK MAIDEN Pada awalnya, Clark membantah sekerasnya dia hendak dijodohkan dengan Lisa, adik tiri kepada sahabatnya, Danny. Namun, kerana kejadian di satu petang, mengubah fikirannya. Dia bersetuju untuk menjadikan Lisa sebagai isteri. Entah atas dasar apa pun dia tidak pasti. Lisa, begitu mudah jodohnya hadir. Lelaki yang pertama kali dia jumpa di pejabat Danny, tiba-tiba menjadi suami. Jika dibandingkan dia dengan Clark, seperti langit dan bumi. Amat berbeza. Perkahwinan mereka, tidak diketahui oleh keluarga Clark di US kecuali adik kembarnya, Clara. Dek kerana itu, mummynya membuat keputusan mahu menjodohkan Clark dengan anak kepada sahabatnya. "Mummy nak kamu berkahwin dengan Annabel. Umur kamu makin meningkat. Andi dengan Andri pun dah kahwin. Dah ada anak. Mummy nak cucu." - MRS CATALINA Clark tersepit. Bukan tidak boleh jika dia hendak menjelaskan tentang perkahwinannya dengan Lisa. Namun, dia tahu mummynya tidak akan menerima. Wanita itu seorang yang pentingkan darjat. "Abang ikut jelah permintaan mummy. Lisa okay je bermadu." - NUR ALISA "I give you a choice. Leave him, or die." - ANNABEL
BABY GIRL MR ICEBERG 2 by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 21,140
  • WpVote
    Votes 765
  • WpPart
    Parts 22
"He's married. And he has a son." "Good. I want them." "Who?" "His wife and son." Disangkakan panas berpanjangan. Rupanya hujan di tengahari. Rumahtangga yang terbina hampir dua tahun itu goyah dek kerana munculnya musuh yang entah datang dari mana. "Arya!" "Ya hubby... Kenapa call saya ni?" "Angkat Aidan. Masuk dalam stor dekat dengan tandas dapur. Kunci pintu. Now!" "Tapi ke..." "I said now, Arya Safiyya!" Arya diculik. Aidan diculik. Diseksa sehingga keduanya nyawa-nyawa ikan. "I'm sure you don't know who your real husband. Right? So, let me explain here. If you want to know, your husband is..." Takut. Dan hilang kepercayaan selepas dia tahu siapa suaminya yang sebenar. "Arya..." "Keluar! Aku tak ada suami macam kau! Penjahat! Penipu!" Kebencian daripada isteri sendiri, sesuatu yang menyakitkan buat Rayyan. "Sampai bila kakak nak benci abang? Tak adil untuk kakak hukum abang tanpa tahu penjelasan yang sebenar. Kakak hanya dengar daripada sebelah pihak. Tapi kakak tak dengar daripada pihak abang." - DANIEL "Ray accident. Ni yang kau nak, kan? Puas hati kau sekarang? Kalau Ray mati, kau rasa kau akan hidup tenang ke selepas apa yang kau buat pada dia selama ni? Kau hina dia, ada ke kau minta maaf? Tak ada kan? Tu, pikul dosa bertimbun tu seumur hidup." - RAFIQ