to read
44 stories
MASIH BERHARAP (COMPLETE) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 62,566
  • WpVote
    Votes 2,594
  • WpPart
    Parts 52
"Sebelum sayang menutup mata, sayang nak tengok abang mengahwini Ayla." - Jannah Satu permintaan terakhir itu menyebabkan Ayla Ireena bergelar isteri tanpa cinta kepada Redza Amir. Ayla tak mengharapkan cinta selain perlindungan kerana dia hanyalah perempuan sebatang kara setelah pemergian kakak sepupunya, Jannah. Redza pula yakin bahawa tiada sesiapa dapat gantikan arwah Jannah di hatinya. Pelbagai cara Redza lakukan agar Ayla tidak sudi bertahan sebagai isterinya lagi. "Setiap hari, abang nak Ayla masak sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam. Abang nak Ayla iron baju kemeja ke ladang dan jangan lupa bersihkan halaman. Abang tak nak ada satu pun daun kering atau sampah. Selepas isyak, Ayla kena temankan abang buat kerja di bilik bacaan. Selagi abang tak habis kerja, Ayla tak boleh ke bilik tidur. Sanggup?" - Redza Amir Namun, hati Redza digoncang hebat apabila menyedari Ayla mencintainya dalam diam sejak masih berusia 16 tahun lagi. "Ayla cintakan abang sejak dahulu. Ayla jatuh cinta pada pandang pertama sejak kali pertama abang muncul di mata Ayla. Ayla terus memendam perasaan terhadap abang sampailah Ayla keluar dari rumah anak yatim." - Ayla Ireena Penantian yang panjang membuatkan Ayla lelah. Tidak sanggup berharap lagi, Ayla membawa diri tanpa menyedari bahawa bunga cinta di hati Redza sudah mekar buatnya. "Aku rasa Allah nak aku nampak yang aku tak sepatutnya mengharapkan cinta Abang Redza lagi. Aku terlalu cintakan dia dia sampai aku terlupa yang cinta itu tak mudah terganti. Kak Jannah baru meninggal, aku dah goda suami dia. " - Ayla Ireena Dapatkah Redza membawa Ayla semula ke pangkuannya? Adakah sanggup Ayla menyingkirkan cinta yang telah lama menguasai hati dan melepaskan Redza buat selamanya?
HAYKAEL : HER CROWN (UNEDITED) by Onlymeira
Onlymeira
  • WpView
    Reads 488,426
  • WpVote
    Votes 9,361
  • WpPart
    Parts 68
Buku ini adalah buku pertama saya menulis sebagai ONLYMEIRA. Terlalu banyak kekurangan dan situasi yang agak tak logik. Harap maklum. •••••• (COMPLETED) "Every pain gives a lesson.." "And every lesson changes a person." ⚜️⚜️⚜️ { 𝙽𝚎𝚍𝚒𝚗𝚊 × 𝙰𝚝𝚒𝚏𝚏 } "Kami daripada JAIS.." Satu malam Atiff Mikael berjaya menjadi miliknya. Semuanya dalam satu malam. Milik seorang Nedina Hayfa. "Saya akan bertanggungjawab." Tidak mudah. Tidak sukar. "I tanya you untuk kali terakhir, Nedina Hayfa! Betul atau tak you buat semua ni?!" "JAWAB!" "YA! PUAS HATI?!" Perubahan dalam satu malam. PANG! "Berambus! Aku tak nak tengok muka kau lagi!" Keperitan memberikan kesedaran. "Atiff.." Satu kenyataan menyentakkan hati bahawa setiap perbuatan manusia akan dibalas. "Aku puas tengok kesengsaraan kau." Because she is the one who deserves the crown. ⚠️⚠️⚠️⚠️ • CERITA INI 100% IDEA SAYA • JIKA ADA PERSAMAAN DARI MANA-MANA SCENE DI DALAM CERITA INI MUNGKIN KEBETULAN • DILARANG MENIRU ATAU MENCIPLAK •SELAMAT MEMBACA! •JANGAN LUPA VOTE, COMMENT!
Antara Kita by Onlymeira
Onlymeira
  • WpView
    Reads 8,077
  • WpVote
    Votes 815
  • WpPart
    Parts 56
Kata orang, hidup tak akan pernah seindah yang dibayangkan. Bukan seperti kisah dongeng yang sentiasa berakhir dengan kebahagian. Atau kisah antara mereka sahaja yang berbeza? Tengku Ezza. Adhar Nazeef. Kisah mereka disatukan bukan kerana perancangan keluarga. Bukan kerana orang tua mereka berkawan rapat. Bukan! Mereka bersatu kerana rasa tanggungjawab. Ya, tanggungjawab. Some hearts understand each other in silent.
