Novel
42 stories
Cinta Hati Mr. Aydan - Azieana by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 1,089
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 10
BLURB: Aydan nekad mengakui keburukannya di hadapan perempuan yang tidak kenalinya, gara-gara geramnya kerana asyik digesa oleh Puan Sri Hayati supaya dia segera berkahwin. "Dari segi luaran, I ni nampak hebat, tapi hakikatnya I ni jenis lelaki yang panas baran, pengotor, suka sepah-sepahkan semua barang dalam bilik, letak pakaian merata-rata, termasuklah seluar dalam I." - Aydan Anis yang terkejut segera meninggalkan restoran tempat janji temunya dengan si tunang. Dan ketika itulah baru Aydan sedar yang dia tersilap cakap. Sangkanya, itulah perempuan yang sepatutnya dia jumpa. Rupa-rupanya, dia tersalah orang. Argh... malunya! Sebagai seorang anak, Anis akur dengan jodoh yang telah diaturkan untuknya. Namun bahagia yang diharap bersama Syaqeer ditabur pahitnya hempedu. Penceraian yang diminta, dibalas dengan lafaz talak tiga! Hidup sendirian, Anis harus bekerja kembali. Akhirnya dia nekad untuk menghubungi Aydan dengan harapan lelaki itu dapat memberikan peluang pekerjaan kepadanya. Sebenarnya, Aydan pernah menawarkan dia bekerja semasa mereka bertemu buat kali kedua. Ketika itu dia bekerja di chalet. Peluang untuk Aydan mendapatkan Anis terbuka apabila mereka bekerja sebumbung. "Cara encik pandang muka saya tu macam ada sesuatu yang pelik kat muka saya aje." - Anis "I pernah melamar you untuk jadi isteri I. You lupa? Lamaran yang sebelum ini masih valid dan tak ada tarikh luputnya." - Aydan Pada masa yang sama, Syaqeer tiba-tiba muncul untuk kembali semula kepada Anis. Untuk mengelak daripada terus diganggu oleh Syaqeer, Anis menerima Aydan. Tapi hubungan mereka bukan semudah yang mereka sangkakan. Wujud pula Safiera dan Zureen yang merebut hati Aydan, dan Syaqeer yang mahu kembali semula kepada Anis. Berjayakah hubungan Aydan dan Anis dipertahankan apabila wujud insan lain yang mahu menggugat hubungan mereka? KAPSYEN: Mencintaimu merupakan perkara terindah dalam hidupku!
UTUSAN CINTA BUAT ADAM by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 195,561
  • WpVote
    Votes 1,248
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Utusan Cinta Buat Adam Penulis: Myra Ameer Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-068-7 Muka Surat : 672 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Karyaseni Aku tidak mengimpikan mahligai bak istana tapi aku hanya mendambakan syurga buat kita.
Amor Mio ©️ by itsquinrae
itsquinrae
  • WpView
    Reads 683,587
  • WpVote
    Votes 27,684
  • WpPart
    Parts 69
2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: 05/12/2024 Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 1,932,801
  • WpVote
    Votes 15,566
  • WpPart
    Parts 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
Seindah Tujuh Warna Pelangi by EmanSufi
EmanSufi
  • WpView
    Reads 120,378
  • WpVote
    Votes 1,774
  • WpPart
    Parts 19
Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan mengubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa! " Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau tergamak muncul depan dia dan kenalkan diri kau Auntie Aira? Ibu jenis apa kau ni?" - Andika " Bukan ke abang juga yang cakap dulu, lepas kita bercerai... abang dan Sofia bukan sesiapa lagi dalam hidup saya dan begitu sebaliknya... Jadi jangan tayang muka yang kononnya saya ni teruk dan abang tu baik sangat" - Aira Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk . Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira "Apa yang berlaku dulu tu tak boleh ke kita lupa saja. Kita balik macam dulu sebagai suami isteri." - Andika "Saya tak ada rasa cinta pada abang. Kalau masih ada pun, saya tak boleh maafkan perbuatan abang yang gunakan saya semata untuk capai impian dan cita-cita abang. Abang dah bakar hangus semua kepercayaan dan cinta yang saya berikan - Aira Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama.
