Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
syazz_ayss's Reading List
200 stories
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 488,593
  • WpVote
    Votes 43,400
  • WpPart
    Parts 85
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 544,990
  • WpVote
    Votes 27,733
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance] Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
HANYA UNTUK SEDETIK ✔️ by nurnaein
nurnaein
  • WpView
    Reads 289,319
  • WpVote
    Votes 10,422
  • WpPart
    Parts 45
Uzzair | Camelia Segalanya bermula dengan pendustaan. Sepanjang hidup, pernah kau buat keputusan meninggalkan sesuatu yang sempurna demi mengejar sesuatu yang tidak pasti? --------------------- Hidup adalah pilihan. Kata orang, pilihan itu di tangan sendiri. Semestinya, benar sekali. Mengapa harus biarkan orang lain yang menentukan haluan hidup yang bakal kita lalui? "Awak yakin?" "Yakin, sebab itu jalan yang terbaik. Saya dah tak sanggup jadi hipokrit dan berpura-pura depan semua orang. Jadi tolong..." "Baiklah. As you wish. Tapi jangan pernah menyesal dengan pilihan ni." Ternyata, benar juga. Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Andai saja boleh diputarkan waktu, takkan mungkin dia mengambil keputusan segila itu. Gila. Sungguh, dia menyesal! "Kalaulah..." Tidak pernah ada istilah 'kalau' kerana kehidupan juga berlandaskan takdir. Sudah terhidang peluang dan pilihan, mengapa dipersiakan? Di antara mereka, siapa yang akan berakhir dengan penyesalan? Benarkah pilihan yang telah mereka lakukan? Masihkah akan wujudnya sinar harapan? "Antara kau atau aku. Siapa yang pendusta?" "Kita." **** [Based on true story] •Digubah semula dengan idea author sendiri• No plagiat• Warning: Read carefully on each part. Don't skip any paragraph‼️
𝑴𝒚 𝑷𝒓𝒆𝒄𝒊𝒐𝒖𝒔 𝑯𝒐𝒏𝒆𝒚 by araazii_
araazii_
  • WpView
    Reads 72,723
  • WpVote
    Votes 4,524
  • WpPart
    Parts 11
[ SU ][ 𝐑𝐎𝐌𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐕𝐎𝐋 𝟐 ] • ʏᴏᴜ'ʀᴇ ᴍɪɴᴇ ʙᴀʙʏ ɢɪʀʟ- Cool Husband "My name is Clara. And you, sweetie?" "Nama k-kita, Aisy." balasnya dengan begitu polos. Dia Aisy, anak ketua mafia yang sangat digeruni. Bermata bulat, wajah yang comel dan mudah akrab dengan orang sekeliling. "p-papa? Tadi kan Aisy umpa dengan akak cantik ni. Dia antik angat-angat." No Plagiat! Start : 9.2.2025 End : ❓
SWEETENER by stroberisenkrim
stroberisenkrim
  • WpView
    Reads 49,998
  • WpVote
    Votes 1,753
  • WpPart
    Parts 6
MERAH MERONA IV Amanda Rai Imelisa adalah satu-satunya anak gadis yang dibesarkan dalam lingkungan penuh kasih sayang dan dorongan. Sudah namanya satu-satunya, pasti dia diperlakukan selayaknya princess. Membuat diri memberi Boundless energy kepada orang sekitarnya. "I guess one of the main reasons why I created welly as cute & furious bunny was because society hate angry women. We're called rude, aggressive, etc. Waktu marah juga kita kena lembut. I'm so fuckin tired, actually. Shut up, elegance. Let's rage." Bagaimana dengan Gabriel Myo? Gabriel sama seperti Amanda, he know how match her energy. Mereka berdua layaknya born to be love each other. He's such a pretty boyfriend, and Amanda deserves his love because she is his happy pill! Taylor Swift, Ariana Grande, Reality Club, The Black Skirts and Sabrina Carpenters. Setiap kali mendengar lagu dari penyanyi-penyanyi ini, Gabriel tak dapat lari dari teringatkan Amanda. "Yang nyanyi siapa ... yang dalam lagu siapa."
Tepat Memiliki  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 427,729
  • WpVote
    Votes 16,411
  • WpPart
    Parts 66
[Book 9] Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?