ameera_04
Noah Zayden. Seorang yang sangat peka terhadap keadaan sekeliling. Tidak pernah mempunyai kekasih hati kerana dirinya tidak melekat dengan mana-mana perempuan yang ditemuinya. Dia bukanlah seorang yang kasar namun dia juga mempunyai perwatakan yang sombong apabila melibatkan perempuan gedik. Sampailah dia dipertemukan dengan seorang gadis yang bernama Laura Victoria. Hati mula tidak keruan apabila gadis itu menerjah fikirannya hampir setiap masa. Dia diamanahkan oleh abang kepada gadis itu untuk menjadi pelindungnya.
Laura Victoria. Gadis ini sangat ceria namun terselit 1001 masalah. Dia terpaut dengan seorang jejaka tampan di tempatnya belajar. Ya, dia terpaut dengan Noah Zayden. Jejaka yang sentiasa menjadi pelindungnya. Jejaka yang sentiasa mengambil berat terhadapnya. Dia mempunyai seorang abang yang sangat penyayang dan ibu bapa yang sangat memahami. Namun hidupnya tidak tenang dengan kehadiran seorang lelaki yang bernama Rayyan Xavier.
"Awak tak apa-apa, Victoria?" - Noah
"Terima kasih sebab selamatkan saya, Noah" - Victoria
"Aku takkan pernah putus asa untuk dapatkan kau, Victoria. Dendam tetap dendam" - Rayyan Xavier
"Rayyan, nampaknya kau bukan ganggu adik aku sebab suka tapi sebab dendam. Aku takkan biarkan kau apa-apakan adik aku" - Victor
Mampukah Noah menjadi pelindung kepada Victoria? Adakah episod ini akan berakhir dengan kebahagiaan atau penderitaan? Kebahagiaan akan menjadi milik siapa?
Watak-watak tersebut hanyalah rekaan semata-mata.