🤍
5 stories
Echo Seragam, Sisa Luka  by nnadiaann
nnadiaann
  • WpView
    Reads 4,681
  • WpVote
    Votes 66
  • WpPart
    Parts 80
Echo Seragam, Sisa Luka Amri Callsign Zoro pagawai PASKAU TUDM berusia 26 tahun, dikenali sebagai "Zoro" kerana kepantasannya di medan tugas. Walaupun tampak tenang dan terkawal, Amri menyimpan trauma akibat kegagalan dalam satu insiden tragis yang telah mengubah hidupnya, Amri berjuang untuk menutup luka-luka lama. Fariz Callsign Delta berusia 26 tahun, Fariz adalah pegawai PASKAU TUDM yang berani dan penuh semangat. Fariz menyembunyikan perasaan bersalah atas kehilangan seorang rakan seperjuangan dalam misi udara. Ketiadaan sahabat yang pernah diibaratkan seorang abang Shah Callsign Joker rakan seangkatan Zoro dan Delta, Shah pegawai PASKAU TUDM berusia 26 tahun. Pakar bahan letupan yang sentiasa berseloroh sinis tetapi ada trauma misi nyaris maut yang hampir meragut nyawanya sendiri Nadia berusia 24 tahun, Nadia adalah seorang guru yang berbakat Namun, di sebalik senyumnya, Nadia menyimpan luka mendalam akibat pengalaman pahit cinta pertama dan perpisahan dengan ayahnya yang memilih untuk membina keluarga baru. Luka lama itu membuatkan Nadia hilang kepercayaan terhadap cinta. Yana berusia 24 tahun, Yana adalah seorang doktor yang cerdas dan tekun dalam kerjayanya. Walaupun memegang status profesional yang membanggakan, dia membawa trauma besar akibat hubungan keluarga yang penuh dengan pengkhianatan. Yana telah melihat sisi gelap keluarga yang menyebabkan dia kehilangan rasa percaya terhadap lelaki dan hubungan. Fira Pensyarah dan Peguam Psikologi rakan karib Yana dan Nadia, Fira berusia 24 tahun yang lembut tetapi tegas. tunangnya bernama Ariq pergi tanpa jawapan, meninggalkn ketakutan untuk kembali disayangi. Kehidupan enam jiwa ini bertembung secara tidak sengaja ketika Nadia,Yana dan Fira menghadiri Hari TUDM di mana mereka bertemu dengan Amri,Fariz dan Shah Walaupun masing-masing menyimpan trauma dan ketakutan terhadap cinta, pertemuan mereka membuka ruang untuk mengenali diri masing-masing lebih dalam. "Echo Seragam, Sisa Luka"
Kapten Luth Haiyyan || TERBIT by syza_ra
syza_ra
  • WpView
    Reads 1,605,313
  • WpVote
    Votes 8,065
  • WpPart
    Parts 5
Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan Malaysia Thailand menemukan Aaira dan Luth dalam satu misi. Seorang memakai coat putih dan stethoscope yang tersangkut di leher manakala seorang lagi dengan senapang dan celoreng muka untuk menutup identiti dirinya. Terjadi satu insiden yang buatkan Aaira rasa terhutang nyawa dengan Luth bukan itu sahaja malah lelaki itu juga menambat hatinya. Belum sempat berkenalan lelaki itu menghilang, hanya nama yang sempat dia tahu manakala sapu tangan yang di pinjamkan lelaki itu pon tak sempat dipulangkan. Tapi takdir seakan akan berpihak pada Aaira, dua bulan selepas misi dia sekali lagi di pertemukan dengan Luth. Apa yang memeranjatkan dia, Luth seakan akan lupa Aaira bila dia perkenalkan diri. Tak kenal atau buat buat tak kenal?
MR SNIPER ( COMPLETE ) by M1SS_IZQUEEN
M1SS_IZQUEEN
  • WpView
    Reads 47,764
  • WpVote
    Votes 1,511
  • WpPart
    Parts 38
ZAYDEN MIKAEL - Seorang ejen rahsia negara tetapi telah difitnah kerana membunuh kawan baiknya sendiri, Naufal sedangkan dia tidak sengaja.Dia telah dibuang kerja. Setelah insiden tersebut, dia nekad untuk mencari siapa yang telah mengkhianatinya. IMAN NUHA - Seorang gadis yang bekerja sebagai housekeeping disebuah hotel terkemuka di tanah air. Takdir telah menemukan mereka dihotel tempat Iman bekerja dan mereka terpaksa bekerjasama atas kehendak Zayden sendiri untuk mencapai matlamatnya. " Kenapa awak nak buru dia?" - IMAN NUHA " Jangan nak sibuk hal aku!" - ZAYDEN MIKAEL " Itu pun nak marah, tua nanti baru tahu." - IMAN NUHA Rupa-rupanya, dia hanya menjadi kambing hitam terhadap perbuatan orang lain. Misi mereka menjadi agak sukar apabila ada campur tangan dari pihak ketiga tetapi rancangan tetap diteruskan. Nyawa menjadi ancaman kalau mereka gagal. " Lepaskan dia!!" - ZAYDEN MIKAEL " Awak bunuh je dia Zayden!" - IMAN NUHA Mampukah Zayden membongkar rahsia kematian kawan baiknya dan siapakah dalang disebalik kejadian yang berlaku. Kalau nak tahu, kenalah baca MR SNIPER‼️‼️‼️ Start :11/08/2024 End : 13/09/2024 NO PLAGIAT❌ 💯 % IDEA SENDIRI
WASIAT by hexapropymate
hexapropymate
  • WpView
    Reads 317,610
  • WpVote
    Votes 10,306
  • WpPart
    Parts 73
" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi hatinya sejak dari dulu lagi. Kapten Hanis Amirah. Seorang pegawai tentera juga. Anak kepada Leftenan Jeneral Malik ataupun mereka panggil Komander Malik. Seorang yang keras hati dan tak mudah beri kompromi. Kapten Zakri dan Kapten Hanis disatukan menjadi pasangan suami isteri. Zakri gembira tetapi Hanis anggap ini cuma rancangan keluarga. Sejak dari dulu lagi, Hanis dan keluarganya sering berbalah pendapat. Setiap yang Hanis katakan, semuanya dibantah oleh keluarga. Tetapi, apabila sudah hidup bersama dengan Zakri, Hanis mula merasai kebahagiaan. Dilayan seperti ratu oleh suami sendiri. Namun, hidup tak selalunya indah. Hubungan mereka berdua hampir berantakan akibat orang terdekat. Satu demi satu rahsia terbongkar. Sehinggalah satu rahsia besar yang diselindung oleh Zakri dan Komander Malik menyebabkan Hanis patah hati. Tetapi Zakri sentiasa ada untuk melindunginya. Walau bagaimanapun, Zakri tetap seorang manusia. Yang tidak selalu menang. Tidak selalu berada di atas. Hanis membuat keputusan untuk menyelamatkan rumah tangganya demi kebahagiaan mereka. Hanis membantu Zakri untuk mempertahankan dirinya kerana sedar, Zakri buat segalanya untuk dia. Mampukah hubungan Zakri dan Hanis bertahan?
Takdir Yang Sempurna | EBOOK by Fiyyarose
Fiyyarose
  • WpView
    Reads 30,706
  • WpVote
    Votes 892
  • WpPart
    Parts 23
EBOOK.