Lyraareads_'s Reading List
9 stories
AMBER: Split Speed | [ TERBIT ] by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 4,301
  • WpVote
    Votes 225
  • WpPart
    Parts 7
Panther X Spider ⋆˚࿔ Dalam dunia perlumbaan haram yang penuh dengan persaingan sengit, Noah Flavian dan Endra Maeve berada di pihak yang berbeza. Noah ialah pewaris King Wingstom Legacy, kelab perlumbaan yang pernah mendominasi jalanan, sementara Endra kini memimpin Black Pearl, musuh lama yang pernah bertarung hebat dengan ayah Noah, Erix Flavian. Tanpa mengetahui sejarah sebenar antara kelab masing-masing, Noah dan Endra bertemu sebagai dua pelumba yang hanya berkongsi minat yang sama. kelajuan dan kebebasan. Namun, ketika ketegangan antara King Wingstom dan Black Pearl semakin memuncak, mereka mula menyedari bahawa mereka terperangkap dalam dendam lama yang bukan milik mereka. Di sebalik persaingan yang semakin sengit, rahsia demi rahsia mula terbongkar, memaksa mereka memilih antara warisan keluarga atau jalan mereka sendiri. Dalam dunia yang dikuasai kelajuan dan kuasa, mampukah mereka menulis semula takdir mereka, atau akan terikat dengan sejarah yang menghantui? [Note: Semua watak cerita ini berdasarkan novel Devil's Partner yang telah diterbitkan] enemy to lover • rival • enemies
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,901,300
  • WpVote
    Votes 19,349
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
HIS, SENORITA by syasyace
syasyace
  • WpView
    Reads 27,866
  • WpVote
    Votes 4,062
  • WpPart
    Parts 23
#𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 Siapa sangka pertemuan yang sepatutnya berakhir lima tahun lepas, kini ia kembali semula. Namun Rita Jannah sedikit pun tidak goyah. Malah hatinya terus dikeraskan seperti mana bekas suaminya lakukkan lima tahun lepas Izz Abdullah. "I guess, you kena interview I right, my senorita?" - IZZ ABDULLAH "Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula!" - RITA JANNAH Satu garis senyuman manis terukir di bibir Izz Abdullah. Kalau dulu, mungkin senyuman itu berjaya luluhkan hati dan jiwa Rita Jannah. Namun kini tidak lagi. Senyuman itu malah buatkan hatinya sakit berkali-kali! "Dan you perlu tahu satu hal, untuk interview I semuanya ada bayaran. Bukan percuma, senorita. Kalau you tak interview, I guess you akan kena buang kerja. Maknanya...you dah tak ada pilihan, senorita." - Izz Abdullah "Apa yang bayaran saya perlu buat?" - Rita Jannah "Temankan I training. Ajarkan I teknik yang belum sempat your ajarkan I lima tahun lepas. I buat semua ni bukan saja-saja. This for final competition. I tak nak kalah. I nak menang. I nak bawa nama Malaysia ke serata dunia." - Izz Abdullah "Saya bukan jurulatih untuk pasukan awak." - Rita Jannah "Then be my unofficial trainer. Just for me, senorita." - Izz Abdullah Namun disebalik kebahagiaan yang mereka ingin kecapi munculnya seseorang sosok yang ingin menghancurkan kebahagiaan Izz dan Rita. Sosok itu bukanlah orang luar melainkan... "Papa akan buat apa saja supaya kamu tunduk pada papa, Izz. Kalau dengan bunuh Rita mampu untuk buatkan kamu sujud, patuh dan tunduk pada papa. Papa sanggup kotorkan tangan papa sendiri. Don't ever challenge me, Izz Abdulah...my beloved son." - AZZ ABDULLAH Mampukah mereka harungi cabaran itu bersama? Pengakhiran apa yang bakal mereka dapat? Nantikan di HIS, SENORITA. 𝐒𝐈𝐆𝐍 𝐈𝐍: 𝟖/𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐒𝐈𝐆𝐍 𝐎𝐔𝐓 :
THE ENDGAME by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 7,687
  • WpVote
    Votes 674
  • WpPart
    Parts 18
STAND-ALONE ⋆͛︎ Prequel & Spin-Off Zade Archer. Memiliki perwatakan yang bertentangan daripada sepupunya. Dianggap tidak berperasaan dan kurang mahir dalam menunjukkan emosi, dia merupakan seorang pemain bola sepak atau posisi yang lebih tepat, penjaga gawang gol. Layla Anasia. Kerana minat dan bidangnya, dia bersetuju menjadi seorang pelatih peribadi bagi pasukan bola sepak Selangor FC namun martabat dirinya sebagai seorang wanita diperlekehkan. "Be with me for one year. Stay with me. Aku janji aku akan jaga kau." Angkara perbuatan orang lain, Zade sanggup menggadai dirinya demi Layla. Sukar untuknya berpura-pura tidak peduli bila hatinya inginkan Layla seorang. Apa yang Zade lakukan, semuanya berlandaskan satu perasaan. Cinta. Perasaan yang belum pernah dia rasai selama ini. Layla yang mengajarnya erti menyayangi. Tidak mungkin Zade mampu melepaskan Layla pergi. highest ranking : #1 in secret relationship #1 in sukan #1 in football
