𝕄𝕪𝕤𝕥𝕖𝕣𝕪
7 stories
Misi IVTG by TheFnlini
TheFnlini
  • WpView
    Reads 8,367
  • WpVote
    Votes 792
  • WpPart
    Parts 26
IVTG - singkatan 'investigation' ---- Azhad Aakif telah kehilangan ibu bapanya dalam sebuah tragedi ngeri. Lapan tahun kemudian, sahabatnya pula yang pergi mengikuti langkah ibubapanya. Melihatkan sahabat yang dianggap seperti keluarga sendiri dibunuh secara kejam dan tragis, telah menaikkan lagi api amarahnya. Dari saat itu, dia telahpun bertekad untuk mencari dan menjatuhkan hukuman ke atas si pelaku. Tekadnya yang kuat telahpun membawanya ke Bukit Aman, menjadi salah seorang inspektor di sana bersama satu misi yang diberikan nama IVTG. Dia bertemu dengan Aliff Hazmi - seorang pegawai yang telah menjadi rakan sekerjanya dari awal pertemuan lagi, dan Inspektor Zulhilmi - seorang polis bantuan dari Terengganu yang dirasainya amat menjengkelkan. Dalam dia berusaha mencari pembunuh sahabatnya, dia, Aliff dan Hilmi ditugaskan untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan bersiri melibatkan seorang pembunuh handal. Tidak meninggalkan jejak, hanya sticky note misteri sebagai petunjuk. Malah, apa yang lebih dahsyat, perungkaiaan misteri tersebut turut sama membawa Aakif kepada satu pembongkaran yang bakal merubah hidupnya. "Setiap yang hadir, pasti akan pergi. Setiap yang pergi, pasti akan diganti..." - Khairul Mustakim "Kenapa aku jadi polis, ya? Sebab aku nak elakkan perkara sama terjadi pada aku, terjadi pada orang lain." - Aliff Hazmi "Kenapa kau bunuh dia? Apa salah dia dekat kau, hah! Kau tahu tak apa yang aku dan keluarga dia lalui disebabkan kau?" - Azhad Aakif "Aku betul-betul tak nak buat ni Aakif. Tapi kalau kau tetap tak nak lepaskan suspek, maka aku terpaksa lepaskan peluru ni." - Zulhilmi "Maafkan aku..." - Farhan Fahimi Misteri berganti misteri, hinggalah akhirnya tiba penghujung buat segala penderitaan ini. Kebenaran memang menyakitkan. Tetapi akhirnya, apabila kau sedar nanti, percayalah... ia tetap akan memberi kebaikan. It's just the matter of time... ;D-21 ---- - 30% action - 40% thriller/mystery - 15% friendship - 15% motivational
APHONIC #1 (Oxford) ✓-PREVIEW- (DITERBITKAN) by _hyun_yunzz
_hyun_yunzz
  • WpView
    Reads 209,158
  • WpVote
    Votes 1,208
  • WpPart
    Parts 5
Terbitan : Fajar Pakeer Penulis : Hyun Yunzz (Jalan cerita di dalam wattpad tidak sama seperti di dalam novel) Kepercayaan, ketidakadilan sudah hilang sejak munculnya kenyataan yang menyakitkan. Ada naluri yang kosong, tiada jawapan mengenai setiap petualang. Ada ancaman yang marabahaya, tiada pengakhiran untuk menghentikan. Mereka terjebak dalam kancah rahsia demi mempertahankan maruah diri untuk kekal hidup, bukannya mati di tangan Silent Killer.  Silent Killer... pembunuhan yang kejam dan teratur tanpa meninggalkan secebis bukti.  Silent Killer... penjahat VS penjahat.  Silent Killer... umpama meletak nyawa di hujung tanduk. Sejak berpindah ke sekolah yang paling misteri di dunia, banyak perkara pelik yang menimpa. Apa sebenarnya rahsia di sebalik semua itu? "Aku dah kata, aku tak nak terlibat."- SAM "Pernah ke aku dianggap sebagai pesalah?"- LISSA "Kami datang sini untuk membantu kau, Sam." - ROXY Tiga gadis, tiga keperibadian yang berbeza tetapi berkait sesama mereka. Dunia bermandikan darah yang sentiasa menanti tanpa batas waktu. Walau rasa cinta yang tumbuh, harus dipangkah. Walau rasa bahagia yang mengintai, harus dilupa... kerana misi adalah menghapuskan manusia durjana di luar sana. Mampukah musuh merangkak hingga bertemu jalan mati? Dapatkah mereka mengawal kekuatan yang tidak diketahui daripada membinasakan diri? Disengat ular berbisa, sakit yang makin lama menyerap pantas mematikan si pemangsa. Sampai bila ia mampu bertahan lagi? Tentang mereka yang kelihatan polos, tetapi di sebaliknya tertanam kekejaman yang mendominasi, menghilangkan setiap nyawa dengan penuh sadis. Highest ranking: #1 in action (all the characters and Photos belong to their owner and artist herself/himself)
