We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
2
195 stories
A Rose Among Shadow (OG) by Una_Leandra
Una_Leandra
  • WpView
    Reads 1,943
  • WpVote
    Votes 195
  • WpPart
    Parts 16
Elysia Rose, anak tunggal dari keluarga yang sederhana, telah lama memendam perasaan terhadap Tengku Issac Grayson, lelaki yang pernah menolaknya habis habisan semasa zaman sekolah. Bertahun-tahun kemudian, mereka bertemu semula; Issac kini seorang CEO berkarisma, penuh aura misteri, beku, dan tidak seperti yang dia bayangkan.Elysia terjebak antara daya tarikan Issac yang berbahaya dan keselamatan emosinya sendiri. Apakah cinta lama boleh kembali, atau red-flag hero itu akan menghancurkan hatinya sekali lagi? This is our first Wattpad story. If there are any spelling mistakes or the story line is not very interesting, we apologize. We are just trying to learn new things 😉. Thank you for reading our story. From the author of the story { Arina } 💫✨
𝗔𝗗𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 : 𝗠𝗬 𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧 𝗜𝗡 𝗧𝗛𝗘 𝗔𝗟𝗢𝗡 by itshhnny
itshhnny
  • WpView
    Reads 4,918
  • WpVote
    Votes 298
  • WpPart
    Parts 2
Kematian ibunya bukanlah satu kemalangan yang tak disengajakan. Itu adalah permulaan satu rancangan keji yang merobek seluruh hidup Adrian Iskandar. Dia membesar sendirian dalam rumah yang sepatutnya menjadi tempat berlindung, namun hanya memberinya luka yang tidak pernah kering, dihina, didera, dan dipaksa berjuang melawan arus yang sentiasa cuba menenggelamkannya. Namun takdir tidak pernah silap memilih jalan. Pagi itu, pagi dimana takdir mengatakan untuk mereka bertemu. Perkenalan yang tidak tersengaja dan perkenalan tidak terduga bakal berlaku kini telah merubah hidup Adrian Iskandar dan Adreena Mikaila. "Saya cinta kan awak Adreena, sejak kali pertama kita berjumpa." - Adrian Iskandar Tanpa disangka ternyata Adreena Mikaila merupakan adik kepada sahabat karibnya iaitu Adreen Mikail. Sebuah perjalanan yang menghadapi banyak cabaran. "Saya.. tak pasti Adrian, saya perlukan masa untuk fikir." - Adreena Mikaila Mampukah cinta Adrian dibalas dengan kebahagiaan atau dibalas dengan kepahitan. Dan mampukah Adreena memberikan rasa ketenangan yang dicari oleh Adriaan selama ini?. Atau semuanya bakal terungkap?.
WANITA TUAN GHAZRIL by qashard
qashard
  • WpView
    Reads 287,470
  • WpVote
    Votes 12,129
  • WpPart
    Parts 45
Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Gelaran hot and spicy diusia 39 tahun itu adalah yang tepat untuk Ghazril. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna di mata wanita. "Dah 7 tahun kamu menduda, Ghaz. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik." ―PUAN SRI MAISARAH "Pintu hati ni dah tutup serapat-rapatnya. Takkan ada sesiapa yang boleh isi tempat Suri." ―GHAZRIL MIKAIL Dinginnya Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Cinta tak mengenal usia, kalau tidak takkanlah seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla begitu berani menyatakan hasratnya tulus mencintai lelaki seperti Ghazril Mikail. "Apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―GHAZRIL MIKAIL Namun Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Bagi Ghazril, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Ghazril Mikail. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―GHAZRIL MIKAIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Siapakah Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?