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 | [C] by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 267,108
  • WpVote
    Votes 18,342
  • WpPart
    Parts 49
[ AFTERBURN SERIES I ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn Zayn Chester, seorang kapten bola sepak yang terkenal dan berjaya, memiliki reputasi sebagai seorang yang dingin dan tegas. Dalam dunia sukan yang penuh persaingan, dia tidak pernah menunjukkan kelemahan, dan perasaannya jarang sekali terlucut. Namun, hidupnya berubah apabila Hazi Marilyn, seorang juruterbang kaya dan dingin, muncul dengan permintaan yang tidak terduga setelah sebuah berita palsu yang membabitkan mereka berdua tersebar di serata media massa. Hazi Marilyn, yang juga memiliki sifat keras dan egois, sedang berhadapan dengan tekanan untuk berkahwin dengan lelaki pilihan datuknya. Berikut merupakan syarat yang ditetapkan kepada Hazi untuk mengambil alih legasi terbesar keluarga sebagai CEO Royal Sky Airlines. Untuk menghindari situasi tidak diingini ini, dia memutuskan untuk menjalin kerjasama dengan Zayn sebagai pasangan kontrak. Mereka berdua bersepakat untuk berpura-pura sebagai pasangan kekasih demi kepentingan Hazi, namun ego dan kebanggaan masing-masing tidak pernah membenarkan mereka tampil lemah di hadapan satu sama lain. Ketika mereka mengharungi pelbagai cabaran dan situasi gentar dalam peranan mereka sebagai pasangan, Zayn dan Hazi mula melihat sisi lain diri masing-masing. Diselubungi ketegangan dan perselisihan pendapat, mereka mula merasakan sesuatu yang lebih mendalam daripada sekadar perjanjian. Dalam ikatan palsu ini, kedua-duanya mula jatuh cinta secara perlahan-lahan, merobohkan dinding ketahanan mereka. Akan tetapi, adakah cinta sejati mampu tumbuh di antara dua hati yang keras ini, atau akankah ego mereka memisahkan mereka sekali lagi? "Kau bukan buat secara percuma. I pay you." -- HAZI MARILYN "Sadly, I'm a footballer, not an actor." -- ZAYN CHESTER [ rom-com | sport romance | enemies to lovers | fake dating ]
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀 (TERBIT) by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 587,144
  • WpVote
    Votes 6,165
  • WpPart
    Parts 14
[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur hidup. "Aku penjaga kau sekarang dan selamanya." -F.I "I don't need anyone to take care of me. Especially you." -J.A Menjaga dan melindungi. Siapa tahu, arahan yang dijatuhkan kepadanya kali ini cukup berat apabila dia dipertemukan dengan seorang gadis yang keras kepala dan mempunyai pendirian sendiri. Setiap suruhannya, tanpa bersalah diingkari. Setiap yang dia kata, semudah itu dipatahkan. Dia yang bukan seorang penyabar, disatukan dengan gadis yang sering menguji kesabaran. Tak boleh bertentang mata, ada saja yang mahu ditelagah. "I don't tolerate with disobedience. Don't provoke me." -F.I "Semakin you larang, semakin I akan buat. I loves disobedience." -J.A
Farhat's  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 200,731
  • WpVote
    Votes 13,062
  • WpPart
    Parts 77
[Book 11] Short, not so short story. Kisah Uqael Farhat yang dibelenggu perasaan cinta tetapi status 'sepupu' membataskan segalanya. Dia terpaksa berundur demi melihat wanita yang dia cinta bersama lelaki lain kerana restu keluarga yang tidak berpihak kepadanya. Bagaimana cara dia dapat menghakis perasaan itu? Bagaimana dia dapat melupakan Fatima jika dari kecil mereka bersama? Tambah pula dengan kehadiran seorang gadis bernama Eleisha yang menjadi peneman di kala dia sunyi menanti Fatima. Patutkah dia terus mengikut kata hati atau membiarkan ego yang membuat pilihan? Benarkah perasaan yang ada buat Fatima adalah cinta, dan bukan obses? Dan benarkah perasaan buat Eleisha yang sehabis daya diabaikan itu bukan cinta? Di saat dia buntu dan keliru, dia menyakiti hati yang tulus berharap. Sehingga satu masa, hati itu mula mengalah dan mengundurkan diri. Dapatkah dia perbetulkan kesilapannya? Atau dia akan kehilangan kedua-duanya? [Sinopsis lengkap tersedia sebelum prolog]