Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
Sayang
200 stories
SAKITI AKU! [ ✅ COMPLETED ] by ElleLays
ElleLays
  • WpView
    Reads 13,014
  • WpVote
    Votes 497
  • WpPart
    Parts 33
"Sampai bila nak jadi macam ni, Noa?" Tanya papa nya. Jejaka itu hanya berdiam diri, tidak mengendahkan nasihat dan teguran daripada papa nya. Lelaki berusia menarik bahu sasa anak nya daripada belakang dan memberi satu tumbukan padu di pipi Noa Zayne. "Papa!" Marah Noa. Lelaki tua itu tayang wajah garang membuatkan Noa tidak berani untuk meneruskan kata kata nya. "Mark my word. Berubah, atau kau hilang segala gala nya." Lelaki berusia itu terus meninggalkan anak lelaki nya yang menahan sakit dan perit akibat tumbukan sebentar tadi. Apa yang membuatkan lelaki berusia itu tidak berpuas hati dengan Noa, anak tunggal nya sendiri? Apa rahsia yang Noa Zayne sembunyikan? 📝📝📝 Ivy luna yang baru selesai menunaikan solat subuh mula menadah tangan. "Ya Allah Ya Tuhanku. K-kenapa Ya Allah? K-kenapa... Kenapa kk-au uji aku sampai macam ni sekali Ya Allah? Apa dosa aku? Apa salah aku? Jentik lah hati ku Ya Allah untuk bagi aku sedar supaya aku tidak tersasar ke arah jalan yang salah." Usai mengaminkan doa nya, Ivy Luna terbaring longlai di atas sejadah dan memejamkan mata. Nak tenangkan hati daripada segala kecelaruan yang berlaku. Semangat nya hilang, senyuman nya semakin pudar di bibir merah delima itu. "Sakitilah aku jikalau itu yang membuat diri mu terasa bahagia." - Ivy Luna -
Sayang Untuk Kali Kedua? by guessitsha
guessitsha
  • WpView
    Reads 1,560,062
  • WpVote
    Votes 52,540
  • WpPart
    Parts 66
Bila dah sayang mula datang orang ketiga, Bila dah sayang mula tinggalkan kita sendiri. Tapi bila dah hilang, Baru datang mencari. Siapa saya? Boneka yang awak ambil bila awak perlu dan campak bila awak bosan? Untuk kali kedua saya sayang awak.
His Baby Girl : My Last Love by guessitsha
guessitsha
  • WpView
    Reads 671,068
  • WpVote
    Votes 32,665
  • WpPart
    Parts 36
Perkahwinan antara Aisy Zahra dan Eiden Rian bukan seperti pasangan yang lain . perlukan rasa cinta untuk bersatu . tidak ! Mereka disatukan secara tanpa rela untuk menutup malu kelurga Eiden Rian kerana pengantin perempuan Rose Emilyn mengambil keputusan untuk berkhawin dengn pilihan hati sendiri . Eiden Rian bukan lelaki seperti dalam novel yang dibacanya . Meletakkan syarat dan menjadikan dia seorang isteri atas kertas . Tidak ! Walaupun perkahwinan tanpa rela , mereka cuba menimbulkam perasaan bait bait cinta . Namun tanpa dipinta perasaan itu sudah timbul sebaik saja mereka digelar suami isteri Eiden Rian tidak pernah putus asa untuk berusaha menjdi suami yang bertanggungjawab . Berusaha untuk memenangi hati si pendamping hidup , Aisy Zahra . 'No one can own you if i can't . Note this baby girl ' - Eiden Rian . 'Kalau hati Ian ada kunci , dah lama Ara campak kunci tu dalam laut china selatan lepas kurung diri dalam hati Ian . Senang , tak ada yang menyibuk menyemak sekali' - Aisy Zahra
Please, You're Mine ! by nurulshazliyana
nurulshazliyana
  • WpView
    Reads 466,578
  • WpVote
    Votes 15,327
  • WpPart
    Parts 74
