Zirafah0987's Reading List
135 stories
HIS BABYBOO | C by luvstvrsya
luvstvrsya
  • WpView
    Reads 270,312
  • WpVote
    Votes 9,213
  • WpPart
    Parts 68
𝓵𝓾𝓿𝓼𝓽𝓿𝓻𝓼𝔂𝓪'𝓼 𝓯𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓶𝓪𝓼𝓽𝓮𝓻𝓹𝓲𝓮𝓬𝓮 ❦ 𝐈𝐙𝐙𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐀𝐋 | 𝐀𝐈𝐑𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐑𝐒𝐇𝐀 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗜𝗭𝗭𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡𝗜𝗔𝗟 • Seorang lelaki berusia 28 tahun yang memiliki darah campuran Malaysia + Russia. Dikenali sebagai seorang ketua mafia yang paling berpengaruh, namanya cukup digeruni di dunia. Sifatnya yang dingin, baran, dan kejam membuatkan ramai orang takut dengannya. Bagi Tengku Izzat, dunia ini hanya ada dua jenis manusia, yang berkuasa dan yang menjadi mangsa. 𝗡𝗨𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗜𝗥𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗥𝗦𝗛𝗔 • Gadis berusia 20 tahun, berdarah campuran Malaysia + Jerman. Airis adalah seorang yang ceria, polos, dan sangat manja dengan orang yang dia sayang. Sikapnya yang gila-gila, suka tersenyum, dan periang sering membuatkan orang di sekelilingnya tertawa. Note : ada beberapa chapter yang tatabahasanya tidak berapa sempurna dan saya malas nak edit, dari chapter 1 sampai chapter 26 dan chapter selebihnya adalah sempurna. Start : 1/1/2024 End : 30/8/2025
Farhat's  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 333,112
  • WpVote
    Votes 16,715
  • WpPart
    Parts 77
[Book 11] Short, not so short story. Kisah Uqael Farhat yang dibelenggu perasaan cinta tetapi status 'sepupu' membataskan segalanya. Dia terpaksa berundur demi melihat wanita yang dia cinta bersama lelaki lain kerana restu keluarga yang tidak berpihak kepadanya. Bagaimana cara dia dapat menghakis perasaan itu? Bagaimana dia dapat melupakan Fatima jika dari kecil mereka bersama? Tambah pula dengan kehadiran seorang gadis bernama Eleisha yang menjadi peneman di kala dia sunyi menanti Fatima. Patutkah dia terus mengikut kata hati atau membiarkan ego yang membuat pilihan? Benarkah perasaan yang ada buat Fatima adalah cinta, dan bukan obses? Dan benarkah perasaan buat Eleisha yang sehabis daya diabaikan itu bukan cinta? Di saat dia buntu dan keliru, dia menyakiti hati yang tulus berharap. Sehingga satu masa, hati itu mula mengalah dan mengundurkan diri. Dapatkah dia perbetulkan kesilapannya? Atau dia akan kehilangan kedua-duanya? [Sinopsis lengkap tersedia sebelum prolog]
[HIATUS] SECOND GLANCE LOVE by bintangwrites
bintangwrites
  • WpView
    Reads 24,022
  • WpVote
    Votes 1,385
  • WpPart
    Parts 28
UNTUK PEMBACA MATANG! *** SPIN OFF FROM THE PLAYBOY [STAND ALONE SERIES BUT YOU CAN READ THE PLAYBOY FIRST IF YOU WANT] *** Raden Thaqif, seorang lelaki berkulit hitam manis namun memiliki wajah yang tampan. Disukai dan disenangi oleh orang tua-tua di kampung kerana hatinya yang mulia dan bicara yang penuh dengan kesopanan. Tidak kurang juga dengan para anak gadis. Membesar di kampung dan hanya bekerja sebagai penjaga kebun dan ternakan di kandang memandangkan itu merupakan harta sepeninggalan arwah bapanya selepas meninggal di dalam kemalangan jalan raya. Dhia Humaira, kejelitaan yang dimiliki membuatkan dia menjadi idaman para lelaki namun sayang sifat