We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Favourites ❤️
58 stories
His Game Changer | #2 Taruhan Akhir | His Deceit Series by GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    Reads 179,011
  • WpVote
    Votes 15,822
  • WpPart
    Parts 47
━ 𝐈 𝐒 𝐀 𝐀 𝐂 ❝ One last bet he couldn't surrender ❞ Nur Kaymelia Dia tak pernah sangka akan dikaitkan dengan seorang lelaki yang hidup dalam kegelapan duniawi, berpesta tanpa batas, berjudi seperti tiada nilai hidup, dan mempermainkan wanita persis kepingan cip di meja kasino. Kaymelia membenci lelaki itu. Sejak di universiti, dia sudah melihat bagaimana Isaac menganggap segalanya sebagai permainan, termasuklah harga diri seorang wanita. Malah dia sendiri pernah dipertaruhkan untuk ditundukkan, umpama maruahnya hanya sekadar satu cabaran yang perlu ditakluk. Namun, Isaac gagal. Dan Kaymelia bangga kerana dia tak pernah menjadi salah seorang wanita dungu yang jatuh dalam perangkap lelaki itu! . . Isaac Abraham Ungkapan 'KALAH' tak pernah ada dalam kamus pertaruhannya. Apa sahaja yang dimahukan, sering muncul sendiri tanpa dikejar. Tetapi tidak Nur Kaymelia. Kaymelia tak seperti wanita lain yang mudah terpesona dengan ketampanan atau senyuman menggodanya. Kaymelia terlalu suci, terlalu teguh dengan agama, dan terlalu yakin bahawa dirinya lebih mulia berbanding seorang Isaac. Dan itulah yang membuatkan Isaac tercabar! . . Namun pertaruhan takdir tak pernah mudah ditebak. Dalam sebuah reunion, mereka dipertemukan semula. Kebencian Kaymelia masih segar terhadapnya. Dalam satu malam yang penuh muslihat, satu pertaruhan terakhir dibuat. Pertaruhan yang akhirnya mengubah segala-galanya. Kerana pada pagi berikutnya, Isaac harus bangun sebagai seorang lelaki yang mesti BERTANGGUNGJAWAB. Namun, bagaimana mungkin dua jiwa yang berbeza pegangan hidup, dipaksa bersatu? Nur Kaymelia, yang bermaksud cahaya pohon-pohon hijau di syurga, bertemu seorang jejaka yang tak ada langsung ciri-ciri seorang ahli syurga. Dalam taruhan akhir yang penuh tipu daya ini, siapakah yang sebenarnya harus mengalah? Isaac, Kaymelia, atau hati mereka sendiri? ❝ don't get to close, it's dark inside. It's where my demons hide ❞ WARNING: COPYCAT WILL ROT IN HELL
Terungkapnya Janji [C] by hiznawaidas
hiznawaidas
  • WpView
    Reads 142,904
  • WpVote
    Votes 9,117
  • WpPart
    Parts 44
[Rename from: Janji yang Terlafaz] "Saya nak propose awak. Marry me. I promise yang saya takkan ungkit pasal anak sepanjang perkahwinan kita. Dan awak boleh tutup mulut orang yang sibuk bertanya bila awak nak kahwin" -Khayla Fateema. "What do you want from me? Or should I say, what will benefit you from this contract?" - Thaqif Rasyad. Perjanjian yang membawa kepada perkahwinan. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri mengapa perkahwinan itu perlu terjadi. Janji yang dilafazkan perlahan-lahan memakan diri sebaik saja akad digenggam. Antara bahagia atau terluka, hanya itu pilihan yang ada.
