Fantasy
2 stories
PERENTAS WAKTU C by khair_ya
khair_ya
  • WpView
    Reads 19,351
  • WpVote
    Votes 2,093
  • WpPart
    Parts 51
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy empat sahabat yang mempunyai kelebihan melihat makhluk ghaib kecuali Khairy yang menolak kemampuan itu sehinggalah hijab pendengarannya pula terbuka. Ketika mengikuti ekspedisi perkhemahan anjuran sekolah, mereka diganggu sesuatu di hutan. Akibat dendam lama, satu sumpahan dikenakan ke atas mereka dan membawa mereka jauh ke zaman silam, era Kesultanan Melaka. ...... Di dunia asal, tubuh mereka koma beberapa hari tetapi masih bernyawa. Saat tersedar, mereka berada dalam tubuh orang lain dan tiada siapa menyedarinya. "Now I'm facing a legend! Yeah, you're lucky!"- Is "Aku macam kenal laksamana Hang Tuah tu. Tokoh terkenal! Shit! Aku kena mintak signature dia." - Danial "Aku hanyalah khadam, tidak berani meminta lebih.." - Danny "Just accept that we are time travelers. Kita kena cari cara hapuskan sumpahan ni, kalau tak, kita akan terkurung di sini selamanya." - Khairy Bagaimana mereka ingin mematahkan sumpahan itu, apa kaitannya dengan barang kuno yang mereka miliki, dan bagaimana mereka mahu pulang ke zaman asal? Nantikan mereka dalam PERENTAS WAKTU. P/S ☞ : Kisah adalah sekadar rekaan semata-mata, tiada kaitan hidup dan mati. Tiada kaitan dengan agama. Sekadar imaginasi renungan bersama. Start: 18/12/23 [2nd book] End: 30/03/24 Bad ending in happy situation. © Nice cover by PutraRize_
THE FALLEN NOBLE by Laila5728
Laila5728
  • WpView
    Reads 33,179
  • WpVote
    Votes 3,518
  • WpPart
    Parts 100
Lahir dalam keluarga bangsawan dengan kedudukan yang tinggi dalam Clover Kingdom. Mempunyai seorang kakak yang sangat cantik dan sempurna dalam semua perkara sebagai seorang bangsawan. Dirinya tidak mempunyai sebarang istimewa. Paras rupanya langsung tidak dapat dibandingkan dengan kakaknya. Dia juga tidak seceria dengan kakaknya. Malah, wanita yang memegang gelaran sebagai ibunya selalu memukulnya sehingga dia akan pengsan. Dia tidak dibenarkan keluar. Dia juga duduk di rumah agam yang berbeza dengan keluarganya, jauh daripada mereka. Penemannya hanyalah pekerja di rumah agam tersebut, yang melayannya dengan penuh kebaikan. Walaupun begitu, gadis itu masih belum terselamat sepenuhnya. Dia takkan dapat lari daripada nasib malang yang menimpanya. Dia hanyalah seorang gadis, yang tidak mampu larikan diri daripada keluarga yang menyeksanya. Dia hanya mampu, menunggu seseorang untuk selamatkannya.... Itu bukanlah sesuatu yang akan dilakukan oleh dia. Dia takkan berdiam diri tanpa melawan. Dia tiada sebarang niat untuk menunggu orang lain selamatkan dia, hulurkan tangan kepada dia, bawa dia lari daripada kegelapan yang menyebulungi hidupnya. Dia akan lakukannya sendiri. Dia akan kumpulkan banyak buah catur yang akan membantu dalam menjayakan rancangannya. Itulah gaya kehidupan dia sebagai seorang gadis bangsawan, yang akan hancurkan segala halangan dalam hidupnya. Namun, apa yang akan menanti dia, di akhir rancangannya? Adakah ianya sebuah kebahagian, atau kemusnahan yang tidak akan dapat dia lari buat selamanya? START:27 MARCH 2022