yang dimiliki tidak mencerminkan kecantikan yang dimiliki. Mulutnya langsung tidak berlapik, jika dia tidak suka, dia akan mengatakan dia tidak suka. Jika dia marah, dia akan sembur begitu sahaja tanpa menghiraukan hati insan yang mendengarnya. Namun, Thaqif masih mencintainya meski begitu. Tidak peduli berapa kali Dhia menghalaunya, menghinanya, Thaqif masih setia berada di sisi, seolah-olah lelaki itu tidak memiliki perasaan. Bagi Thaqif, Dhia adalah cinta pertamanya. Bagi Dhia, cinta Thaqif menjijikkan kerana pertalian hubungan sepupu yang dimiliki oleh mereka. Dek kerana sikap Dhia yang dianggap 'tidak matang' oleh keluarga, gadis itu dipaksa menerima perkahwinan yang diaturkan bersama dengan Thaqif. Kerana bagi keluarganya, Thaqif bisa membantu mengubah sang adik. Dhia memberontak, dia benci. Dia tidak suka diatur! Di tambah lagi, dia memiliki Hud Iskandar sebagai kekasih hatinya. Satu rancangan diatur. Rancangan yang akan mengubah segala-galanya, takdir yang dimiliki di antara dirinya dan Thaqif. *** Start: 1 Jun 2025 End: [Akan diupdate setiap kali waktu lapang]
[C] Pendamping Untuk Cik Aara by BiesChapter
BiesChapter
  • WpView
    Reads 728,445
  • WpVote
    Votes 16,930
  • WpPart
    Parts 102
KARL AIDYN ? Mafia yang di takuti semua pengikutnya , kekayaan dan ketampanannya menarik semua perempuan untuk mendekatinya walaupun mengetahui sikap KEJAM dan BUAS Karl.. Bagi Karl , semua wanita hanyalah mainannya , tiada yang layak untuk di cintai termasuk isterinya sendiri. AARAA ADRIANA ? kejelitaannya tak mampu menundukkan keegooan Karl , menikahi lelaki itu hanya kerana urusan perniagaan semata.. memberi CINTA kepada suami ? Tak terlintas di fikiran Aaraa.. mampukah seorang Aaraa menghadap sikap suami yang selalu mengutamakan perniagaan dan perempuan lain tanpa mempedulikan kehadiran Aaraa ? Akibat musuh yang ada , Karl melewati hari malang itu , dia jatuh ke jurang dan hilang berminggu minggu.. Aaraa buntu , bila suaminya di jumpai , dia seperti bukan Karl yang dulu... siapa dia ?
BUKAN ISTERI PILIHAN by _Mylia_
_Mylia_
  • WpView
    Reads 1,424
  • WpVote
    Votes 88
  • WpPart
    Parts 6
NIARA ALISSA tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Demi melunaskan hutang ayahnya yang kaki judi, dia dijual seperti barang dagangan kepada sepasang suami isteri kaya. "Yah, tolong yah... jangan buat Niara macam ni!" rayunya, namun si ayah hanya menolak dengan wajah bengis. Bukan untuk dijadikan anak angkat... tetapi untuk dijadikan isteri sementara kepada Naufal Haziq, anak lelaki mereka yang lumpuh selepas kemalangan. Tunang Naufal pergi meninggalkan dia saat dia paling memerlukan. Demi menutup aib keluarga, Niara dijadikan pengganti. "Kau mesti malu dapat suami lumpuh macam aku kan?" - Naufal Haziq "Awak pula tak malu dapat isteri macam saya?" - Niara Alissa Semakin lama dia mengenali naufal dia tahu naufal lelaki yang baik meskipun mempuyai kekurangan "Kenapalah tunang awak sanggup tinggalkan awak... sedangkan awak baik aje." - Niara Benih sayang mula tumbuh dalam hati. Tapi Niara tahu, semua itu hanyalah sementara. Apabila Naufal sembuh kelak... apa gunanya lagi seorang isteri yang tidak pernah menjadi pilihan sejak awal? Adakah cintanya akan dibalas, atau dia hanya boneka sementara di sisi seorang lelaki yang bakal kembali sempurna?
