Awwwmahfav
44 stories
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 996,048
  • WpVote
    Votes 45,377
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
HANYA AKU UNTUK DIA [OG] by raichvys
raichvys
  • WpView
    Reads 6,113
  • WpVote
    Votes 245
  • WpPart
    Parts 40
Raihana Eldirna memandang wajah Tengku Hans Emir tanpa ada rasa sayang,cinta dan kasih sayang. Lelaki yang menculik Raihana tersenyum sinis kerana telah dapat mengawal minda dan fizikal Raihana . Raihana acukan pistol kearah Tengku Hans Emir tanpa ada rasa walaupun sedikit. Tengku Hans Emir - "s-sayang.." Jelas wajah terkejut Tengku Hans melihat orang yang dia sayang bersekongkol dengan orang yang jahat. Lelaki itu telah ketawa jahat sambil melihat drama yang berada di depan matanya. Raihana Eldirna - "don't call me with that nickname..its disgusting!" Raihana berkata dengan suara kasar kepada suaminya. Wajah Tengku Hans agak terkejut. Apakah akan terjadi antara mereka berdua???adakah masih bersama atau tidak? Author:HAHAHA kalau nak tau baca la sayang sayang sayaa
PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE) by AisyRihana
AisyRihana
  • WpView
    Reads 227,324
  • WpVote
    Votes 6,900
  • WpPart
    Parts 51
KISAH ANTARA NATRAH DAN IQBAL KERANA BENCI TELAH MENGIKAT HUBUNGAN NATRAH DAN IQBAL JANGAN COPY PASTE CERITA INI DI MANA2. HARAM TAU! KALAU BERBUAT JUGA, TANGGGUNGLAH SENDIRI. FREE READING FOR SESIAPA NAK BACA.
KAHFI ✔️ by najahsfieya
najahsfieya
  • WpView
    Reads 471,124
  • WpVote
    Votes 18,577
  • WpPart
    Parts 54
2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before my husband kill you. Clear that, my brother-in-law?" Sangkanya selepas putus dengan si adik, hubungan mereka akan terputus begitu sahaja. Tetapi sangkaannya meleset. Sebaliknya, sangkut pula dengan si abang! Macam mana boleh jadi seperti ini?! Ini bukan perancangannya! "Berhenti ganggu isteri aku, or else, Khalaf Noel. Aku tak bunuh kau sebab kau adik aku. Kalau ikutkan, memang aku tak bagi kau bernafas. Better you know your limits, aku masih boleh bersabar dengan kau." - Nadim Kahfi "Hey, untal! Jangan jadi bodoh ya nak rampas merampas. Kalau kau masih anggap Nadim ni abang kau, tinggalkan Hanani." - Khai Izzryl. @najahsfieya Cerita ringan dan comel
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 724,013
  • WpVote
    Votes 32,226
  • WpPart
    Parts 76
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎ by ainqalbi
ainqalbi
  • WpView
    Reads 224,654
  • WpVote
    Votes 12,674
  • WpPart
    Parts 46
Segalanya bertitik tolak daripada kerja paling gila aku pernah buat. Melamar Diff, kawan sendiri sebagai suami. "Kau nak kahwin dengan aku tak?" -Lela "Apa kau merapu, merepek dan meraban pagi-pagi ini?" -Diff Walaupun pada mulanya agak tiba-tiba, akhirnya lelaki itu setuju! Diff serta sifat pelindungnya cukup membuatkan aku rasa dihargai. Namun, segalanya ranap dalam sekelip mata pada hari pernikahan kami. Diff pergi tinggalkan aku. Setelah dua tahun peristiwa pahit itu berlalu, takdir Tuhan menemukan aku dengan seorang lelaki dengan cara yang langsung tak masuk akal. Bayangkanlah, masuk-masuk rumah terus kena cop jadi bakal menantu! "Hah Muz, inilah bakal menantu yang ayahanda nak." -Tuan Muhammad Ingatkan pertemuan kami berakhir di situ saja. Rupa-rupanya bersambung lagi! Muz dengan perangai gila dia cukup membuatkan hidup aku bertukar huru-hara hanya dalam sekelip mata. "Balik sekali? Hei, awak fikir kita berdua duduk sebumbung ke? Pergi keluarlah!" -Lela "Soon, sayang... kita duduk sebumbung eh? Bukan setakat sebumbung! Serumah, sebilik, sekatil, sebantal, seselimut... sesemuanyalah!" -Muz Itu baru sedikit. Banyak lagi benda gila yang dia dah buat. Semakin aku menjauh, semakin Muz datang mendekat. Tapi kalau dah namanya jodoh, pisahlah macam mana pun tetap bersatu atas pelamin. "Aii... termenungkan apa itu cik abang?" "Eh, mana ada termenung. Cuma tak sangka kita dah kahwin!" Baru saja bertatih menuju bahagia, ujian derita datang menjengah. Bezanya kali ini bukan disebabkan orang ketiga. Semuanya berpunca daripada sebuah rahsia. Bagaimana pengakhiran kisah cinta seorang Delaila? ©AinQalbi2020 cover by @DyannRose 😍 beautiful banner by @AnfaaHanna 🤗 @ierysaurora 😆 @nrullfatini 😘 ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY OWN IDEA ⚠️ LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT OTHER'S ACC
The Zarif Haikal Possession  by Fiezajungkookie
Fiezajungkookie
  • WpView
    Reads 6,043,931
  • WpVote
    Votes 219,616
  • WpPart
    Parts 91
Zarif Haikal menatap Zara tajam. Gigi diketap kuat menahan perasaan geramnya pada Zara. Zara menunduk diam. Getaran pada badan Zara boleh dilihat dengan jelas. " Jangan harap kau boleh pergi dari aku Zara ". Ujar Zarif sinis. Zara tergamam. Apa yang dia boleh lakukan? Lelaki di hadapan dia ini punyai segalanya. Manakala dia tidak ada apa apa. | 2 July 2019 - 3 January 2021 | MATURE HOPE BIJAK FIKIR SENDIRI. ADE KATE2 CARUT, KATA KASAR DAN AYAT LEPAS. BUT TAK LEBIH. HOPE FAHAM2 SENDIRI. JGN KATE AKU TAK BAGI AMARAN *-* •~• Don't ever plagiat or copy my work. My work imaginasi dari OTAK aku! Kau copy kite jumpe dekat akhirat sana. Time tu kau kire lah dengan aku.
