whoisraa_'s Reading List
8 stories
DIA, ZAYN RAFFAEL by hayysfarisya
hayysfarisya
  • WpView
    Reads 427,382
  • WpVote
    Votes 7,862
  • WpPart
    Parts 22
Mawar percaya cintanya bersama Raffael akan berakhir di pelamin, namun takdir seakan mempermainkannya. Dikejutkan dengan hakikat pahit pada hari pernikahan, lelaki yang baru saja bergelar suami rupanya 'Raffael' yang berbeza! "Ni semua mesti rancangan kau kan Naufal? Kau tak nak aku kahwin dengan Raffael, kau cari Raffael lain!" -MAWAR NASUHA "Mawar... dengar apa yang abang nak cakap ni. Sebenarnya abang dulu yang datang sini minta restu dengan ayah dan Naufal. Ayah dan Naufal cakap, Mawar setuju. Jadi abang teruskan niat abang untuk halalkan Mawar." -ZAYN RAFFAEL "Kau bukan Raffael yang aku nak... Kau bukan dia." -MAWAR NASUHA Terperangkap dalam sebuah perkahwinan tanpa rela, Mawar memberontak, menolak kehadiran Zayn sebagai suami sedangkan Zayn terus bersabar. Namun, kesabaran seorang suami juga ada batasnya, lebih-lebih lagi apabila rahsia hitam Mawar terbongkar. Dipulau, dihina, dan kehilangan kepercayaan Zayn, Mawar akhirnya sedar. Dialah yang harus berjuang untuk mempertahankan perkahwinan ini. Mampukah Mawar menebus segala kesilapan? Atau semuanya sudah tersurat tanpa peluang kedua?
My Baby Daddy [COMPLETED] by secretdaisys
secretdaisys
  • WpView
    Reads 1,220,296
  • WpVote
    Votes 37,163
  • WpPart
    Parts 41
Rafael Christen Nur Hasya Ayden Rayner Hans Isaac Adam Rowen ___ Walaupun Rafael dan Hasya berkahwin kerana dianggap bersekedudukan oleh pihak JAIS Rafael tetap menjaga Hasya dengan baik. Lama kelamaan Hasya mendapat tahu juga identiti sebenar Rafael. Tetapi .. cinta itu buta. Dia lebih mencintai Rafael setelah semua yang mereka lalui. ___ Tu je aku boleh tulis .. malaslah nak bagi panjang. Rafael ni Mafia .. Hasya anak yatim piatu. Dalam cerita ni ada 16+ tapi tak details yerr .. Baca, baca juga .. vote jangan lupa😁😁😘🌻
ARLUNA ©️ by herehera
herehera
  • WpView
    Reads 1,185,451
  • WpVote
    Votes 45,839
  • WpPart
    Parts 53
your lips, my lips, apocalypse. - Selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa, aku telah diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Benjamin. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Adrian Benjamin. Tidak mengambil masa yang lama untuk aku menjadi rapat dengan lelaki itu. Meningkat remaja, hubungan kami menjadi semakin rapat. Rapat sehingga tidur pun sekatil. Di hadapan keluarga, kami berlagak seperti adik beradik angkat yang normal. Di belakang, hubungan kami sama seperti suami isteri. Cuma hubungan ini berlandaskan nafsu semata-mata. Tiada perasaan yang namanya cinta. No string attached, kata Adrian. Tetapi apabila takdir telah mengubah jalan cerita hidup kami, aku yang menjadi mangsa dendamnya. "Luna...I...I..." Dia akhirnya mengetap rahang tanpa mahu menghabiskan ayatnya. Mataku ditatap seperti mahu mengatakan sesuatu tetapi selepas beberapa saat, hanya sepi yang ditinggalkan. Aku berundur beberapa tapak ke belakang lalu wajah dijatuhkan ke bawah, memandang kaki aku dan dia di lantai yang semakin jauh jaraknya. "One day, you are going to notice that you've should tried. I was worth the fight." Gumamku perlahan. Kepala diangkat, kembali merenung wajah lelaki yang sangat dicintai di hadapanku. Buatnya, aku melukis satu senyuman nipis walaupun ketika ini duniaku sedang hancur. "Just once, Adrian. I want to be somebody else's first choice." ⚠ strong language ⚠ sexy storyline ⚠ drug used ⚠ emotional disturbance