JIBRAIL HUGHES by qashard
qashard
  • WpView
    Reads 2,043
  • WpVote
    Votes 130
  • WpPart
    Parts 2
Tuan Jibrail Hughes, si duda tampan terkenal dengan sikap angkuh dan cerewet. Kerana kegagalan rumah tangganya, cinta dan kesetiaannya hancur menjadi debu. Hati dan perasaannya mati buat mana-mana wanita. Konflik bermula apabila Datin Sri Tania, bondanya memaksa Jibrail mencari seorang pengasuh baru sementara, dalam masa lapan bulan untuk menjaga Adri Hilman dek terlampau nakal. Takdir Tuhan telah mempertemukan dia dengan Orked Inara, si gadis kasar rela dalam paksa menjadi pengasuh sementaranya. "Kau ni tahu jaga budak ke tak, Orked? Aku bayar gaji kau empat ribu bukannya pakai daun kari!" ―JIBRAIL HUGHES "Walaweh, memang tak sayang mulut betullah pakcik ni!" ―ORKED INARA Kalau Jibrail sudah serius dan dingin orangnya berlawanan pula dengan sikap Orked si kuat menjawab dan pantang dicabar. Bukan sahaja tentang penjagaan Adri, malah apa-apa perkara pun boleh jadi penyebab perang dingin berlaku! "Hei, Orked! Kau ni pandai masak ke tidak? Hangus aje ayam goreng yang kau masak ni, dah tak ada rupa! Buanglah!" ―JIBRAIL HUGHES "Pakcik ni banyak cakaplah. Adri tu elok je saya tengok dia makan, tak ada pun complain macam pakcik ni." ―ORKED INARA "Adri makan sebab Adri laparlah, kakak Oked!" ―ADRI HILMAN Bila tersedar Jibrail sendiri keliru dengan perasaannya. Dia benar-benar jatuh cintakah pada Orked Inara? Benarlah cinta tak mengenal usia... Semudah itu si pakcik tua ini terjatuh cinta buat kali kedua? "Kenapa pakcik bagi saya cincin ni?" ―ORKED INARA "Aku nak kau jadi suri hati dalam hidup aku. Kita kahwin." ―JIBRAIL HUGHES Bagi Jibrail, perbezaan jarak usia 14 tahun itu tidak menjadi satu halangan malah hatinya sudah lama terpaut sejak kali pertama mereka bertemu. Mahligai yang terbina, awalnya sangat membahagiakan namun tatkala hadirnya Rania Edlina, bekas isteri lelaki itu muncul semula?
28 August. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 335,074
  • WpVote
    Votes 15,544
  • WpPart
    Parts 33
Hael Nuh | Alaia Zanera. There are some things in life we can't control. Our love is one of them ∞ Alaia Zanera, nama itu secantik gerangannya. Lemah lembut, manja dan sopan, itu antara karakter yang dimiliki gadis itu. Namun, tiada siapa tahu rahsia disebalik raut wajah polos itu. Hakikat sebenar, Alaia menyembunyikan sesuatu rahsia tentang dirinya. Selepas rahsia itu bocor, sudah tentu itu mengundang kemarahan keluarga Alaia. "Kenapa you setuju untuk kahwin dengan I, Nuh? Kenapa you setuju dengan permintaan papa? I berani kerat jari I yang I akan berubah, okay? Kita tak perlu kahwin." - Alaia Zanera. "Kau ni tak reti bersyukur ke?" - Hael Nuh. Ya. Itu arahan papa Alaia, Encik Adam. Gila, bukan? Tidak perlu rasanya mengheret Hael dalam masalahnya. Dia tidak mahu terikat dengan Hael. Dan dia juga yakin yang Hael juga tidak mahu terikat denganya. Hael Nuh, sebaris nama itu dulu sering dipuja Alaia. Siang dan malam, gerangan itu yang dicari Alaia. Hubungan kekeluargaan mereka cukup dekat. Dan kerna itulah, Hael patuh dengan arahan Encik Adam untuk berkahwin dengan puteri tunggalnya. Saban hari, perkahwinan yang mulanya terbina atas permintaan keluarga itu dirasakan lari dari paksi asalnya. "Isn't clear?" - Hael Nuh. "What?" - Alaia Zanera. "I have feelings for you." - Hael Nuh. Hael pilih untuk berterus terang tentang perasaan sebenarnya pada Alaia. Namun, segalanya terasa begitu pantas. Alaia masih dibelenggu kenangan dulu. Dia masih keliru dengan perasaan sendiri. Tapi Hael tidak mudah melatah. Hael masih tegar menanti dan cuba menambat hati si isteri. Namun... "I sakit Nuh... I sakit selagi bergelar isteri you. Tolong, lepaskan I. I don't want to be your wife anymore." - Alaia Zanera.
