norsalmiyusuff's Reading List
4 stories
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,933,066
  • WpVote
    Votes 1,981
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
[C || TERBIT] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 1,338,681
  • WpVote
    Votes 7,916
  • WpPart
    Parts 12
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?
my husband is my lecturer || KTH  by hyun_ning
hyun_ning
  • WpView
    Reads 7,824
  • WpVote
    Votes 162
  • WpPart
    Parts 20
seorang gadis berusia dalam lingkungan 20 tahun dipaksa berkahwin bersama seorang jejaka yang dia langsung tidak kenali. si jejaka pula apabila terpandang si gadis buat pertama kalinya dia sudah terjatuh cinta. masing masing mempunyai kisah silam yang perit. akhirnya mereka dikahwinkan juga. adakah mereka dapat mencipta kebahagiaan buat selama lamanya atau jodoh mereka berdua tidak berkekal lama? cerita ini tiada kaitan dengan yang masih hidup atau sudah tiada di muka bumi. start: 17/8/20 end: 23/12/20 sorry if this story too short for readers😔 sesambil tu vote tau🐿️ sayang readers💙✨
Meine Liebe : Mr Lecturer [OG] by sarazwa
sarazwa
  • WpView
    Reads 1,225
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 5
Dalam kehidupan yang serba ada, tidak senang dan tidak susah, membuatkan gadis yang berumur dalam lingkungan 20 an dengan perwatakan yang agak kasar mencapai sesuatu dengan hasil titik peluh sendiri demi kepuasan hidupnya. "Saya tak rasa awak boleh bertahan dengan perangai saya, Luth" - Lisa Ufieya Pertemuannya dengan seorang jejaka kacukan Jerman sebagai pensyarah di universiti Lisa telah membuatkan jejaka itu tertarik akan sikapnya yang kasar. "I promise I will take care of you in this cruel world, liebe" - Luth Uwais Tidak mencecah sebulan mereka sah bergelar sebagai suami isteri, satu persatu rahsia yang disimpan rapi oleh jejaka kacukan Jerman itu terbongkar. "Kenapa abang perlu libatkan Fieya dalam dunia abang ni ?" - Lisa Ufieya "Maaf liebe, abang terlalu cintakan sayang, abang tak nak sayang tolak cinta abang" - Luth Uwais Apakah rahsia yang di simpan oleh Luth daripada pengetahuan Lisa ? Adakah perkahwinan mereka akan terus berkekalan dengan hadirnya musuh-musuh Luth demi menghancurkan kerjayanya dan juga rumah tangga yang baru didirikan ? Mampukah seorang Lisa Ufieya bertahan demi cintanya terhadap Luth Uwais walaupun itulah kehidupan yang diinginkan sejak zaman remaja ? Start : 9 March 2024 End : -