Aryan Mikael || Og by hanysa_
hanysa_
  • WpView
    Reads 78,138
  • WpVote
    Votes 2,659
  • WpPart
    Parts 24
Aryan Mikael - lelaki berusia 23 tahun dengan darah kacukan Itali dan Jerman, memiliki mata hijau emerald yang tajam dan ketinggian 189 cm. Dia bukan sekadar seorang CEO berjaya yang mengendalikan syarikat "Loxos", tetapi juga seorang mafia yang digeruni di seluruh dunia. Namanya disanjung dalam dunia perniagaan, namun dalam dunia gelap, dia adalah legenda yang penuh bahaya. Sikapnya dingin, tegas, dan sukar dijangka. Tetapi apabila hidupnya mula terikat dengan perkahwinan yang tidak diduga, rahsia dan musuh dari bayang-bayang mula muncul, mengancam segala yang dimilikinya. Naura Kayla - seorang wanita bermata hazel dengan ketinggian 163 cm, lahir dalam keluarga sederhana dan mempunyai seorang kembar lelaki. Hidupnya yang tenang berubah apabila dia dijodohkan dengan lelaki paling berbahaya, Aryan Mikael Di antara bahaya yang mengintai dan perasaan yang semakin bercambah, mampukah Naura bertahan dalam dunia gelap Aryan Mikael, atau dia akan menjadi kelemahan terbesar lelaki itu?
RIAZ : SPARKLING LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 1,631,189
  • WpVote
    Votes 60,696
  • WpPart
    Parts 71
❤️‍🔥2ND HOT LOVE SERIES❤️‍🔥 Cinta datang tanpa dicari. Hanya ucap 'hye' sahaja, hati dua manusia mula bertaut tanpa sengaja. "My name is Elvira Dania. You can call me Elvira.." -Elvira Dania Namun si lelaki hanya buat tak endah sahaja dengan perkenalan gadis tersebut. Malah, lelaki itu membalas dengan reaksi yang beku sahaja. "Jangan nak melebih-lebih. Aku layan kau elok-elok kerana kau pelanggan aku. Kenyang ke kau kalau tahu nama aku, hm?" - Riaz Ridhuan Orang kata, hati manusia berbolak-balik. Hanya dengan renungan mata sahaja, ia boleh membuatkan seseorang jatuh cinta pandang pertama. Gadis itu sangat ceria. Sentiasa senyum walaupun ditindas. Namun, siapa sangka, gadis yang sentiasa tersenyum itu mempunyai trauma tersendiri? Mempunyai rasa takutnya tersendiri sehingga dia sendiri yang menghalau si lelaki untuk menjauhi dirinya. "Please go Riaz.. jangan dekat dengan i.. i malu dengan diri i.. dan i taknak you malu bergaul dengan i.. please.. pergi dari sini.. pergi dari hidup i." -Elvira Dania. Adakah hubungan kawan mereka hanya terjalin sehingga ke tahap itu sahaja? Ada satu kisah silam yang berlaku dengan orang yang rapat dengan mereka dan ia membuatkan Riaz mempunyai dendam yang begitu dalam. "Kau tunggu.. aku akan cari segala bukti kerja kotor kau. Dan aku akan pastikan kau kembali ke penjara tanpa ikat jamin dari sesiapa." - Riaz Ridhuan Riaz harus menjaga Elvira dari seseorang. Seseorang yang sangat bahaya.. dan kejam. Siapakah 'seseorang' yang dimaksudkan? Lightconflict, sweet, nakal dan kelakar. Harsh words, romance and sexy storyline. Some action story. Mature content🚫 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Just be yourself. Thank you.