JIKA INI BUKAN TAKDIRKU by nazyatim_
nazyatim_
  • WpView
    Reads 53,670
  • WpVote
    Votes 1,412
  • WpPart
    Parts 74
Third Story✨ Nadhir Idraki lelaki kampung yang hidupnya sederhana. Hanya ada van cabuk, kebun kecil, dan kasih seorang ibu. Wajahnya tenang, seolah-olah tiada dosa... Namun di sebalik kesederhanaan itu, dia menyimpan seribu satu rahsia yang tak pernah terungkap. Damia Qaisara wanita kota yang hidup dalam kemewahan. Segalanya ada di hujung jari. Namun hatinya penuh prejudis. Dia membenci orang kampungkerana cerita dan luka yang ditanam oleh orang sekelilingnya sendiri. Dua dunia yang berbeza. Dua jiwa yang tak pernah serasi. **** Tapi takdir... menemukan mereka dalam cara yang paling tak dijangka. " kahwin dengan aku." " apa...?!" ***** Perkahwinan tanpa rela. Tanpa cinta. Hanya keterpaksaan dan ego yang menguasai. Benci memang benci... tapi bila dah bergelar isteri, taat itu bukan lagi pilihan. Hidup mereka mula diuji. Hari demi hari... luka demi luka. Sehingga satu hari ujian paling besar muncul. " tapi dalam Islam, tak salah kalau lelaki kahwin lebih daripada satu..." " macam nilah dik... kalau kau dah desperate sangat nak laki aku tu, pergilah cakap sendiri dengan dia. Aku nak tengok juga... masih ada maruah ke tak dalam diri kau sebagai perempuan muslimah..?" Gila. Madu..? Ehh... ini Damia Qaisara lah. Langkah mayat aku dulu. ***** Namun... dalam diam, hati mula berubah. Perasaan yang dulu penuh benci... perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang sukar ditafsir. " kalau suatu hari aku tinggalkan kau... dan kita ditakdirkan berjumpa semula dalam keadaan yang kau sendiri tak pernah sangka... apa kau akan buat..?" " saya tak akan mudah-mudah maafkan awak. Waktu tu... perkataan maaf dari mulut awak dah tak ada nilai langsung bagi saya." Maaf itu mudah diucapkan... tapi untuk menerima..? Itu yang paling menyakitkan. Jika benar ini bukan takdirku... aku reda melepaskanmu. Namun jika kau adalah takdir yang tertulis untukku... Tuhan, satukanlah kami, walau sejauh mana kami tersasar Dilanda badai, Hatiku tetap Milikmu.
Dia, Dalam Ceritaku [DISCONTINUED] by shirawrote
shirawrote
  • WpView
    Reads 25,366
  • WpVote
    Votes 1,570
  • WpPart
    Parts 98
Camellia Husna dan Gibran Daniel-dua jiwa berbeza yang bertemu dalam takdir yang tidak dirancang. Seorang introvert yang lebih selesa tenggelam dalam dunia penulisan, seorang lagi bintang kampus yang menjadi kegilaan ramai. Dalam diam, mereka menyulam cinta, jauh dari mata dunia, sejak zaman universiti lagi. Namun, setelah Gibran melangkah ke dunia hiburan dan menjadi bintang yang digilai ramai, jurang antara mereka semakin melebar. Camellia yang selesa di balik tabir gagal mengikut rentak dunia Gibran yang penuh cahaya dan perhatian. Dalam satu pertengkaran besar, hubungan yang mereka bina sekian lama berakhir dengan luka yang dalam. Beberapa tahun berlalu, Gibran kini seorang pengarah muda dengan syarikat produksinya sendiri. Namun, satu perkara masih menghantui fikirannya-dia tidak pernah menemui seorang penulis skrip yang dapat memahami visinya seperti Camellia. Dan kerana itu, dia kembali mencarinya. Tapi kali ini, Camellia bukan lagi gadis yang sama. Adakah cinta lama mereka masih punya ruang untuk dibaiki? Atau adakah mereka hanya sekadar watak dalam cerita yang sudah tamat?
Issac Adrean: His Precious  by dareallyana_
dareallyana_
  • WpView
    Reads 77,805
  • WpVote
    Votes 483
  • WpPart
    Parts 4
[1st romance] Issac Adrean | Aya Sophia