prvtsyaa_12's Reading List
89 stories
Find The Heart Again by mieserene
mieserene
  • WpView
    Reads 752,071
  • WpVote
    Votes 21,068
  • WpPart
    Parts 95
[ B O O K 1 ] NEW VERSION Dalissa hanyalah gadis biasa - sehingga satu perangkap di hotel menjeratnya dalam skandal yang bukan miliknya. Ayden, lelaki kaya penuh dendam, percaya 'dia' telah menghancurkan cinta pertamanya. Tanpa menyiasat, dia membalas dengan cara paling kejam: memerangkap Dalissa menjadi isterinya. Dalam gelora kebencian dan rahsia yang terpendam, apakah kebenaran akan terbongkar sebelum segalanya musnah? Apabila dendam mula goyah dan hati mula berbicara, adakah cinta masih punya ruang untuk hidup semula? beautiful cover by @AizackMesle
Qayyum: His Weakness©️ by nabilllss
nabilllss
  • WpView
    Reads 1,070,551
  • WpVote
    Votes 44,514
  • WpPart
    Parts 25
Under Series Vol II. [Terbit PBAKL2026] Known as His Weakness. Menjadi orang yang jatuh cinta terlebih dahulu menuntut kesabaran yang tidak mudah. Bagi Qayyum Darwish, segala isi hatinya disimpan rapi daripada pandangan dunia, apatah lagi wanita yang dicintainya bukanlah perempuan biasa. "Kau tahu kan, siapa Tengku Uqael pada Cik Della? I mean.. her relationship with him?" - Fareez Soalan itu membuatkan Qayyum membeku. Memiliki sahabat yang terlalu memahami rahsianya kadangkala lebih berbahaya, terutamanya apabila Fareez antara yang paling rapat dengan 'bos besar'nya. "You have no idea how long I've stood in the shadows just to protect her. Aku akan buktikan hasilnya suatu hari nanti, Reez." - Qayyum Darwish Demi Khalisa Fredella, Qayyum memilih untuk berdiri di sebalik bayang-bayang. Gelaran 'Mr 719' menjadi rahsia yang membolehkannya melindungi wanita itu secara senyap, walaupun cintanya tidak pernah terucap. "Ke mana saya pergi mesti ada awak. Jangan sibuk boleh?" - Fredella "Nak sibuk juga, boleh?" - Qayyum Namun, saat Qayyum akhirnya meluahkan isi hatinya, dia hanya bertemu luka. "I hate men. Move on, Qay! Saya rimas!" - Fredella "Rimas?" - Qayyum "Rimas sangat. Awak suka saya, dan expect orang yang awak suka ni boleh ada perasaan yang sama? Cuba sedar!" - Fredella Qayyum terdiam, menyedari harapan yang dipendamnya mungkin tidak akan pernah berbalas. Bagi dirinya, Fredella terlalu sempurna walaupun dunia melihat wanita itu dengan cara yang berbeza. "Fii amanillah. Saya lepaskan awak kerana Allah. Dan saya harap awak datang kembali pada saya... juga kerana Allah." - Qayyum Kata-kata itu menjadi doa yang disembunyikan dalam diam. Kembali. Adakah ucapan Qayyum itu akan jadi nyata? Fredella akan cari dia ke? Mereka saling memerlukan, dan luka masing-masing perlukan ubat yang sama. Bahagia dan ketenangan yang Fredella cari selama ini, adakah semua itu ada pada Qayyum Darwish? "Call me possessive if you want, but I'll always be your protector."
𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀 π‡π€π“πˆ?  | OG  by Lynnxsy
Lynnxsy
  • WpView
    Reads 9,406
  • WpVote
    Votes 434
  • WpPart
    Parts 18
HATI'S SERIES #1 ZARYTH ELRIFF β˜… QASTURI ELARA Cinta bertepuk sebelah tangan? Bagi lelaki ini.. ianya bukan sebuah alasan yang boleh dianggap remeh untuk berhenti mencintai seseorang yang mempunyai tempat istimewa dihati. Pertemuan ringkas yang membawa kedua-dua ke dalam satu lembar yang tak terduga. Zaryth Elriff, bukanlah seorang yang menjadi 'dream man' sesiapa. Namun sikapnya yang tulus dan hanya setia pada seorang wanita itu membuatkan dia lain dari yang lain. Kenapa cinta bertepuk sebelah tangan? Bagi Qasturi Elara, cinta bukan keutamaan didalam hidupnya. Bahkan dia menganggap hal itu sangat membebankan diri. "Kau tahu kan kita akan menghadapi SPM tahun ni?" "Aku nak kau kahwin dengan dia. Aku tak terima apa-apa bantahan, faham?!" - Razeen Yahya "Aku tak boleh buat apa-apa, Zaryth.." Apapun halangan, Zaryth tak kenal erti mengalah. Dalam diam, hati itu masih berpaut pada satu nama. Mampukah rasa dan cinta itu kekal? Atau akhirnya masing-masing menuju hala yang berbeza?