Kerana Terluka [TERBIT] by daisyxdahlia
daisyxdahlia
  • WpView
    Reads 914,034
  • WpVote
    Votes 183
  • WpPart
    Parts 7
Fahri Ilham | Hana Atiya Start : 10th Sept 2022 End : 10th March 2023
Adakah Masih Ada Kita (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 492,675
  • WpVote
    Votes 17,035
  • WpPart
    Parts 33
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang baru sahaja ingin merasai kebahagiaan mahligai cinta. Perkahwinan yang baru berusia dua bulan ketika itu telah menjadi usang setelah mereka terpisah. Namun takdir kembali menemukan mereka sebagai rakan sekerja di Pantai Kasih Medical Centre. Bekerja dengan seorang lelaki bergelar suami tidak semudah dan seindah yang disangka lebih-lebih lagi apabila sudah bertahun-tahun terpisah. "Salah ke bila seorang suami cemburu dan marah bila ada lelaki lain cuba untuk pikat hati isteri dia walaupun isteri dia berdingin dengan suaminya sendiri?" - DR RAYYAN HAFEEZ. "Istilah kita tu dah tak wujud sejak I bertekad untuk tak kejar cinta you lagi. Lama I tunggu suami I tapi sekali pun dia tak pernah balik. Jadi you rasa sekarang ni masih ada lagi ke 'kita' dalam hubungan ni?" - DR MAWAR ELENA. Namun satu peristiwa berlaku antara mereka. Dr Mawar Elena kemalangan sehingga dia tidak mampu berjalan semula. "Kalau you sembuhkan kaki ini dan barulah kita akan kembali bahagia bersama." - DR MAWAR ELENA. Ke manakah penghujung perang cinta mereka ini? Sanggupkah mereka berpisah sekali lagi? Bolehkah kebahagiaan mereka datang menjelma kembali? Masihkah ada cinta dan ruang untuk Dr Rayyan Hafeez? ADAKAH MASIH ADA KITA
DANISH HAZIQ : Her Psycho Husband [OG] by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 408,921
  • WpVote
    Votes 12,465
  • WpPart
    Parts 25
✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cintai bermesra dengan lelaki lain. Perasaan cemburu mula menguasai dirinya sehingga tidak sedar dia telah menyakiti wanita itu. "Aku dah cakap dah dekat kau jangan sesekali dekat dengan jantan lain selain aku. Tapi kenapa? Kenapa kau susah sangat nak dengar cakap aku ha, sayang?" - DANISH HAZIQ "Eish sayang, lepas lah! Sakit tahu tak!" - LYDIA MARISSA "Ouh kau tahu sakit? Tapi sakit lagi hati aku tengok kau dengan jantan lain tahu tak!" - DANISH HAZIQ Sanggupkah Lydia mempertahankan dirinya dengan lelaki itu? Lelaki yang kuat cemburu dalam segala hal bila berkaitan dengan lelaki? "Betul awak sayangkan saya?" - LYDIA MARISSA "Ya. Aku sayangkan kau. Sangat." - DANISH HAZIQ "Jadi lepaskan saya." - LYDIA MARISSA Dang! Terasa berat permintaan itu meniti keluar dari celahan bibir wanita yang dia sayang. Melepaskannya pergi? Adakah permintaan Lydia akan di tunaikan oleh Danish? "Aku terlampau sayangkan kau sampaikan perempuan dekat luar sana pun aku tak pernah rasa wujud dalam hidup aku. Hanya diri kau sahaja yang aku mahu, Lydia" - DANISH HAZIQ -------------------------------------------- ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. ⚠️CRINGE & KLISHE ⚠️HIDUP KEKADANG KENA CHILL JUGAK. SO JANGAN NAK TAKE SERIUS SANGAT. ⚠️IF ADA TYPO AND KESALAHAN TATABAHASA MAAFKAN SAYA SERTA ABAIKAN DAN CUBA FAHAMKAN. TAK FAHAM KOMEN. ‼️LARANGAN KERAS JIKA ANDA PLAGIAT KARYA SAYA. IDEA 100% DARI OTAK SAYA SENDIRI. JANGAN JADI OTAK LEMBU MALAS HENDAK BERFIKIR UNTUK KARANG CERITA. ---------------------- Start : 30 MAY 2023. End : 19 APRIL 2024.
Cinta Sekali Lagi by Nur-Rabiatul
Nur-Rabiatul
  • WpView
    Reads 79
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 6
Cerita ini mengesahkan seorang perempuan bernama Tengku Nur Hannah Marissa Binti Tengku Muhammad Alif Fahmi yang dipaksa oleh mak ayah nye, dia terpaksa berkahwin seorang jejaka pilihan mak ayah nye, jejaka itu bernama Tengku Muhammad Aryan Rayyan Bin Tengku Mohamad Arif Iskandar, tetapi Tengku Muhammad Aryan Rayyan ini tidak setuju dengan pilihan mak ayah nye sebab tidak suka Tengku Nur Hannah Marissa dari kecil lagi, sampai suatu hari dia terpaksa kahwin juga kerana harta.... " Daddy apa ni!, Aryan tak nak kahwin lahh" jawap aryan. " Kamu kena kahwin juga!, Daddy dah tunggu lama dah kamu kata nanti nak bawa menantu jumpa daddy?, Tapi tak bawa juga kan" Jawap daddy nye. " Aryan tak nak jugaa!" Jawap aryan. " kalau kamu tak kahwin dengan rissa daddy tak akan bagi kamu berkerja dengan daddy lagi faham!!" jawap daddy nye keadaan marah. " ok fine!, aryan ikut pilihan daddy" jawap aryan yang keadaan terpaksa. Kalau nak tahu lebih lanjut nye kena lah baca buku ini.. Kalau suka vote Dan jangan lupa follow my account :)
DALAM BENCI ADA SAYANG by roese_rosy
roese_rosy
  • WpView
    Reads 2,344,315
  • WpVote
    Votes 59,800
  • WpPart
    Parts 72
Hanya satu kesilapan dua hati yang saling membenci terpaksa disatukan. Bila akad sudah dilafaz satu hati sudah menerima seadanya. Satu hati lagi masih membenci. Masihkah ada kebencian itu sampai bila-bila? Hati yang keras akan cair juga akhirnya. Namun siapa kita yang hendak menghalang takdir Illahi? Bila bahagia sudah menjelma akan adanya pengorbanan yang terpaksa dilakukan secara tiba-tiba. Tegarkah dua hati itu menerimanya? Atau hanya pejamkan mata dan salah seorang beralah demi sebuah kebahagiaan? Jika benci boleh menjadi sayang, apatah lagi sebaliknya.. Ini kisah Tengku Hayden & Dalia Imaani. ❤