Perempuan Tanpa Jiwa by FloraDaniella
FloraDaniella
  • WpView
    Reads 590,077
  • WpVote
    Votes 19,718
  • WpPart
    Parts 56
[COMPLETED] Ian Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semua orang yang dia sayangi dalam sekelip mata. Tanpa belas kasihan dia dihentam. Silapnya hanya kerana mencintai seorang lelaki. Hanya itu sahaja silapnya. ⚠️ Triggered Warning ⚠️ (Self-harm) 9/03/2024
SEBELUM KITA (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,425,943
  • WpVote
    Votes 61,422
  • WpPart
    Parts 101
SIXTH 🍂 ZILL & NURA 🍂 Berkisar mengenai dua perkahwinan yang terkandas ditengah jalan dan dari kedua kisah tersebut punya dua orang manusia yang terluka. " I'm sorry..I tak boleh teruskan semua ni dengan you."- Nadia "Kau boleh pergi dan ikut kemahuan hati kau sekarang,aku tak kan tuntut apa-apa." - Zill -------------------------------------------- "Awak cakap awak nak berusaha untuk saya,untuk kita.Tapi kenapa macam ni?"- Nura "Jangan tanya kenapa macam ni,saya tak nak awak terluka.Awak tahu sebab yang jelas Naurah."- Adlin MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. START : 17 JANUARY 2025 END : 11 JUN 2025 EDITED : 7-23 MEI 2026
SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed • by hannazhya
hannazhya
  • WpView
    Reads 220,786
  • WpVote
    Votes 16,350
  • WpPart
    Parts 62
𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬. 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭. 𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭𝐛𝐫𝐞𝐚𝐤𝐢𝐧𝐠. SHIRAZ AIRIZ punya banyak kisah dengan lelaki. Adnin, Zayn, Malik. Seorang ditinggalkan, seorang meninggalkan dan seorang lagi menyakiti. Hatinya milik seorang Zayn, tapi kerana Adnin dan Malik, dia terpaksa memendam semuanya. Dia pilih untuk menghukum dirinya sendiri. Satu helicopter trip menemukan Shiraz dengan Heidi. Dan, selama dua hari, lelaki asing itu bagaikan dapat membaca seorang Shiraz. Heidi tahu, Shiraz banyak terluka. Cincin di jari Shiraz itu bukti kelukaan hati seorang perempuan. "Saya nak jadi Aladdin. I want a genie." - Shiraz "Apa yang awak nak minta?" - Heidi "One night where I can just sit and talk about my life with someone." - Shiraz Bagi Heidi, ada sesuatu di sebalik cincin yang dipakai Shiraz. Seorang wanita berdikari dan kuat, tapi dalamannya penuh luka dan air mata. Sehingga satu masa, Shiraz tersepit. Kesihatan abah, permintaan keluarga, gangguan abang ipar, hukuman masa lalu dan cinta yang tak kesampaian. Semuanya menyesakkan tapi Heidi sentiasa muncul sebagai penyelamat. Sepertimana genie yang tak pernah meninggalkan Aladdin. Apabila keadaan semakin menyepit, Heidi mahu terus melindungi Shiraz. "I want to keep being your genie. Secara halal." - Heidi Heidi mahu bantu Shiraz lupakan segalanya. Dia mahu buktikan Shiraz boleh move on dari kisah lalunya. Tapi, dengki manusia sentiasa menggangu. Masa lalu kekal menghantui. Mampukah seorang Shiraz menerima Heidi? Atau Shiraz akan kekal menyeksa Heidi dalam ikatan mereka yang sudah halal itu?
Akadku Namamu [TERBIT] by izfrwiza
izfrwiza
  • WpView
    Reads 74,782
  • WpVote
    Votes 581
  • WpPart
    Parts 6
"Kita tengok nanti, Faraz. Sama ada aku yang akan bunuh diri sebab bergelar isteri kau atau kau yang akan menyesal separuh mati sebab akad nama aku. Waktu tu kau akan berharap agar masa boleh diputarkan semula supaya kau tak perlu akad nama aku." - Nur Fatimah Audra "Kau jangan berangan aku nak biarkan kau tinggal berasingan dengan aku. Dalam mimpi pun aku tak akan izinkan. Kau kena tinggal bawah satu bumbung dengan aku. Kita akan tidur atas satu katil yang sama, berkongsi selimut yang sama dan makan di meja yang sama. Setiap hari kau perlu rasa terseksa untuk hadap aku, suami kau sendiri." - Safaraz Ali "Kau tahu haram hukumnya bila kita menikahi seorang wanita dengan niat untuk menzalimi dia kan? Jadi aku merayu sangat dekat kau, Faraz. Tolong jangan lukakan bidadari aku. Aku masih sayangkan Audra." - Luth Faeq Kata Faraz, ini adalah nasib aku. Takdir yang aku perlu terima. Tapi bodohlah kalau aku percaya. "Abang tahu kisah kita tak seindah kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah tapi percayalah, demi Allah abang betul-betul sayang dan cintakan Nur. Sikit pun abang tak meragui perasaan abang." "Janji awak dengan Tuhan untuk jaga saya sebelum ni pun awak boleh buat main. Kalau awak fikir yang saya akan percaya dengan sumpah awak ni, awak silap besar. Ijab dan qabul dalam akad pernikahan itu satu perjanjian yang suci antara awak dengan Tuhan. Tapi sanggup awak akad nama seorang wanita dengan niat yang keji. Wanita yang pernah diratukan oleh ayahnya." Aku sedar. Bukannya aku tidak pernah cinta tetapi dia yang sudah terlalu kerap menyakiti. Menjadi punca aku meragui perasaan sendiri.
