sn_aqsyah's Reading List
110 story
Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️) ni ReginaAkhira
ReginaAkhira
  • WpView
    MGA BUMASA 2,559,024
  • WpVote
    Mga Boto 107,358
  • WpPart
    Mga Parte 177
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mereka berdua di atas satu ikatan. Satu janji telah di buat untuk melindungi gadis itu. "Aku boleh carikan Adrian. Tapi dengan syarat. Kahwin dengan aku!" -Darren Del Lucca Tatkala bahagia kian terasa, satu kebenaran yang terungkap menyebabkan Ayrena hilang arah. Lelaki yang bergelar suaminya selama ini, merupakan seorang Mafia yang sangat berkuasa. "Antara cinta dan kuasa, awak akan pilih kuasa awak, kan?" -Ayrena Rosebell "You know which one I will choose, Ayrena." -Darren Del Lucca Saat ego masih utuh, perasaan yang sudah tersemai dinafikan. Pelbagai tragedi yang berlaku membuatkan banyak rahsia mula terungkap. Kebahagiaan diragut sekelip mata saat pengkhianatan mula bermaharajalela. "Sejak aku dan kau disatukan, sejak itu aku berjanji untuk lindungi kau hingga akhir nafas aku. Kau tak boleh mati, kau janji dengan aku untuk kita hidup bersama. Jadi, aku nak kau bertahan. Untuk aku, untuk kita!"-Darren Del Lucca
Hadiah Takdir ni Aashhuuu_
Aashhuuu_
  • WpView
    MGA BUMASA 19,183
  • WpVote
    Mga Boto 973
  • WpPart
    Mga Parte 17
Hidup Aesya Maleeka bukan sekadar tentang cinta remaja yang tidak kesampaian. Dia seorang gadis yang belajar berdiri sendiri meskipun hatinya pernah dipatahkan berkali-kali. Disakiti tidak menjadikan dia lemah. Sebaliknya, dia semakin berani menentang rasa, meski luka itu tetap membekas. "Aku sentiasa ada dengan kau. Kau kan suri hati aku. Nothing to worries, okay?" - Ahmad Mustaqim Tapi janji manis itu akhirnya dibiar tergantung, seakan-akan hilang maknanya. Kehadiran Dina Najla, gadis masa lalu yang tiba-tiba kembali dalam hidup Ahmad Mustaqim, telah membuka lembaran perit untuk Aesya Maleeka. Bukan sekadar kehilangan, tetapi pengkhianatan yang diam-diam melahirkan parut. "Perlu ke kau seksa diri kau macam ni?" - Syed Al-Hafiz Di sebalik tawa yang dipamerkan, ada hati yang diam-diam menanggung beban. Namun, Aesya tahu dia tidak boleh terus tunduk pada derita. Dia memilih untuk tetap melangkah, meski bayangan silam sering cuba menariknya kembali. "I don't wanna be a burden." - Aesya Maleeka "Then let me carry it with you. Izinkan saya ada di sisi awak... bukan hanya hari ini, tapi sampai akhir nafas saya." - Tengku Afraz Rida Mampukah Aesya benar-benar membuka hati untuk Afraz, lelaki yang hadir membawa ketenangan dan janji baru? Atau parut lama akan terus membayangi setiap langkahnya?
Tengku Devyn Aryan : Melting the Cold ni mint_llc
mint_llc
  • WpView
    MGA BUMASA 380,302
  • WpVote
    Mga Boto 11,779
  • WpPart
    Mga Parte 62
Tengku Devyn Aryan ♡ Hannah Lavender
ESTRELLA  ni waffabell
waffabell
  • WpView
    MGA BUMASA 2,085
  • WpVote
    Mga Boto 85
  • WpPart
    Mga Parte 64
Hidup Carissa berubah 360 darjah selepas kematian ayahnya. Dia sudah kehilangan ibunya sejak lahir, dan kini, satu-satunya pelindungnya juga diragut di depan matanya sendiri! Namun, kematian itu bukan sekadar kes langgar lari biasa tetapi adalah satu pembunuhan yang dirancang! Lebih menyedihkan, pelaku kejadian itu menghilangkan diri, meninggalkan Carissa dengan persoalan yang menghantui. Kini, Carissa hanya mampu menumpang kasih kepada dua abangnya, Caden dan Cavin, serta ibu tirinya, Puan Sabrina Namun, luka di hatinya semakin dalam apabila kebenaran mengenai kematian ayahnya semakin sukar dirungkai. Dalam keadaan dirinya yang terumbang-ambing, Carissa bertemu dengan Dr. Haziel namun pertemuan itu jauh dari indah. Haziel menuduhnya cuba mencederakan diri hanya kerana putus cinta, sedangkan hakikatnya tidak begitu! Marah dengan sikap dingin dan prejudis lelaki itu, Carissa nekad mahu mengambil hatinya. Tetapi siapa sangka, semakin dia mengejar, semakin banyak luka yang dia peroleh. Setelah kemalangan langgar lari yang meragut nyawa ayahnya akhirnya ditemui. Sejak itu, Carissa tidak lagi merasa aman ! diganggu melalui panggilan misteri dan diawasi secara sembunyi. Bayangan ketakutan semakin menghimpit, membuatkan dua abangnya, Caden dan Caven, berasa risau akan keselamatan adik bongsu mereka. Menyedari ancaman yang semakin membahayakan Carissa, Haziel tampil dengan satu keputusan berani. Demi melindungi gadis itu, dia meminta izin daripada Caden dan Caven untuk mengahwininya, agar dapat menjaganya dengan lebih dekat. Setelah berfikir panjang, kedua-dua abang Carissa akhirnya bersetuju, meskipun keputusan itu mengubah segala-galanya. Namun, perkahwinan mereka bukan sekadar perlindungan. Semakin lama, semakin banyak rahsia yang terbongkar banyak mengaitkan tragedi silam dengan ancaman masa kini. Dalam ketakutan dan bahaya yang semakin menghampiri, mampukah Carissa dan Haziel mencari jawapan di sebalik misteri ini sebelum segalanya menjadi terlalu lewat?
