hannhajiera
- Reads 1,463
- Votes 38
- Parts 8
Kehidupan Aurelia Nerissa yang telah dibesarkan dalam keturunan keluarga kerabat diraja membuatkan dia sudah dianggap seperti anak sendiri. Perwatakannya yang lemah-lembut dan sangat peramah membuatkan Tengku Hasan al-Emir berusaha untuk memilikinya apabila tiba waktu yang sesuai.
Hubungan mesra Aurelia dan Tengku Hasan sudah menjadi bukti kepada keluarga bahawa mereka benar benar ingin 'membina masjid' sebaik sahaja Aurelia menamatkan pelajarannya.
Namun sebelum mangkatnya Tuanku Ibrahim Shah, baginda telah menulis sebuah wasiat yang telah mengejutkan satu keluarga dimana Aurelia Nerissa akan dijodohkan dengan Tengku Zahrain Yusuf iaitu Putera Bongsu yang sebaya dengannya.
"No way! Arin taknak! Sepatutnya nama Kanda Hasan dalam wasiat tu. Bukan nama Arin! Apasal pulak Arin nak kena kahwin dengan Lia?" -Tengku Zahrain Yusuf-
"Sakit sangat bila hati cintakan orang lain tapi kahwin dengan orang lain" -Aurelia Nerissa-
"Kanda akan sentiasa sayangkan Lia" -Tengku Hasan al-Emir-
Apakah kesudahannya? Adakah Tuanku Ibrahim Shah memang sengaja mengatur perkahwinan cucu bongsunya bersama Aurelia Nerissa?