Biarkan kenangan berbunga diranting usia
3 historias
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook por Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    LECTURAS 394,573
  • WpVote
    Votos 10,482
  • WpPart
    Partes 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mirwan Maliki, hidup Tiara benar-benar bahagia. Terasa dirinya benar-benar disayangi dan dicintai oleh Mirwan. Lelaki itu selalu ada disaat dia memerlukan. Lelaki itu selalu ada melindungi disaat dia dalam kesusahan. Namun siapa sangka, bahagia yang hadir itu, direnggut pergi tanpa Tiara pernah terfikir perkara itu akan berlaku ke atas dirinya. Dikhianati dalam diam oleh kekasih hati, perempuan mana yang kuat untuk menerima? Semakin luka parah hatinya bila Mirwan mengakui sudah mencintai wanita lain dalam diam, dan lelaki yang dicintai sepenuh hati itu akhirnya memilih untuk menikahi wanita lain. Rasa kecewa itu begitu menjerut tangkai hati Tiara. Demi untuk melupakan rasa kecewa, dia bekerja tanpa henti membawa pelancong ke luar negara. Dan pertemuan dengan seorang jejaka ketika dia hadir ke majlis perkahwinan Mirwan, telah menjadi titik permulaan hidupnya sentiasa dipertemukan dengan lelaki tampan itu. 3 bulan mereka tidak berjumpa selepas pertemuan pertama itu. Akhirnya bumi Korea kembali mempertemukan mereka. Arjuna Hanif, seorang juruterbang Malaysia Airlines berpangkat kapten. Lelaki yang pada mulanya bermulut pedas. Namun, bila berdepan dengan Tiara, dia boleh berubah menjadi manis, semanis gula. Tiara mengelak, Arjuna pasti akan mendekat. Satu persamaan antara mereka, dikecewa dan dikhianati oleh orang yang mereka sayang tanpa mereka tahu yang pasangan mereka itu bakal berkahwin antara satu sama lain. Lantas, mereka tak ubah seperti Sugar and Spice. Manis dan pedas, seperti rencah kehidupan yang mereka lalui. Adakah Arjuna dan Tiara memang ditakdirkan untuk bersama? Atau cinta lama Tiara dan Arjuna akan kembali semula kepada mereka suatu hari nanti?
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) por msroses_
msroses_
  • WpView
    LECTURAS 2,941,281
  • WpVote
    Votos 1,998
  • WpPart
    Partes 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.