_liafit
- Reads 2,112
- Votes 53
- Parts 4
Tengku Zayn Adrean, seorang lelaki yang berkuasa. Dingin. Sukar dibaca. Terlalu berbahaya untuk didekati. Dalam dunianya, belas kasihan tidak pernah sekali wujud. Sekali seseorang berani mengkhianatinya, tiada istilah peluang kedua yang akan diberikan.
Natalia Erisya, dilahirkan tanpa kehidupan yang indah. Sejak kecil menjadi mangsa kekejaman ibu tiri tanpa pengetahuan bapanya. Lebih menyedihkan, dia dijual demi wang ringgit sehingga terpaksa melarikan diri untuk mempertahankan maruah dan nyawanya sendiri.
Takdir menemukan mereka dalam satu pertemuan yang langsung tidak dirancang. Pertemuan yang sepatutnya hanya berlaku sekali... rupa-rupanya menjadi permulaan kepada takdir yang sukar dipisahkan.
Setiap kali Natalia Erisya berada di ambang bahaya, setiap kali itulah Tengku Zayn Adrean muncul menyelamatkannya. Seolah-olah takdir sengaja menemukan mereka berulang kali, sehingga Zayn sendiri tidak mampu lagi membiarkan gadis itu berdepan dunia yang kejam seorang diri.
Tanpa mereka sedari, pertemuan itu bukan sahaja mengubah kehidupan Natalia... malah perlahan-lahan mengubah hati lelaki yang selama ini dikenali sebagai dingin dan sukar didekati.
Sedikit demi sedikit, Natalia telah menjadi satu-satunya kelemahan yang tidak pernah dia jangkakan.
"Touch her once... I'll make you pay a million times over." - Tengku Zayn Adrean.
Namun, apabila masa silam Natalia kembali menuntut haknya, dan musuh-musuh Zayn mula menjadikan Natalia sebagai sasaran, Zayn hanya mempunyai satu pilihan...
Melindungi wanita itu... walaupun seluruh dunia terpaksa menjadi musuhnya.
"Aku tak pernah percaya pada takdir... sehinggalah takdir hantar kau dalam hidup aku." - Tengku Zayn Adrean.
Bila si dingin mula jatuh cinta, tiada jalan untuk berpatah balik. Kerana dalam dunia Tengku Zayn Adrean... dia tidak pernah melepaskan apa yang sudah menjadi miliknya.
"Once you're mine, you'll be mine forever." - Tengku Zayn Adrean.
Amaran❗
⚠️ pembacaan matang
⚠️ terdapat unsur kekerasan