His Sweet Wife by armiasd
armiasd
  • WpView
    Reads 7,354
  • WpVote
    Votes 503
  • WpPart
    Parts 21
Dia dicampak ke sebuah rumah usang yang suram dan mengerikan.Setiap hari dia mendengar jeritan seseorang, meminta pertolongan. Malam gadis itu sentiasa ditemani sepi berserta angin malam yang dingin. Tangannya digari menggunakan rantai besi tanpa belas kasih. Angin sejuk sentiasa mencengkam tulangnya. Raungan, esakan, tangisan dan air mata yang tak terhenti terus bergema pada pendengarannya Darah, darah dan darah. Hanya pemandangan seperti itu yang sampai pada penglihatannya. 4 tahun dia dikurung di situ, 4 tahun jugalah mental dan fizikalnya didera. Namun, dia terselamat. Ada anggota polis yang sempat menangkap penjenayah-penjenayah tersebut. Malang sekali, hanya dia seorang saja yang sempat diselamatkan. Nana. Hadirnya seorang doktor yang dibayar dan diamanahkan untuk menjaga Nana supaya sembuh daripada trauma telah membuatkan hidup seorang Nana huru-hara. Bagi Nana, doktor ini bukan menjaganya, malah bersengketa dengannya! Ayyan Nawfal. "Nama penuh kau apa?" - Ayyan Nawfal "Tak ingat..." - Nana "Nana Tanasha. Itu nama kau. Kau jangan nak mengada minta nama lain, aku dah bagi sedap-sedap jangan pula kau minta nama macam tahi ayam." -Ayyan Nawfal Berperang mulut dan saling mengusik. Itulah yang mewarnai hari-hari mereka dengan tawa riang dan usikan nakal. Namun, hanya kerana dendam seseorang, telah mengikat mereka dalam sebuah ikatan suci. "S-saya keguguran.." -Nana Tanasha "K..kau mengandung?" -Ayyan Nawfal "Tak lah, keguguran rambut je." -Nana Tanasha "Kurang ajar eh kau." -Ayyan Nawfal "Let me be your healer, sweetheart." β€’ mine looks better in light mode. Trust me, dear.
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 94,778
  • WpVote
    Votes 4,151
  • WpPart
    Parts 20
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
Aiden Askim (C) by syazznich
syazznich
  • WpView
    Reads 35,963
  • WpVote
    Votes 1,404
  • WpPart
    Parts 30
𝐓𝐀𝐍 π’π‘πˆ π€πˆπƒπ„π ππ€π˜π˜π”πŒ | π€πŒπ˜π‹πˆπ€ ππ€πˆπ‘π€ "Perkenalkan ini adik tiri kamu yang baru,Amylia Qaira.Mulai hari ini,Amylia akan tinggal bersama kita dan menjadi sebahagian daripada keluarga kita." - Tan Sri Affendi 𝐓𝐀𝐍 π’π‘πˆ π€πˆπƒπ„π ππ€π˜π˜π”πŒ - Seorang jejaka berusia 36 tahun dan mempunyai tubuh badan yang sexy.Seorang jejaka yang berhati dingin tetapi penyayang,obses dan kejam.Apabila pertama kali bertemu dengan si kanak comel,hidupnya berubah seratus peratus.Tetapi disebabkan dia bekerja luar negara,dia terpaksa meninggalkam keluarga serta adik tirinya.Pertemuan sekali lagi selepas beberapa tahun berada di Turkey,dia kembali ke tanah air dan berumpa keluarganya serta adik tirinya.Di situlah bermulanya kisah cinta mereka. "Aşkim"- Tan Sri Aiden Qayyum π€πŒπ˜π‹πˆπ€ ππ€πˆπ‘π€ - Seorang gadis yang berusia 21 tahun dan diambil sebagai anak angkat keluarga Tan Sri Affendi ketika berumur 8 tahun.Satu-satunya puteri yang cantik dalam keluarga itu.Mempunyai rambut berwarna perang gelap dan mata yang unik.Apabila dia sudah membesar,perasaan yang tidak selesa apabila abang tirinya mula obses terhadapnya. Completed : Start : 09.4.2024 End : - This is my first novel so I hope you all like it.Saya minta maaf sekiranya ada kesalahan ejaan atau tatabahasa.Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada saya sendiri.Karya ini 100% daripada idea saya sendiri! Warning : ⚠️ 18+ ⚠️ Redflag hero ⚠️ Sexy storyline ⚠️ Uncensored All right reserved @syaznich
The Last Sky [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 120,379
  • WpVote
    Votes 5,013
  • WpPart
    Parts 36
BLURB Kesibukan, salah faham, dan luka lama yang tak pernah dijernihkan menimbulkan jarak di antara mereka semakin nyata. Irene semakin menjauh, terluka dengan saat-saat Zayn tiada di sisinya. "I lost it. Alone. While you were thousands of feet in the sky." - Irene Melina. Zayn cuba meraih hati isterinya tanpa lelah, berusaha menembusi dinding ego yang dibina Irene. Setiap kata yang terucap, setiap langkah yang diambil, adalah usaha untuk menyembuhkan luka lama dan mengikat kembali janji yang hampir terlupa. "Pandang muka I dan cakap semuanya. Look me in the eye and tell me you don't need me anymore." - Zayn Arshad. "I boleh hidup tanpa you, Zayn Arshad." - Irene Melina. Dunia mereka seketika terhenti. Tapi di sebalik kata-kata ego dan perasaan yang bertentangan, satu perkara tetap jelas. Cinta sejati tidak pernah mudah, tetapi ia tetap berusaha. Apakah cinta mereka mampu bertahan dalam diam, ego, dan luka yang belum sembuh? Atau masa dan takdir akan memisahkan mereka? The Last Sky ialah sebuah kisah cinta kontemporari yang meruntun perasaan. Tentang ego, jarak, pengorbanan, dan peluang kedua yang mungkin... tak akan datang lagi.