HAZRAEL | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 1,350,274
  • WpVote
    Votes 63,664
  • WpPart
    Parts 30
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya. Neil Hazrael, lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina dari 'menyentuh' kematian. Akibatnya, dia pula yang hampir mati. Naina terpaksa bertanggungjawab atas kecederaan parah lelaki itu. Menyampah? Ya, sangat! Namun dalam tak sedar, Hazrael sebenarnya menyuluh cahaya yang dah lama Naina inginkan. "Kau kenapa? Dah puas hidup? Dah banyak amalan sampai nak ambil nyawa sendiri?" -Neil Hazrael. Namun, apabila kes semakin serius dengan campur tangan penggodam genius, hidup Naina kian teruk. Apatah lagi penggodam genius, musuh utama pihak polis seringkali mengetahui tingkah laku sehariannya. Stalker! Apa yang dia mahu? Pertumpahan darah? Soalan penting, siapa gerangannya? Dan dalam mencari jawapan itu, Neil Hazrael seringkali berada di sisi Naina, memberi semangat dan membantu untuk menyelesaikan kes. Sehinggalah suatu hari, kepercayaan Naina terhadap Hazrael semakin luntur. Ada yang tidak kena dengan lelaki itu! "Bunuh aku, kau bunuh diri kau sendiri," -Naina Hijannah. Disitu, muncul lagi satu persoalan. Dapatkah Naina menyelesaikan kes rumitnya itu? Bagaimana pula dengan Hazrael? Siapa dia? Seorang hero atau pengkhianat? Suspek yang lain juga terlalu ramai, bagaimana? *** Cover by: @hdaynie❤️
𝐉𝐞𝐣𝐚𝐤𝐚 𝐃𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐓𝐨𝐩𝐞𝐧𝐠 by ciktengku_
ciktengku_
  • WpView
    Reads 102,048
  • WpVote
    Votes 6,657
  • WpPart
    Parts 58
Syairish Rey, pelajar kolej yang menjalani rutinnya sebagai seorang pelajar. Kehidupannya normal sehinggalah pada hari dia diselamatkan secara tidak sengaja oleh seorang lelaki bertopeng. " 𝐁𝐞 𝐜𝐚𝐫𝐞𝐟𝐮𝐥 𝐠𝐢𝐫𝐥, 𝐝𝐚𝐧𝐠𝐞𝐫 𝐢𝐬 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲𝐰𝐡𝐞𝐫𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐚𝐧𝐲𝐭𝐢𝐦𝐞" Belum sempat berterima kasih, lelaki itu hilang secara misteri. Sejak itu dirinya masih mencari dan tertanya tanya tentang lelaki bertopeng itu. Tanpa disedari, lelaki bertopeng itu juga mencarinya sejak 5 tahun yang lalu. Siapakah lelaki bertopeng itu sebenarnya ? Apakah motif lelaki bertopeng itu mencarinya ? Pada akhirnya satu demi satu rahsia terbongkar. Mampu kah mereka menamatkan sesuatu yang telah dimulakan ?
TURUTAN MAUT by MohdIkmalHakim
MohdIkmalHakim
  • WpView
    Reads 13,582
  • WpVote
    Votes 652
  • WpPart
    Parts 36
Kisah yang menceritakan mengenai Detektif Arsyad dan pembantunya, Si Koperal, dalam menyelesaikan kes jenayah yang dilakukan oleh seorang penjenayah misteri. Lima orang menjadi sasaran, hanya empat berjaya dibunuh, seorang lagi berjaya diselamatkan. Pembunuh menggunakan trik yang sangat licik dan kreatif dalam menjalankan rancangannya.
(OWARINASHI) THE ACE ✓ (DITERBITKAN) -Preview only- by _hyun_yunzz
_hyun_yunzz
  • WpView
    Reads 84,059
  • WpVote
    Votes 6,101
  • WpPart
    Parts 15
Estefany Coco. Seorang gadis biasa yang suka mengembara dan merakamkan gambar . Dia sentiasa bersama kamera nya sepanjang masa. Ibarat kamera itu merupakan separuh daripada nyawanya. Tetapi siapa sangka? Hanya kerana satu gambar yang dirakam olehnya, kehidupannya berubah 100%! . "Kau siapa" ujar lelaki berhoodie putih. Wajah Coco mulai pucat. Dia tidak tahu apa-apa! tapi kenapa semua orang berbahaya ini mencarinya! "Ak-aku..." gagap Coco ingin membalas. Wajahnya ketakutan . Tetapi selepas itu, Coco tersenyum sinis. "Estefany Coco" ____________ 100% idea from Author. The Best Ranking: - #1 Mystery
+3 more