WARNING : BACAAN PRIVATE SELEPAS BAB 39! ( Follow penulis untuk baca bab seterusnya ) Mula mula kita kawan, lama lama nanti bercintalah! Itulah yang ditanam dalam hati masing masing dalam memahami usia perkahwinan muda. Setelah Fariz dibuang daripada status ibu bapa dalam usia muda, DIA PERLU MENANGUNG makan minum seorang isteri! Pada masa yang sama, dia adalah seorang pelajar. Masa demi masa, mengatakan bahawa mereka bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh Allah. Mimpi mereka agar, masing masing dapat menemui cinta sejati selepas berpisah. ' Aku percaya bahawa, ada lelaki lain, lebih sempurna daripada aku, mampu bahagiakan kau. Kau masih muda, perjalanan masih panjang, kau bukan JANDA. ' Delileane Aliyah - " No, Aku milik mutlak Fariz Aiman ! " Fariz Aiman - " jangan nak kecoh boleh tak Leane? " Wan Haziq Yusry - " Kaulah peneman aku Leane. Extactly what i mean. You is my partner. " Nurul Afiqah - " I'm sorry, Fariz is Mine! " Aku percaya, jodoh itu ada. Tetapi bukan buat kita. WARNING : SAD ENDING! Sepenuhnya hak milik @NURULSHAZLIYANA. Sebarang kes penciplakan adalah satu perkara yang tidak bermoral. START DATE : MAC 2016 ( BAB 1-10 ) HIATUS : JUN 2016 - NOV 2017 CONTINUE : 3 NOV 2017 FINISH : 28 NOV 2017 TE AMO 1st PLACE WINNER by @novaestar Rank: #22 In Teen Fiction by 28 Dec 2016 MAMPUKAH KAMI BERSAMA? YOU'RE MINE FARIZ!
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,341,129
  • WpVote
    Votes 99,758
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
The King Of Aarayan (Completed) by MissAeygo___
MissAeygo___
  • WpView
    Reads 1,161,726
  • WpVote
    Votes 53,678
  • WpPart
    Parts 50
Genre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. Tiada adik beradik mahu pun saudara mara. Dia hidup bersendirian. Dia hidup sebatang kara, ibu bapa nya meninggal dunia kerana dibunuh oleh lelaki durjana. Tan Sri Tengku Hafidz. Nama yang sering bermain difikirkannya. Lelaki itu yang membunuh ibu bapa nya. Orang sekeliling nya menganggap Ixora Yasmin seperti tiada kehidupan. Alhamdulillah, Ixora Yasmin menjadi seorang doktor pakar hasil usaha nya sendiri. Seorang lelaki tiba-tiba tersungkur di hadapan pintu rumah nya dengan berpakaian serba hitam seperti perisik. Yang paling terkejut, lelaki itu mempunyai pistol di dalam poket kecil nya di peha. Mikhail Arayyan, nama lelaki itu. Ixora Yasmin terpaksa menjaga lelaki itu buat sementara waktu sehingga dia lelaki itu betul-betul sembuh. Paling dia terkejut, lelaki ni adalah seorang perisik yang dikehendaki oleh oleh pihak agensi lelaki itu kerana melarikan diri ketika menjalankan satu misi yang besar. "Saya tak nak simpan penjenayah besar dalam rumah saya." Ixora Yasmin. "Aku bukan penjenayah. Aku perisik." Mikhail Arayyan. Mahu tak mahu, Ixora Yasmin terpaksa menyembunyikan identiti lelaki itu. Kesunyian Ixora Yasmin, di penuhi oleh suara Mikhail Arayyan yang banyak mulut. Pelik! Kata perisik, tapi macam bukan perisik. Namun setelah mengetahui siapa Mikhail yang sebenar. Ixora mula berjaga-jaga supaya tidak mudah untuk jatuh cinta. Dia tidak layak untuk bersama dengan Mikhail. Namun, kehadiran seseorang dalam hidup Mikhail sedikit sebanyak membuatkan Ixora iri hati dan cemburu melihat kemesraan mereka berdua. "Kiss my lips, just one minute only." Mikhail. Author syorkan baca story ni. Baca sinopsis macam gempak kan? Cerita ni tak banyak sangat sweet. Tapi sumpah ah best! Author akan buat yang the best.