KAU MILIKKU AKU MILIKMU ni LittlePrincess174
LittlePrincess174
  • WpView
    MGA BUMASA 170
  • WpVote
    Mga Boto 9
  • WpPart
    Mga Parte 8
Tengku Aryan Mikhael. Nama itu cukup membuatkan ramai gadis terpesona. Berwajah tampan, berkarisma, dan berdarah bangsawan, dia punya segalanya kecuali satu. Hatinya hanya terpaut pada seorang gadis yang sejak kecil menjadi bayangan hidupnya, Tengku Amelia Qaireena. Namun cinta Aryan bukan sekadar cinta biasa. Ia adalah obsesi. Obsesinya untuk memiliki Amelia sepenuhnya, hingga tiada ruang untuk lelaki lain mendekatinya. Baginya, Amelia bukan sekadar puteri bangsawan... dia adalah miliknya, satu-satunya. Apa yang Aryan tidak tahu, Amelia juga menyimpan perasaan yang sama. Dia obses terhadap Aryan bukan sekadar kerana cinta, tetapi kerana takut kehilangan. Bagi Amelia, dunia tanpa Aryan adalah dunia tanpa makna. Pertemuan mereka tidak lagi sekadar ikatan keluarga bangsawan. Ia menjadi pertembungan dua jiwa yang sama-sama obses. Cinta mereka indah, tetapi dalam keindahan itu tersembunyi kegilaan.. siapakah yang sebenarnya memiliki, dan siapa yang dimiliki? Kerana pada akhirnya, dalam dunia mereka... "Kau milikku, aku milikmu."
PELUANG TERAKHIR  ni LittlePrincess174
LittlePrincess174
  • WpView
    MGA BUMASA 30,316
  • WpVote
    Mga Boto 618
  • WpPart
    Mga Parte 58
Kerana satu peristiwa, dua insan yang saling tidak mengenali terpaksa disatukan dek kerana fitnah manusia. Segala penghinaan dan penderitaan terpaksa diterima oleh sang gadis itu. Namun dia sentiasa memberikan peluang dan kesempatan untuk suaminya. Disaat cinta mula berputik, muncul orang ketiga yang cuba meretakkan hubungan mereka. Pada awalnya, suaminya sentiasa membelanya. Namun, dek kerana fitnah orang ketiga hubungan mereka semakin retak hingga kalimat yang tidak ingin didengari oleh gadis itu keluar dari mulut cinta hatinya... " Aku ceraikan engkau dengan talak satu"
BUKAN ISTERI PILIHAN ni _Mylia_
_Mylia_
  • WpView
    MGA BUMASA 1,195
  • WpVote
    Mga Boto 75
  • WpPart
    Mga Parte 6
NIARA ALISSA tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Demi melunaskan hutang ayahnya yang kaki judi, dia dijual seperti barang dagangan kepada sepasang suami isteri kaya. "Yah, tolong yah... jangan buat Niara macam ni!" rayunya, namun si ayah hanya menolak dengan wajah bengis. Bukan untuk dijadikan anak angkat... tetapi untuk dijadikan isteri sementara kepada Naufal Haziq, anak lelaki mereka yang lumpuh selepas kemalangan. Tunang Naufal pergi meninggalkan dia saat dia paling memerlukan. Demi menutup aib keluarga, Niara dijadikan pengganti. "Kau mesti malu dapat suami lumpuh macam aku kan?" - Naufal Haziq "Awak pula tak malu dapat isteri macam saya?" - Niara Alissa Semakin lama dia mengenali naufal dia tahu naufal lelaki yang baik meskipun mempuyai kekurangan "Kenapalah tunang awak sanggup tinggalkan awak... sedangkan awak baik aje." - Niara Benih sayang mula tumbuh dalam hati. Tapi Niara tahu, semua itu hanyalah sementara. Apabila Naufal sembuh kelak... apa gunanya lagi seorang isteri yang tidak pernah menjadi pilihan sejak awal? Adakah cintanya akan dibalas, atau dia hanya boneka sementara di sisi seorang lelaki yang bakal kembali sempurna?
HIS SIDE OF LOVE ni elvy_syer
elvy_syer
  • WpView
    MGA BUMASA 161,048
  • WpVote
    Mga Boto 4,708
  • WpPart
    Mga Parte 55
Ryanne Delisha bukan perempuan biasa. Dengan kecantikan yang menggoda dan langkah yang yakin, dia simpan luka lama yang tak pernah sembuh. Di langit antarabangsa, dia terbang bebas... tapi di bumi, hatinya terikat pada seorang lelaki yang tak sepatutnya dia cinta - Dato' Riaz Mikael, duda yang menyimpan terlalu banyak rahsia. Riaz bukan lelaki mudah disentuh. Tapi Ryanne bukan perempuan mudah dilepaskan. Segalanya mula rumit bila anak lelaki Riaz, Zayyan, mula tertarik pada adik Ryanne sendiri. Dan saat bekas isteri Riaz kembali menuntut apa yang pernah jadi miliknya, permainan ini jadi lebih gelap. Dalam dunia penuh darjat, politik dan rahsia - cinta mereka bukan hanya salah... tapi juga berbahaya. Dan satu nama, mungkin tak cukup untuk sembunyikan segalanya.