ReyaTiffany's🖤
4 stories
RED DOVE by ReyaTiffany
ReyaTiffany
  • WpView
    Reads 1,955
  • WpVote
    Votes 139
  • WpPart
    Parts 8
SEBUAH pertemuan antara dua jiwa, mengikat tali halusinasi yang perlahan-lahan menjerat. Mereka tampak bahagia, namun hakikatnya... hanya takdir yang mengetahui segalanya. "Kalau saya tiba-tiba ubah fikiran dan tinggalkan awak?" - ELARA SEPHIRA "Aku sanggup lepaskan jika itu yang buatkan kau bahagia." - AMEER ZAQQAN Mereka saling menggapai cahaya, tetapi malangnya, mereka tersesat dalam bayang-bayang kegelapan yang semakin lama, semakin menghancurkan. "Seems like you've forgotten something." - RED DOVE ---------------------------------------------------------------- • Rekaan semata-mata daripada penulis. • Jika ada keserupaan, ia hanya kebetulan. • Slow update • JANGAN LUPA VOTE! Started : 04 July 2025 Finished : ???
THE SKY LABYRINTH by ReyaTiffany
ReyaTiffany
  • WpView
    Reads 1,057
  • WpVote
    Votes 51
  • WpPart
    Parts 11
"SIAPA LELAKI TU?" Kemunculan si jejaka yang secara tiba-tiba itu meninggalkan seribu persoalan yang tidak terjawab. Bagaimana fail yang 'hilang' boleh kembali kepada Wafa? "Ada orang suruh bagi pada kau." - KASTURI "Macam mana dia boleh tahu dekat mana aku bekerja?" - WAFA Ia tidak berakhir di situ. Setelah Encik Mahmood berhenti berkhidmat dan Julia yang dikhabarkan hilang tanpa jejak, kini mempertemukan Wafa kepada Tuan Hazril, CEO baru syarikat itu. "Memandangkan saya dah tak ada PA, jadi saya lantik awak untuk jadi PA saya." - HAZRIL Sejak saat itu, hidup Wafa drastik berubah. Setiap pergerakannya bagai sentiasa diperhatikan, sama ada di pejabat, atau dimana-mana saja dia berada. "Dah lama aku perhatikan kau, Wafa. Kau saja yang tak sedar. Malah, aku akan sentiasa ada dengan kau. Tapi tulah, kenapa kau lari dari aku tadi?" Gila! "Mungkin dia obses pada kau?" - KASTURI "Jangan nak merepeklah!" - WAFA Perasaannya mula bercampur baur, manusia di sekelilingnya terasa aneh, membuatkan mindanya laju saja memikirkan perkara yang bukan-bukan. "Abang mana pernah busy. Kerja pun ikut orang je." - PURNAMA "Tak salah pun aku ambil berat sebagai seorang jiran," - FAJAR "Tak sangka kita boleh terserempak dekat sini," - WAZEER Ketakutan yang cuba menyelusup masuk ke dalam liang-liang romanya sedaya upaya dijauhkan. Bertanggapan bahawa itu hanya sekadar kebetulan yang tidak disengajakan. Husnuzon! "Aku suka tengok bibir kau tersenyum. Lagi-lagi bila kau senyum pada aku. Tapi jangan buat macam tu dekat lelaki lain pula. Aku cemburu," Disaat dia memilih untuk kekal berfikiran positif, tidak habis-habis hasutan demi hasutan menjengah ke mindanya. Seolah-olah Sky terasa sangat dekat dengannya tanpa dia ketahui identiti sebenar lelaki itu. Atau... Sky menggunakan identiti lain apabila berada disekelilingnya? "Aku dan Labirin tak akan pernah berpisah. Melainkan..." "....konsepnya ditukar." HANYA REKAAN. Tidak berkait dgn DUNIA NYATA. Started : 18/3/25
BAYANG RAHSIA 2  by ReyaTiffany
ReyaTiffany
  • WpView
    Reads 4,726
  • WpVote
    Votes 213
  • WpPart
    Parts 28
Kisah Girzelle Edrea tidak berakhir begitu saja... Dendam yang terikat, harus ditamatkan. Biarpun nyawa menjadi taruhan. Dia, Erine Natisya akan kembali untuk menuntut bela. Dan segala rahsia... akan terbongkar disini. Jangan percayakan sesiapa. STARTED : 08 NOV 24 FINISHED : 08 FEB 25 ⚠️ - abaikan segala typo -hanya 28 bab kerana ini adalah sambungan BAYANG RAHSIA
BAYANG RAHSIA [C] by ReyaTiffany
ReyaTiffany
  • WpView
    Reads 31,060
  • WpVote
    Votes 1,282
  • WpPart
    Parts 55
" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas dimana dia hampir menemui ajal. Hanya dalam satu hari, Edrea hilang segalanya. Muhammad Caled Qyser, seorang lelaki yang berbudi bahasa, namun terselit kedinginan di dalam dirinya. Dia langsung tidak mengenali erti cinta. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis polos yang secara tidak sengaja masuk ke dalam hidupnya. Atas rasa bertanggungjawab, mahligai mula terbina diantara mereka. " Cinta boleh dipupuk. Sedangkan cinta selepas kahwin lebih indah berbanding sebaliknya. 'Cinta monyet' itu hanya sekadar hasutan syaitan untuk menyesatkan manusia ke arah kemaksiatan." -Muhammad Caled Qyser- Cinta mulai berputik diantara mereka. Semakin lama, mereka menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri yang lain. Kejujuran dan kepercayaan tersangatlah penting dalam sesuatu hubungan. Dan apabila kepercayaan itu roboh saat rahsia yang disimpan kian terbongkar, ianya mampu meretakkan hubungan mereka. " I don't believe this!" Mampukah hubungan yang hampir retak ini dibaiki? Dan mampukah mereka mengecapi kebahagian yang pernah mereka rasai? Atau ianya harus dikorbankan demi satu kebenaran? ⚠️ - hanya rekaan semata-mata - abaikan segala typo STARTED : 03 AUGUST 24 FINISHED : 03 NOVEMBER 24