Al-Asraar : His Flower from Paradise | ½ C by cikbulann__
cikbulann__
  • WpView
    Reads 54,519
  • WpVote
    Votes 2,779
  • WpPart
    Parts 69
Kisah ini memaparkan unsur jenayah dan keganasan sebagai iktibar dan peringatan kepada pembaca. Segala perbuatan salah dalam kisah ini tidak wajar diteladani. Semoga Allah melindungi kita daripada fitnah dunia. Sinopsis>> Bahagian 1: His Flower from Paradise Eshal Erhal begitu, Ezzan Eidlan begini. Bukan dia yang mencari bunga, dan bukan dia yang mencari taman. Tapi bunga itu telah pun mekar, dan taman itu telah pun terbuka. Tanpa sedar, Eidlan telah menanam sesuatu yang dia sendiri tak berniat menyemai. Tanpa sengaja, Eshal telah pun berakar di tempat yang tak pernah dia rancang untuk singgah. Mereka melangkah bersama, seolah-olah menaiki tangga kejayaan yang tidak berkesudahan. Seperti permainan dam ular, setiap langkah mereka penuh dengan harapan dan kemenangan di depan mata, namun tersembunyi di bawahnya adalah jurang yang boleh merubah segalanya. Ketika dunia mereka kelihatan sempurna, siapa sangka bahawa takdir akan membawa mereka ke dalam permainan yang lebih berbahaya daripada yang mereka duga? Bahagian 2 : Rahsia
Amor Mio ©️ by itsquinrae
itsquinrae
  • WpView
    Reads 702,752
  • WpVote
    Votes 28,132
  • WpPart
    Parts 69
2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: 05/12/2024 Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan
✓ RAJA DAIYAN GHAZI by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 7,307,056
  • WpVote
    Votes 381,522
  • WpPart
    Parts 74
(Under Maintenance) # 3th UNDER HE SERIES: •Raja Daiyan Ghazi 🃏 ~Under His Charms~ RAISSA NURRANA akur dengan jalan takdir hidupnya. Tipikal cinderella melayu. Ada kakak tiri yang jahat. Ada mak tiri yang dengki. Dia ingin sangat berjumpa ibu kandungnya yang masih entah bagaimana kewujudannya. Dia pasrah. Papa bahagia. Itu dah cukup walaupun dia tak bahagia sama sekali. RAJA DAIYAN GHAZI. Lelaki itu misteri. Bagai punya seribu satu rahsia yang tak akan terungkap. Misteri. Tapi dia tetap tertarik. Kacak. Misteri. Menarik. Dan bahaya. "Halah biologi je pun." "Biologi je pun? Awak ingat saya ni spesies gifted macam awak boleh sesenang tu je dapat A+?" "Aku kan tutor kau. Confirm kau mesti boleh dapat A+ punya." Berlagaknya ya ampun! Tapi Raissa Nurrana berterima kasih juga kepada lelaki itu. Buat pertama kali dalam sejarah, dia dapat A+ biologi! Raissa terkilan sendiri. Lelaki itu sudah hilang entah ke mana. Keputusan SPM milik lelaki itu bagai tidak bertuan. Raissa baru faham. Sakit rasanya bertepuk sebelah tangan. Raissa reda dengan penantiannya. Pasrah. Allah tahu jalan terbaik untuknya. SYED ARIF. Lelaki itu diterima dengan ikhlas. Walaupun dia masih diantara dua rasa. "Daiyan Ghazi?" lelaki berhoodie yang misteri itu bagai magnet yang menarik Raissa Nurrana mendekat. "Kau tak pernah berubah." Daiyan Ghazi! Dia... Daiyan Ghazi! "Awak pembunuh?" "Kau boleh anggap aku lebih daripada itu." siapa Daiyan Ghazi sebenarnya? Kenapa dia nampak semakin bahaya? Adeera cemburu. Raissa Nurrana tak layak bersama keluarga Tuan. Dan dia berjaya menghancurkan separuh hidup Raissa. "Jangan tanya aku kenapa. Demi Allah. Aku ikhlas terima kau sepenuhnya." ~Raja Daiyan Ghazi "Saya sudi jaga awak, Raissa. Kita mula semula." ~Syed Arif