Isteri Pakai Buang✔️ by shasafkim
shasafkim
  • WpView
    Reads 2,586,546
  • WpVote
    Votes 54,781
  • WpPart
    Parts 70
|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandung tetapi anak yang dipungut oleh bapaku Semuanya telah mengubah hidupku hanya disebabkan suatu malam yang malang.Tubuhku menjadi mangsa sebagai pemuas nafsunya.Hanya satu akad nikah,satu lafaz cerai dan satu seksaan hanya disebabkan dendamnya telah membuatku rasa terhina "Kenapa awak seksa saya macam ni Ad? kalau awak kahwin dengan saya hanya nak seksa,pukul dan jadikan saya sebagai pemuas nafsu awak,lebih baik awak ceraikan saya!." ~BELLA "No! aku takkan ceraikan kau. Aku akan ceraikan kau bila aku dah jemu dengan diri kau tu, and then aku sendiri akan jatuhkan talak!" ~AD "Jadi saya ni cuma isteri pakai buang awak?" ~BELLA Orang dulu-dulu menyatakan Jangan terlalu benci dengan seseorang, nanti bertukar cinta. Ya, salah aku membenci lelaki bernama Adrian Sufi sehingga terjunam dengan percintaan dan hadirlah zuriatku. Saat mencapai bahagia, pasti ada dengki. Itu lumrah manusia. Kau berubah serta merta kerana dia. Kau buang aku serta merta kerana dia. Kau hina aku serta merta kerana dia. Semuanya kerana dia. Ya, aku telan semuanya kerana aku ada Allah yang maha adil. Tetapi, usahlah pelik jika perasaan aku berubah disebabkan lafaz yang terukir di bibirnya. Aku ada prinsip. Sudah ludah, takkan lah nak jilat semula? Kau hadir membawa bahagia Kau pergi membawa derita, Kau hilang membawa ketenangan Kau muncul membawa kenangan •••••••••••••••••••••••••••••••••• Copyright © by Syaa
Enemy?Husband? by Kimchimansae
Kimchimansae
  • WpView
    Reads 1,942,358
  • WpVote
    Votes 63,023
  • WpPart
    Parts 74
Dua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap pun nak kahwin dengan kau.Confirm tak bahagia hidup aku kahwin dengan musuh sendiri.Minta simpanglah!" ⇨Nur Aqiesya Azahra "Disebabkan kita kahwin atas desakkan keluarga,dalam masa 8 bulan kalau ada antara kita yang timbul perasaan sayang atau cinta.Kita kena jujur untuk mengaku tapi kalau sebaliknya,aku sedia lepaskan kau." ⇨Muhd Adam Riefqi "Aku tak akan biarkan kau bahagia dengan dia sedangkan aku menderita." ⇨Harries Iryan Dapatkah perasaan benci menjadi cinta? Dapatkah mereka mempertahankan masjid apabila orang ketiga muncul? Kalau nak tahu mari saksikan telatah hidup mereka.