Isteri Simpanan [ ✅ COMPLETED ] by ElleLays
ElleLays
  • WpView
    Reads 361,859
  • WpVote
    Votes 6,510
  • WpPart
    Parts 33
Daniel veins, seorang lelaki berumur dua puluh lima tahun yang dipaksa berkahwin dengan anak orang gaji nya sendiri. Sifat nya yang penyayang, sopan dan charming hilang setelah ibu bapa nya langsung tidak menghiraukan permintaan nya untuk menolak dari bekahwin dengan perempuan yang bernama Nur Aisyah. Daniel veins mempunyai seorang kekasih, tetapi ibu bapa nya tidak merestui hubungan mereka. Malah, daniel dijodohkan dengan nur aisyah, yang mana ibu bapa daniel berkenan dengan perwatakan nur aisyah. Dari situ, Daniel mula tunjuk berang. Macam mana kesudahan hidup seorang gadis yang bernama Nur Aisyah? Mampukah dia mengharungi hari hari nya bersama lelaki yang bernama Daniel Veins? Kata kata daripada author : Saya masih baru dalam bidang penulisan. Kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan. Selamat membaca ❤️
Al-Asraar : His Flower from Paradise | ½ C by cikbulann__
cikbulann__
  • WpView
    Reads 54,847
  • WpVote
    Votes 2,790
  • WpPart
    Parts 69
Kisah ini memaparkan unsur jenayah dan keganasan sebagai iktibar dan peringatan kepada pembaca. Segala perbuatan salah dalam kisah ini tidak wajar diteladani. Semoga Allah melindungi kita daripada fitnah dunia. Sinopsis>> Bahagian 1: His Flower from Paradise Eshal Erhal begitu, Ezzan Eidlan begini. Bukan dia yang mencari bunga, dan bukan dia yang mencari taman. Tapi bunga itu telah pun mekar, dan taman itu telah pun terbuka. Tanpa sedar, Eidlan telah menanam sesuatu yang dia sendiri tak berniat menyemai. Tanpa sengaja, Eshal telah pun berakar di tempat yang tak pernah dia rancang untuk singgah. Mereka melangkah bersama, seolah-olah menaiki tangga kejayaan yang tidak berkesudahan. Seperti permainan dam ular, setiap langkah mereka penuh dengan harapan dan kemenangan di depan mata, namun tersembunyi di bawahnya adalah jurang yang boleh merubah segalanya. Ketika dunia mereka kelihatan sempurna, siapa sangka bahawa takdir akan membawa mereka ke dalam permainan yang lebih berbahaya daripada yang mereka duga? Bahagian 2 : Rahsia
Cukuplah Cinta Itu by NurAzeera_
NurAzeera_
  • WpView
    Reads 14,373
  • WpVote
    Votes 265
  • WpPart
    Parts 50
Tengku Arina, seorang wanita dari keluarga berada, hidup dalam dunia yang penuh dengan kemewahan tetapi kekosongan emosi. Setelah kematian ibunya, hubungannya dengan ayahnya, Tengku Sharifudin, semakin meruncing, terutama setelah ayahnya menikahi Umi Azizah, wanita yang berusaha mengambil hati Arina. Namun, segala usaha Azizah sia-sia, Arina semakin membenci ibu tirinya. Di tengah konflik keluarga ini, Ammar Daniel muncul sebagai satu-satunya lelaki yang berani menentang sikap angkuh Arina. Dalam situasi yang tidak diingini, Daniel melamar Arina di hadapan orang ramai . Walaupun terpaksa menerima lamaran itu, hubungan mereka dingin dan penuh ketegangan. Setelah berkahwin, Daniel melayan Arina dengan baik. Dalam proses itu, Arina mula berubah menjadi wanita yang lebih baik dan akhirnya jatuh cinta kepada suaminya. Namun, kebahagiaan mereka tidak bertahan lama apabila Tengku Atiya, kakak kepada Arina, muncul dengan niat membalas dendam dan menuduh Arina berbuat curang. Daniel yang terpengaruh dengan tuduhan tersebut mula menyiksa Arina, menjadikannya seperti orang gaji dan mencaci isteri yang sedang mengandungkan anaknya sendiri. Ketika kebenaran terbongkar, Daniel menyesali tindakan dan kata-katanya yang menyakitkan. Kini, dalam perjalanan untuk mencari pengampunan dan cinta semula, Daniel berusaha untuk memenangi hati Arina. Adakah Arina akan membuka pintu hatinya semula kepada Daniel, atau adakah luka yang ditinggalkan terlalu dalam untuk diubati?