itsmyaluv's Reading List
2 قصص
Peluang Kedua Buatku | (c) بقلم oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    مقروء 6,917,479
  • WpVote
    صوت 285,552
  • WpPart
    فصول 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
AFFAN_ADRA | In Editing بقلم MissHumairah27
MissHumairah27
  • WpView
    مقروء 666,859
  • WpVote
    صوت 25,672
  • WpPart
    فصول 94
Affan Adry x Afaf Adra 'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis bertubuh berisi, berpenampilan sederhanabdan penuh rasa rendah diri. Gummy smile-nya manis, tapi baginya tak cukup untuk menarik perhatian sesiapa. Jauh di sudut hati, dia menyimpan rasa pada seorang lelaki. Barista di kafe kegemarannya. Tapi dia tahu, lelaki sebaik itu mustahil untuk dimiliki. Hanya diari menjadi tempat untuk dia meluah. 'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.' 'Fii Amanillah the guy I odore the most' Affan Adry bin Mohd Fathi. Berkulit hitam manis, pemilik kafe yang sentiasa tenang dan berprinsip. Dalam diam, dia memerhati gadis itu dan mula menyimpan perasaan pada gadis itu. Di saat dia yakin untuk melamar, takdir menguji mereka dengan perpisahan yang menyakitkan. 'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa) Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula. 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa] Sebuah kisah tentang cinta yang dipendam dalam diam. Diungkap dalam doa dan diuji oleh takdir. Bertahun berlalu dan mereka sedar bahawa cinta yang sebenar bukan milik kita, ianya amanah dari Allah.