CikAlieya
- مقروء 3,986
- صوت 245
- فصول 18
(Update setiap Ahad, jam 2.00 petang)
𝓜𝓮𝓷𝓾𝓷𝓰𝓰𝓾 𝓹𝓮𝓵𝓪𝓷𝓰𝓲 𝓭𝓲 𝓱𝓾𝓳𝓾𝓷𝓰 𝓹𝓮𝓻𝓳𝓪𝓵𝓪𝓷𝓪𝓷 𝓽𝓪𝓴𝓭𝓲𝓻.
Khaira Arisha dan Qiel Al-Hafidz, keduanya bertemu dalam satu keluarga sebagai adik-beradik tiri. Keduanya saling menyayangi walau mereka bukan datang dari darah yang sama.
Pemergian Puan Sahila buat selama-lamanya, turut membawa kepada perpisahan antara Qiel dan Khaira.
"Aku rasa dah sampai masa untuk aku keluar dari rumah ni." - Qiel Al-Hafidz
"Mesti kau terasa hati sangat dengan apa yang ayah cakap hari tu, kan? Ayah tu memang tak ada perasaan!" - Khaira Arisha
"Mungkin kau lupa, Ara. Aku bukan keluar sebab pak cik. Tapi sebab aku sedar aku hanyalah anak tiri. Bila ibu dah tak ada, automatik aku dah tak ada kena-mengena dengan keluarga ni lagi." - Qiel Al-Hafidz
Mental dan emosi Khaira terdera saban hari mendepani Encik Hafizi. Segalanya meruncing saat Khaira dikejutkan dengan berita bahawa dia akan dikahwinkan dengan Hisham. Apatah lagi Khaira tahu dirinya sekadar dijadikan alat untuk melunas segala hutang ayahnya.
Pertolongan Qiel cuba diraih. Lelaki itu bersetuju membantu, namun hingga hari dia akan dibawa ke sempadan Qiel tak juga muncul. Khaira rasa ditipu.
Menjadi isteri Hisham, hidup Khaira bagaikan dalam penjara. Seksaan, pukulan, herdikan dan makian menjadi makanan Khaira saban hari. Kerana tidak lagi mampu bertahan, Khaira nekad melarikan diri dari penjara perkahwinannya.
Takdir menemukannya kembali dengan Qiel. Tapi Qiel yang ditemuinya bukan lagi Qiel yang sama seperti dahulu. Malu dan segan terpaksa ditolak ke tepi. Kerana dia hanya ada Qiel untuk menariknya keluar daripada hidup yang menyakitkan.
(Not edited version)