REVIRA : The Seductive Villain by eryvee
eryvee
  • WpView
    Reads 1,491,536
  • WpVote
    Votes 37,756
  • WpPart
    Parts 68
UNTUK PEMBACA MATANG (19+) *** Tiara - Seorang gadis kampung mempunyai rupa paras yang cantik. Bukan hanya itu. She's stunning, seductive and also -irresistible. Misinya : Goda bakal abang iparnya. Bakal tunang kakaknya, Tirah. Tapi itu tak mudah bila mana Han bukan seorang lelaki yang mudah masuk dalam jeratnya. Jadi adakah dia akan goyah? I bet you will not like this villain. Don't read it. - - - © 2025 EryVee. All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of the copyright owner. Completed : 3 October 2025
( ✔ ) Xavier's Cupcake by nkimmyy
nkimmyy
  • WpView
    Reads 170,824
  • WpVote
    Votes 7,721
  • WpPart
    Parts 40
" Bella always be my only cupcake " >♡ Putera Hans Xavier ? Dia mempunyai rupa yang sangat kacak , dan duit yang dimiliki tidak pernah habis serta pandangan tajam dia , sangat menakutkan ! Dia ketua dalam dunia Mafia , lagi-lagi di kawasan keturunannya iaitu di Rome . Dia kaki perempuan dan tak pernah jatuh cinta cuma itulah .. Dia akhirnya jatuh cinta dengan gadis yang berani melawannya ! " Aku suka perempuan cuma ... aku benci Isabella ! Argh ! Berani dia lawan kata-kata aku ! " Nur Isabella . Kalau nak tahu , dia gadis yang sangat kasar dari lahir . Dia punya berani , sampai ketua mafia pun dia lawan ! Dia cantik sangat kerana dia ada keturunan arab cuma itulah , kecik-kecik dah jadi anak yatim dengan abangnya . Dia pernah bercinta cuma , tak berakhir dengan kegembiraan dan disebabkan itu , dia tak percaya akan cinta kecuali ketika bersama ketua mafia yang paling digeruni . " Dia ingat aku takut ke dengan dia ? Ketua mafia ? Pergi matilah ! " Walaupun begitu , bak kata ustaz Kazim Elias 'Kalau dah jodoh , tak kemana ' . " Nur Isabella " - Hans Xavier " Apa ? " - Nur Isabella " Jom kahwin ? " - Hans Xavier " Ha ?! " - Nur Isabella Tapi akibat satu kesalahan , segalanya musnah . " I'm sorry Xavier but , Isabella's gone . I'm late " - Haiqarl Daniel " I have to go and I want you to know that I love you, Hans Xavier " - Nur Isabella " I need her, I want her.. I'm sorry my cupcake.. Please come back my love, Bella... " - Hans Xavier >♡ ⚠️ rekaan author sendiri ⚠️ ada kata-kata kasar dan ayat cringe ⚠️ tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati ⚠️ always kena vote setiap bab !
MY DARLING DARLINA (On Going) by flwershaee
flwershaee
  • WpView
    Reads 409,038
  • WpVote
    Votes 22,894
  • WpPart
    Parts 58
Kehilangan penglihatan membuatkan dunia Hendriyan tenggelam dalam sunyi yang menyesakkan. Setiap hari terasa seperti berjalan tanpa arah, tanpa harapan. Senyuman yang dulunya mudah terukir kini hilang bersama cahaya hidupnya. Hinggalah hadir Darlina, gadis yang tidak pernah jemu meminjamkan sinarnya. Suaranya menjadi penawar, sentuhannya menjadi tenang dan keikhlasannya menjadi mata untuk Hendriyan melihat dunia dengan cara yang baharu. Dia menerima lelaki itu tanpa ragu meskipun Hendriyan sendiri tidak mengerti apa yang Darlina nampak dalam dirinya. "Izinkan saya jaga awak sampai bila-bila boleh?" - DARLINA "Aku ni buta. Apa yang kau nampak pada aku ni yang kau nak sangat kahwin dengan aku, Darlina?" - HENDRIYAN "Saya nampak masa depan saya." - DARLINA Namun tanpa mereka sedari, ada satu rahsia besar yang tersembunyi di sebalik pertemuan itu. Seseorang sedang memerhati dari jauh, orang yang merancang kemalangan yang merampas penglihatan Hendriyan. Fitnah yang dilontarkan oleh pihak ketiga membuatkan Hendriyan marah dan menghalau Darlina dari hidupnya. "Aku tak tahu anak siapa yang kau kandungkan sekarang ni." - HENDRIYAN "Abang! Abang sedar tak apa yang abang cakapkan ni? Lina tak mengandung pun!" - DARLINA Sebaik sahaja penglihatannya kembali pulih, Hendriyan nekad mencari Darlina, meskipun dia tidak tahu rupa paras isterinya. Apa yang menanti mereka? Adakah cinta mereka akan bersatu semula atau rahsia dan muslihat yang tersembunyi akan memisahkan mereka selamanya? "Bau perfume awak sama macam isteri saya." - HENDRIYAN "Apa awak ingat perfume tu dibuat khas untuk bini awak sorang je ke?" - DARLINA *No plagiat allowed!!! © flwershaee, 2024