Mayayahaya24
- Reads 211
- Votes 35
- Parts 26
Sinopsis
Hanifa Arissa, seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan Architecture dan Interior Design, terkenal dengan sikapnya yang ceria, berdikari dan berbakat dalam bidang reka bentuk. Kehidupannya yang tenang berubah apabila dia mula menyimpan perasaan terhadap pensyarah muda dan tegas, Sir Karl Azriel Iskandar.
Tanpa pengetahuan Hanifa, Karl juga mula tertarik dengan pelajarnya itu. Namun, hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila kemunculan Arief Danish, pensyarah Architecture Landscape Design dan juga sahabat baik Karl, turut menaruh hati terhadap Hanifa. Persahabatan yang sekian lama terjalin mula diuji apabila kedua-duanya menyimpan perasaan terhadap gadis yang sama.
Di saat Hanifa berusaha mengejar impiannya, satu keputusan keluarga telah mengubah seluruh hidupnya. Melalui sebuah perkahwinan yang diatur (arranged marriage), Hanifa terkejut apabila lelaki yang menjadi suaminya adalah insan yang selama ini mengisi ruang hatinya.
Namun, kebahagiaan mereka tidak datang dengan mudah. Pengkhianatan, salah faham, cemburu dan rahsia yang tersimpan menguji kepercayaan serta cinta yang dibina. Mampukah Hanifa dan Karl mempertahankan perkahwinan mereka? Atau adakah kehadiran Arief Danish akan mengubah takdir yang telah ditentukan?
Sebuah kisah yang menggabungkan romantik, komedi, kesedihan, pengkhianatan dan kebahagiaan, tentang dua hati yang saling mencintai dalam diam sehingga takdir menyatukan mereka sebagai suami isteri.
"Dia pensyarah yang menjadi crush-ku... dan tanpa disangka, juga suamiku." ❤️📚💍