Kisah Cin'Tea' Kita by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 6,022
  • WpVote
    Votes 747
  • WpPart
    Parts 24
"Kau jangan sampai aku buang kasut tumit kau ni!" - Izlan "Don't you dare!!! Dasar Mamat Kampung" - Kyra Kyra Sofea, gadis yang dilahirkan dan membesar di Kuala Lumpur tiba-tiba sahaja 'dihantar' ke Cameron Highland untuk menguruskan perniagaan ladang teh milik Papanya. Kyra bertemu dengan Izlan, pengurus ladang yang sangat dipercayai oleh Papanya. Kehidupan Kyra terpaksa diteruskan di ladang teh itu. Kyra perlu bekerjasama dengan Izlan untuk memahami setiap sudut berkenaan ladang teh itu. Sepanjang mereka bekerjasama, Izlan dan Kyra tidak pernah henti bergaduh. Ada sahaja 'perang mulut' diantara mereka memandangkan mereka memang beza dua 'dunia'. Kyra dan Izlan dikejutkan dengan suatu berita yang mengejutkan mereka sehingga mengubah kehidupan Kyra dan Izlan . Apakah berita itu sehingga mampu mengubah kehidupan mereka berdua. Adakah pergaduhan mereka mampu mengubah menjadi cinta? Atau mampukah Kyra dan Izlan berdamai demi berita itu? Akankah ladang teh itu akan menjadi saksi?
C | Senja Terakhir Kita by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 39,333
  • WpVote
    Votes 1,475
  • WpPart
    Parts 38
Senja merah jingga menelan langit, tapi Aryan tak sanggup menatapnya. Helena berdiri di tepi balkoni, wajahnya berseri walau tubuhnya kelihatan lemah. "Ary, nanti... kita tengok senja dekat pantai, nak?" suara Helena lirih, cuba kedengaran biasa. Aryan tersengih kecil, menolak dengan nada ringan. "Kau tu sakit, El. Tak payah mengada." Helena mencebik, tapi hatinya bergetar. Dia cuba seloroh, "Kalau ni permintaan terakhir saya, macam mana?" Aryan tersentak, menoleh. "Apa kau cakap ni? Kita bukannya takkan jumpa dah." Diam. Helena menunduk, menahan kaca di matanya daripada tumpah. Dia tersenyum tipis, walau dalam dadanya ada jurang yang tak mampu dijelaskan. Aryan mengusap belakang tengkuk, cuba meredakan suasana. "Kau sihat cepat. Lepas tu baru kita plan tengok senja dekat tepi pantai." Suaranya bersahaja, seolah-olah esok pasti ada. Helena hanya mengangguk. "Kalau awak tahu... Senja di tepi pantai tu... satu-satunya yang tertinggal dalam bucket list saya... Saya cuma nak awak ada sekali. Bukan nanti. Tapi sekarang. Sembuh? Tu cuma dalam cerita fantasi je," hatinya berdesis, meluahkan kata yang tidak mampu meniti di bibirnya. Dia mendongak, menatap langit yang semakin jingga. Senja kali ini terasa lebih dekat, lebih berat, seakan-akan langit sendiri tahu rahsia yang belum pernah terucap. Start: 1st September 2025 End: 22nd September 2025
Lelaki Itu Takdirku by Nyffluvr_
Nyffluvr_
  • WpView
    Reads 60,543
  • WpVote
    Votes 626
  • WpPart
    Parts 15
Lelaki Itu Takdirku. (S1) Update: (Completed) By : Nyff. 2023-28/11/23 "08.09.2020" "Nur Bella Aryel binti Muhd Harel.Aku ceraikan kau dengan talak 1." Tarikh itu tidak akan Bella lupakan dan kisah pahit yang terselindung di sebalik mahligai yang di bina telah menjadikan sebagai peristiwa hitam dalam hidup Bella tiada lansung manisnya sebalik itu dirinya hanya menjadi hamba abdi kepada lelaki yang tidak berguna. Namun demikian Bella tidak tahu ingin mengukap rasa apa disaat perkataan 'cerai' itu tubir dari mulut lelaki yang bergelar bekas suaminya sekarang. Mata nya kosong dan hanya merelakan lafaz cerai melalui gegendang telinganya. Walaupun ia terasa pahit untuk menelan tetapi dia kuatkan diri dan keputusan nya muktamad untuk akhiri kisah mahligai yang di bina bersama.Tetapi lebih tepat lagi ia hanya sampah di mata Bella di layan dengan begitu hina. Tetapi dia juga berasa bersyukur kerana setelah ujian demi ujian yang di tempuh pada akhir dia mampu hadapinya walau kadang terasa sakit dan perit yang tidak mampu diungkap kan pada kata atau tangisan.Hanya Tuhan yang Maha mengetahui segala yang terbuku di lubuk isi hati wanita ini.Bella tahu ujian dari Ilahi bukanlah melemahkan dirinya malah. Dirinya lah yang Allah kuatkan untuk menghadapi cabaran hidup yang lebih mencabar dan ujian yang di beri itu membuatkan diri dia lebih matang dan kuat dari dihimpit rasa takut dan lemah. Bella menyangka bahawa penceraian itu adalah talian terakhir sebelum dia akhiri kisah hidup mereka berdua tetapi rupanya ada udang disebalik batu. Selepas sebulan berlalu setelah kejadian itu satu lagi ujian menimpa wanita ini dimana dia di santau oleh seseorang yang identitinya masih lagi tidak diketahui oleh mana-mana ahli keluarga Bella. ..akan tetapi.
