Romance
2 stories
The Bloodline: Cursed Shadows  by Ain_r0se
Ain_r0se
  • WpView
    Reads 53
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 6
Dua keluarga, satu misteri gelap. Rahsia yang mengikat takdir mereka. Alia Sophia menjalani hidupnya dengan satu tujuan-mencari jawapan kepada pembunuhan tragis yang meragut nyawa ibu bapanya. Sebagai wartawan jenayah, dia menggunakan setiap peluang untuk membongkar kebenaran, tetapi tugasan barunya membawa dia ke dunia Damien Rayyan, seorang usahawan kacukan melayu-jerman yang penuh rahsia. Damien kelihatan sempurna di mata dunia-kaya, berkuasa, dan tidak terkalahkan. Namun, di sebalik pesona dinginnya, dia menyembunyikan kisah pilu: ibu dan adiknya dibunuh dengan kejam, meninggalkan luka yang tak pernah sembuh. Ketika namanya terpalit skandal korupsi, Alia dihantar untuk menyiasat, tanpa menyedari bahawa pertemuan mereka akan membuka pintu kepada rahsia yang jauh lebih gelap. Alia dan Damien mendapati diri mereka terperangkap dalam konspirasi yang melibatkan keluarga mereka. Rahsia silam mula terbongkar, menyatukan tragedi mereka dalam satu benang merah berdarah. Ketika ancaman semakin dekat dan Alia menjadi sasaran, Damien membuat tawaran drastik-melindungi Alia dengan apa cara sekalipun, walaupun itu bermakna mengorbankan dirinya sendiri. "Kahwin dengan aku Alia..aku akan pastikan kau selamat dalam jagaan aku.." - Damien Rayyan. "Awak ingat kahwin tu sehari je ke?" - Alia Sophia. Namun, dalam perjalanan memburu kebenaran, mereka menyedari musuh sebenar tidak selalu berada di luar, tetapi di dalam bayang-bayang keluarga sendiri.
Her Protector  | ᥴ by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,408,873
  • WpVote
    Votes 219,840
  • WpPart
    Parts 72
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.