TENTANG KITA (C)  by snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Reads 933,488
  • WpVote
    Votes 35,094
  • WpPart
    Parts 55
Tajuk: TENTANG KITA (REVAMP) Status: COMPLETED Naura Husna X Hud Rusyaidi [Karya pertama dari snowdream] Pada Hud, perkahwinan yang diatur bukanlah pilihan hati. Semua itu sekadar jalan keluar dari desakan keluarga. Manakala Naura pula hanya tabah menerima. Dia menganggap semua itu adalah takdir yang sudah tertulis untuknya meskipun mereka disatukan tanpa cinta dan janji bahagia. Akan tetapi waktu mempunyai cara tersendiri mengajar mereka untuk mengenal rasa. Dalam pertelingkahan, hadir tawa. Dalam luka, tumbuh kasih yang kian mekar di dalam jiwa. Namun bukan mudah untuk terus mempertahankan bahagia itu. Kehadiran cinta lama seakan menghalang malah meruntuhkan kepercayaan yang dibina selama ini. Mampukah Hud dan Naura mempertahankan cinta yang pada awalnya tidak pernah dipilih namun kini terlalu berat untuk dilepaskan? "Izinkan saya pergi, Hud. Insyaallah jika masih ada jodoh antara kita, kita akan tetap dipertemukan walau sejauh mana pun kita terpisah." - Naura Husna. "Andai kata suatu hari nanti abang jumpa sayang, jangan tolak abang mentah-mentah macam sekarang. Dan masa tu, abang takkan lepaskan sayang lagi walau apapun yang berlaku." - Hud Rusyaidi Start date : 16 January 2022 End date : 28 January 2022 Revamp: 26 February 2025 ~~~~~ #1 shortstory (14/2/2023) #1 malayromance (16/2/2023)
BAARIZ [EBOOK] by ai_laria
ai_laria
  • WpView
    Reads 284,860
  • WpVote
    Votes 3,112
  • WpPart
    Parts 16
Kisah Baariz the beast ❤️ Ti-honey Ashraf Baariz, seorang bekas bodyguard dan setiausaha peribadi, akhirnya pulang ke kampung halamannya setelah 15 tahun mengabaikan asal-usulnya. Dengan masa lalu yang kelam dan tanggungjawab yang tertinggal, dia kembali bukan sahaja untuk menunaikan amanah keluarga tetapi juga untuk memulakan hidup baru. Izara, seorang pereka fesyen ternama, memilih untuk meninggalkan kehidupan bandar dan membina kerjayanya sendiri di kampung. Dia tidak menyangka akan bertemu semula dengan Baariz, lelaki yang pernah mengubah hidupnya. Ashraf Baariz dan Izara Tihani terikat dalam satu ikatan yang tidak diketahui sesiapa-akad yang mereka rahsiakan bahkan daripada keluarga sendiri. Namun, selepas dua tahun ada sesuatu yang berlaku membuatkan Izara memilih untuk pergi. Setelah 3 tahun, mereka bertemu semula di kampung, dalam keadaan masing-masing sudah berubah . Pertemuan pertama selepas perpisahan itu membawa mereka kembali ke memori lama-rindu yang tidak terucap, persoalan yang tidak pernah terjawab, dan penutup yang tergantung tanpa kepastian. Masa telah berlalu, namun kisah mereka masih belum menemui noktahnya. Adakah pertemuan ini memberi mereka ruang untuk menutup kisah lama dengan keikhlasan? Atau takdir sebenarnya mahu memberi mereka peluang untuk memulakan kehidupan baru, kali ini tanpa rahsia yang membelenggu? Kisah yang cliche & tiada konflik berat maybe✨ Maafkan saya, jika ada kesalahan tatabahasa dan grammar 🙏