π‚πˆππ“π€ π‡π€π“πˆ π’πˆ 𝐃𝐔𝐃𝐀 | 𝐍𝐄𝐖 π•π„π‘π’πˆπŽπ | 𝐏𝐀𝐔𝐒𝐄𝐃 by theaurelithh
theaurelithh
  • WpView
    Reads 6,152
  • WpVote
    Votes 58
  • WpPart
    Parts 1
CINTA HATI SI DUDA Athea Aurelle - gadis yang sentiasa menyinari sekeliling dengan senyumannya. Adrien Rafael - lelaki pendiam yang menyembunyikan terlalu banyak luka di sebalik renungan kosongnya. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang, apatah lagi bersedia untuk terikat dalam kisah yang tidak terjangka. Kehadiran Athea bagaikan sinar yang cuba menembusi tembok kelam Adrien, namun tidak semua luka mudah diubati dengan cahaya. Namun, hidup tidak berhenti pada saat mereka mula saling mengenali. Ketika kasih mula berputik, ujian datang dengan cara yang tidak terduga... dan rahsia yang mereka bawa menjadikan setiap senyuman seolah-olah hanya topeng. Adakah sinar Athea cukup untuk memecahkan sunyi yang membelenggu Adrien, atau... ia hanya menjadi cahaya yang akhirnya padam di tengah jalan?
Evara Myrlana | OG by Lillavies
Lillavies
  • WpView
    Reads 11,498
  • WpVote
    Votes 704
  • WpPart
    Parts 48
TRI-POV "Play the card, but don't reveal your cards" Menceritakan perjalanan hidup seorang Evara Myrlana yang penuh dengan lika-liku dan duka. Semuanya berpunca daripada fitnah orang mengatakan bapa kandungnya, Evrin ialah seorang pengedar dadah dan terbunuh ketika melarikan diri daripada ditangkap polis. Namun, keperitan hidupnya bertambah dengan kehadiran bapa tirinya, Hazrul yang merupakan sahabat baik kepada bapa kandungnya. Pada awalnya, mereka beranggapan kehadiran Hazrul merupakan sebuah keberkataan untuk menggantikan figur seorang ayah kepada Evara dan Emir. Malangnya, semua itu hanyalah sebuah angan-angan semata. Hazrul ialah seorang kaki botol dan suka berjudi. Emira dijadikan sebagai seorang hamba untuk mencari rezeki bagi memenuhi keperluan Hazrul untuk bersenang-senang. Lelaki itu akan mengamuk apabila permintaannya tidak dilaksanakan. Dan apabila Qhaleef Al-Hendra kembali, dia turut menghadirkan kemanisan di dalam hidup Evara dan keluarganya. "I'll do anything to protect your family." Satu persatu rahsia mula terbongkar apabila sekumpulan gangster hadir ke rumah keluarga Evara untuk membawa gadis itu kerana dinyatakan Hazrul telah menjual anak tirinya untuk melunaskan hutang yang berpuluh ribu kerana berjudi. Untungnya, Qhaleef menjadi penyelamat keluarga itu. Lima tahun berlalu, entah mengapa secara tiba-tiba tiada lagi khabar tentang lelaki itu. Dia seolah menjauhkan diri daripada Evara tanpa sebab yang tidak pasti. Evara juga memilih untuk meneruskan kehidupannya tanpa seorang Qhaleef. Suatu hari, takdir menyatukan mereka kembali. Pertengkaran mula berlaku, masing-masing meminta penjelasan atas kehilangan hubungan mereka selama lima tahun ini. Mengapakah semua ini berlaku? dapatkah hubungan mereka bersatu kembali dan bagaimana mereka hendak menubuhkan bibit cinta di dalam hati masing-masing?