IAN ADAM HAYDEN [•C•] by urbutterflix
urbutterflix
  • WpView
    Reads 487,334
  • WpVote
    Votes 22,223
  • WpPart
    Parts 52
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap Hazel Medina yang nakal dan degil membuatkan Tengku Ian Adam Hayden pening kepala. Bagi Hazel Medina pula, Tengku Ian Adam Hayden adalah pengacau dalam hidupnya.Sikapnya yang dingin dan pendiam membuatkan Hazel Medina menyampah. Tapi... Apabila satu rahsia terbongkar. Segalanya berubah. "Ala baby Hayden saya ni kenapa masam ni? Majuk?"---Hazel Medina. "You're mine my little baby Hazel."---Tengku Ian Adam Hayden. •Nak tahu kisah selanjutnya.Sila baca ye• Start:5/3/2020 End:7/6/2020
My Ice Prince Hubby ❄✔ by BabyUmao
BabyUmao
  • WpView
    Reads 4,043,292
  • WpVote
    Votes 146,691
  • WpPart
    Parts 78
Ain Airana mengharap hidupnya di Addam Lincoln University akan baik2 saja. Namun, sejak dari hari pertama Ain Airana berada di universiti itu, dia sering bertembung dengan anak Dato' Syukri, Amirul Aiman. Aiman seorang 'Ice Prince' yang dingin dan pendiam tetapi sangat popular di kalangan pelajar universiti itu. Namun kehadiran Ain Airana betul2 mencabar kesabaran dirinya. "Did you do this on purpose, Miss Airana?" -Amirul Aiman "MAAF MAAF MAAF! SAYA BETUL2 TAK SENGAJA!!" -Ain Airana Sehinggalah satu kejadian telah memaksa mereka untuk berada dalam suatu ikatan perkahwinan. Namun,kedinginan si suami hanya membuatkan hati Ain terluka. Tetapi Ain nekad untuk memikat hati suaminya. Mampukah Ain Airana mencairkan hati ais Si Hubby a.k.a Ice Prince itu?
Mr. Doctor untuk Miss Practical ✔ by Riff_Iffa
Riff_Iffa
  • WpView
    Reads 2,732,131
  • WpVote
    Votes 102,996
  • WpPart
    Parts 74
cerita ini bknlah fakta dan saya tahu ianya salah yg teramat sgt. Jdi mohon anda bca secara santai dan anggap sahaja ini cerita imaginasi Mengisahkan seorang gadis yang periang, berdikari dan berani. Bernama Amira Fadhiya atau lebih dikenali Dhiya. Baru menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Tamat sahaja pengajian, ayahnya menawarkan Dhiya untuk bekerja di hospital papanya. Dhiya ditawarkan jawatan sebagai pakar bedah jantung oleh ayahnya tetapi ditolaknya atas dasar tidak mahu jawatan tersebut dipilih kerana dia anak kepada pengarah hospital. Dia berasakan dia tidak layak mendapat jawatan tersebut dengan begitu mudah. Jadi, Dhiya memilih jawatan sebagai seorang Medical Assistant (M.A). Baginya jawatan tersebut layak untuknya di samping dia dapat lebih banyak pengalaman sekiranya bertugas di jawatan yang agak bawah berbanding doktor. Malangnya, dia terpaksa bertugas di bawah pantauan oleh seorang doktor lelaki pakar bedah jantung yang tegas dan menjengkelkan. Malah, dia juga merahsiakan identitinya bahawa dia anak kepada pengarah hospital. Tetapi rahsianya mulai terbongkar sehingga dia terjerat dengan suatu perkahwinan yang dirancang oleh papanya. Nak tahu siapa doktor lelaki tu? Nak tahu macam mana identiti Dhiya terbongkar? So, baca ja la novel ni. ................................................................... "Aku nak hari ni kau stay dekat hospital sampai pukul 8 malam. Kau kena ikut kemana je aku pergi." Ujar Zariq dengan senyuman sinis. "But.. Why?" Soal Dhiya terkejut. What?! Kena stay dengan dia sampai pukul 8 malam? Tak sanggup aku. Siap kena ikut dia lagi. No.. no.. NO! COMPLETED Start: November 2017 End: 5 April 2020