Mr. Perfectly Fine ( REVAMP ) | OG by mryein
mryein
  • WpView
    Reads 8,572
  • WpVote
    Votes 1,171
  • WpPart
    Parts 15
𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐢𝐫 || 𝐒𝐨𝐟𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚 Hanya dua hati yang pernah saling mencintai... memilih untuk berpisah. Sofea tidak pernah menyangka perkahwinannya dengan Rayyan Emir akan berakhir dengan satu ayat yang terlalu mudah diucapkan... cerai. Bukan kerana orang ketiga, bukan kerana benci. Tetapi kerana keletihan yang perlahan-lahan mematikan cinta mereka. "Abang dah cakap Sofea... Abang tak boleh teruskan perkahwinan ni lagi." - Rayyan Emir Bin Mohd Danial "Jangan sebab abang dah penat dengan saya... dah putus asa dengan saya, abang pilih keputusan ni. Jangan sampai suatu hari nanti... abang menyesal dengan keputusan yang abang pilih untuk lepaskan saya." - Sofea Zahira Binti Abdullah Dua tahun berlalu, Sofea cuba membina semula hidupnya. Dia belajar menerima takdir, memperbaiki dirinya, dan berdiri tanpa lelaki yang pernah menjadi seluruh dunianya. Namun, takdir mempunyai cara tersendiri untuk mempermainkan manusia. Apabila mereka dipertemukan semula dalam sebuah mesyuarat kerja, Sofea sedar satu perkara... melupakan Rayyan tidak pernah semudah yang dia sangkakan. "Meet me after work hour. Please?" - Rayyan Emir Bin Mohd Danial "I'm sorry, did he just?" - Sofea Zahira Binti Abdullah Rayyan pula mula menyedari bahawa keputusan yang pernah dia anggap betul mungkin sebenarnya kesilapan terbesar dalam hidupnya. Namun, dapatkah Rayyan menawan semula hati yang sudah dia sakiti? Atau dia akan diberi peluang kedua?
Sebaris Takdir Affeya |c  | by btrsyaa3
btrsyaa3
  • WpView
    Reads 26,180
  • WpVote
    Votes 1,038
  • WpPart
    Parts 52
Pertemuan pertama mereka tidak pernah seindah yang disangka. "Nasib air ni tak kena baju aku!" "Maaf, maaf... saya tak sengaja." Pergaduhan, salah faham dan sikap masing-masing yang tidak matang membuatkan mereka sering bertelagah. Namun, di sebalik segala perselisihan itu, tanpa mereka sedari, hati masing masing mula berubah. Perlahan-lahan, takdir mula menemukan mereka berdua... "Kau buat apa kat sini?" - Afif "Saya tengah tangkap ikan kat sini." - Affeya "Kau rasa ikan yang mana satu paling hensem?" - Afif Afif dan Affeya sudah mengenali satu sama lain sejak zaman persekolahan lagi. Namun, hubungan mereka tidak pernah berjalan dengan mudah. Setiap kali berjumpa, pasti ada sahaja perkara yang membuatkan mereka menyampah. Bagi Affeya, Afif hanyalah lelaki yang suka mengusik dan menyakitkan hati. Bagi Afif pula, Affeya ialah gadis degil yang tidak pernah mahu mengalah. Tetapi selepas bertahun-tahun berlalu, hati mula menunjukkan perasaan yang sebenar. "Kau suka aku ke, Affeya... jujur?" - Afif "Awak nak tahu sangat, kan? Ya, saya memang suka awak dari dulu lagi." - Affeya Namun, kehidupan mereka tidak selamanya dipenuhi bahagia. Tugas, jarak dan sebuah kesakitan yang hadir tanpa diduga mula menguji hubungan yang mereka bina bersama. Saat salah seorang daripada mereka terpaksa berdepan dengan ujian yang mengubah kehidupan, cinta mereka sekali lagi diuji. Kali ini bukan dengan pergaduhan atau salah faham, tetapi dengan ketakutan untuk kehilangan insan yang paling disayangi. "Kalau abang rindu kenangan kita, tengoklah pokok-pokok bunga ni." - Affeya "Sebab apa?" - Afif "Sebab kita tanam sama-sama." - Affeya Mampukah Afif dan Affeya mempertahankan cinta yang pernah bermula dengan sebuah pertengkaran? Atau adakah ujian itu akan menjadi titik terakhir dalam kisah cinta mereka?
