@elyssra
2 stories
Anti-Hero: Julien Hazer by elyssra
elyssra
  • WpView
    Reads 456
  • WpVote
    Votes 65
  • WpPart
    Parts 11
DAYINI ARDINI. Berusia 20-an namun tingginya hanya menyamai budak berumur 12 tahun. Kecil-kecil cili padi ya! Seorang veterinar bertauliah. Kerjanya kalau boleh 24/7 hanya bersama haiwan saja. Sebab apa? Sebab bagi seketul Dayini, haiwan itu lebih memahami berbanding manusia. Lebih baik dan lebih elok perangainya. Kisah silam yang berjaya merobek hati membuatkan Dayini nekad tidak mahu beri peluang mana-mana lelaki menjadi hero dalam drama hidupnya Sehinggalah dia ditugaskan untuk menjaga kucing milik seorang CEO ternama, hidupnya jadi tunggang terbalik. Ada saja tak kena tatkala kucing itu berada dalam jagaannya. Susahnya macam nak jaga anak manusia! JULIEN HAZER. Lelaki kacukan Melayu-Inggeris. CEO Megah Holding- eh, tak bukan. Memiliki syarikat perisikan yang dibangunkan oleh keluarganya dan kini, menjadi pewaris ke-2. Ada masa dia boleh jadi green-flag. Ada masa sisi red-flag nya ditonjolkan. Ada masa perangai tak matang terkeluar dengan sendirinya. Lebih-lebih lagi dengan Dayini, doktor haiwan yang dijumpai di hadapan syarikatnya. Sangat menyayangi kucingnya yang bernama Dior. Bak kata Dayini, bini berbulu Hazer. " Letak lagi kucing nama jenama mahal. Hilang nanti padan muka! Saya ni doktor, bukan caretaker kucing awak. " - Dayini. " Kalau Dior hilang awak orang first saya cari, little one. " - Hazer Namun, disebabkan Dior lah mereka berdua ditakdirkan untuk bertemu. Sebabkan bini berbulu Hazer itulah Dayini berjumpa dengan lelaki yang bakal menjadi pelindungnya. " Sayang Dior je ke? Tuan Dior ni pun nak kasih sayang Doktor Dayini juga. " - Hazer
Hers: Hayyun Adrian  by elyssra
elyssra
  • WpView
    Reads 2,898
  • WpVote
    Votes 411
  • WpPart
    Parts 37
DIAN ADRIANA - Setelah penat memerah otak menghadap peperiksaan akhir, kini dia bercuti semester. Namun, cutinya bukan seperti yang diharap. Bengang sungguh hatinya bila dipaksa bekerja di rumah jirannya sebagai babysitter. Tidak rela! Menjaga budak-budak bukanlah kemahirannya. Dirinya sendiri pun tidak terjaga. Inikan pula jaga anak orang, hancur! Namun, demi mendapat redha ibu kerana mahu melancong ke luar negara, dia sanggup buat segalanya. Jaga budak je. Tidak mungkin sesusah coding sains computer yang dipelajarinya. HAYYUN ADRIAN - Jejaka sebelah rumah Dian. Juga abang sulung kepada si kecil yang bakal dijaga oleh Dian. Dirinya yang selalu menghilang di rumah penyebab mamanya terpaksa upah babysitter untuk menjaga si adik. Rupa saja ada, namun akhlak tercampak entah ke mana. Jembalang kacak! Itulah gelaran yang dia dapat setelah pertama kali bertentang mata dengan Dian. " Ya Allah, jembalang kacak! " - Dian " Excuse me? What did you call me? Jembalang? " - Hayyun