Jalan yang Kupilih by Laventer_Skz
Laventer_Skz
  • WpView
    Reads 355
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 17
DISCLAIMER: Segala adegan, nama dan agensi yang terdapat di dalam penulisan ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan realiti, yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Cover baru untuk Wattpad (Ongoing, weekly update on Monday) BLURB: Tiga sahabat. Satu kebenaran yang dipendam. Dan pilihan yang bakal menghancurkan segalanya. Bila masa lalu kembali menuntut jawapan, adakah mereka masih sahabat... atau musuh yang tidak pernah disedari? SINOPSIS: Adam Mikhail, Ayra Balqis dan Naim Azfarin, tiga sahabat yang pernah bersumpah untuk tidak meninggalkan satu sama lain. Namun masa mengubah segalanya. Adam kini seorang pegawai Unit Jenayah Berat yang hidup dalam penyesalan, terperangkap antara kebenaran dan bayang-bayang ayahnya sendiri. Ayra pula menyembunyikan dendam di sebalik senyuman, hidup dalam dunia penuh penipuan demi membalas kematian ibunya. Manakala Naim memilih untuk menjauh, apabila dia mengetahui bahawa keluarganya sendiri adalah punca segala kehancuran. Apa yang mereka tidak sedar, rahsia yang mereka simpan selama ini saling berkait. Lebih menyakitkan, semuanya berpunca daripada generasi sebelum mereka. Empat sahabat yang pernah setia, tetapi akhirnya memilih untuk mengkhianati satu sama lain demi kuasa, harta dan kepentingan sendiri. Kini, kebenaran yang selama ini 'diputihkan' mula terbongkar satu demi satu. Dan apabila semuanya terdedah... mereka terpaksa memilih, Antara kebenaran atau kesetiaan, Antara dendam atau pengampunan, Dan antara menyelamatkan diri atau menghancurkan orang yang mereka paling sayang. Kerana dalam dunia ini, tidak semua yang benar itu bersih, dan tidak semua yang salah itu boleh dimaafkan.
Bisikan al-Qadr  by Laventer_Skz
Laventer_Skz
  • WpView
    Reads 4,445
  • WpVote
    Votes 161
  • WpPart
    Parts 24
Di dunia di mana rahsia bersembunyi dalam bayangan, sebuah perkahwinan yang tiba-tiba menyatukan dua jiwa tanpa mereka mengetahui identiti sebenar masing-masing menjadi permulaan kisah penuh olak duri. Nur Khalisya Ezlynn memimpin masa lalu yang membekas dan nyawanya seakan menjadi mainan dalam dunianya. Dia tidak menyangka bahawa perkahwinan itu akan menempatkannya di tengah permainan takdir yang gelap dan berbahaya. Emir Zafran Rashaad, pewaris keluarga berpengaruh muncul dalam hidupnya seperti bayangan yang memukau. Dia membawa aura penuh misteri, kuasa, dan ancaman. Mereka terperangkap dalam permainan di mana setiap langkah boleh menjadi perangkap, setiap kata boleh menipu, dan setiap pilihan boleh membawa maut. Bisikan Al-Qadr adalah kisah tentang cinta yang muncul di tengah rahsia dan bahaya, di mana kesetiaan, pengkhianatan, dan obsesi bersatu dalam permainan maut yang dikawal oleh takdir. Dalam bayangan yang menanti setiap langkah, mampukah mereka bertahan, atau adakah bisikan takdir akan menelan mereka?