On Going
173 stories
Syaqil's Faithful Heart by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 31,393
  • WpVote
    Votes 5,096
  • WpPart
    Parts 21
NEXT GENERATION (HEART SERIES 2) Syaqil Akhtar x Tengku Adleena Sofea START: 22/7/2026 END:
Emir's Elara [COMPLETED] by Amoreizaababy
Amoreizaababy
  • WpView
    Reads 111,140
  • WpVote
    Votes 5,246
  • WpPart
    Parts 59
Dato Emir Uzair ialah seorang usahawan terkemuka di Malaysia. Pada usia yang hampir mencecah empat puluh tahun, lelaki itu telah melalui pelbagai pengalaman dalam dunia perniagaan. Namun, satu malam telah mengubah segalanya apabila dia bertemu dengan seorang gadis bernama Elara Hania teman wanita kepada adik kandungnya sendiri, Haider. Sejak pertemuan itu, bayangan Elara mula menghuni fikirannya. Namun dia memilih untuk meredakan perasaan tersebut kerana percaya gadis itu bakal menjadi adik iparnya. Elara Hania, 25 tahun, meletakkan sepenuh kepercayaan kepada insan yang paling rapat dengannya Haider, lelaki yang dicintainya, dan Alana, sahabat yang dianggap seperti saudara sendiri. Namun, kepercayaan itu musnah apabila kedua-duanya mengkhianatinya. Sejak hari itu, hatinya terluka dan sukar untuk mempercayai sesiapa lagi. "Be my wife, Elara. Let me love you the way you've always deserved." -Dato Emir Uzair Di saat hidupnya hancur, Dato Emir hadir menghulurkan tangan dan memperisterikannya. Segala-galanya berlaku terlalu pantas sehingga Elara sendiri tidak sempat memahami takdir yang sedang mengubah hidupnya. "Terima kasih sebab faham saya, Dato. Maafkan saya sebab semua ini berlaku terlalu cepat... tapi saya akan cuba menjadi isteri yang terbaik untuk Dato."-Elara Hania Tatkala kebahagiaan mula menghiasi rumah tangga mereka, dendam Alana terhadap Elara semakin membara. Satu demi satu ujian datang menguji cinta yang baru berputik. Lebih mengejutkan apabila seseorang daripada masa lalu Dato Emir kembali muncul, membawa bersama rahsia yang selama ini tersimpan rapi. Mampukah Dato Emir melindungi wanita yang kini menjadi dunianya? Atau adakah masa lalu akan merampas kebahagiaan yang akhirnya mereka miliki? ----- Cerita ini juga 100% hasil dari imaginasi saya. Jikalau ada jalan cerita dan watak yang sama saya minta maaf. Start date: 28/5/2026 End date: 6/8/2026 (Sila lah baca, saya pastikan cerita ini akan sampai pada hati para pembaca ❤️)
Tengku Zuhair's Love (OG) by faiyastrella
faiyastrella
  • WpView
    Reads 1,114
  • WpVote
    Votes 52
  • WpPart
    Parts 4
Start: 29/03/2026 End: Tengku Zuhair x Tengku Nurul Zara Tengku Zuhair pernah jumpa dengan Zara, masa hari kebangsaan dua tahun lepas, 2024. Itu pun masa Zara berumur 21. Zara sudah lama dengar nama Tengku Zuhair ini dari mulut ibubapa nya dan abang-abang nya. Zara tidak bercakap banyak apabila abang nya, Dean, mengenali nya kepada Tengku Zuhair masa hari kebangsaan itu. Dan pada hari itu juga, Zara akan ingat sampai bila - bila masa. Kerana Tengku Zuhair membeli kan dia air sebelum Zara balik. Ternyata Tengku Zuhair terdengar keluhan Zara dengan Ayyash kepada abang nya. Dan dari situ lah, dia mula suka Tengku Zuhair tetapi diam sahaja. Yang hanya tahu adik kembar nya, mummy dengan daddy nya, abang Dean dan abang Dil'Nawwaz. Tanpa pengetahuan Zara, Tengku Zuhair dari dahulu sudah suka Zara. Zara cuba untuk bagi hint-hint dekat status Whatsapp nya dan Instagram story nya. Ya. Dia ada nombor Tengku Zuhair. Personal number. Luar biasa! Dan dia juga follow Instagram Tengku Zuhair, dan Tengku Zuhair juga follow Instagram nya. Tetapi mereka tidak pernah bercakap dalam Instagram mahupun dekat Whatsapp. Itu pun benda yang berkenaan sahaja. Tengku Zuhair nampak semua hint itu tapi dia buat-buat tidak tahu sahaja. Mungkin, mereka suka sama suka tetapi... Tidak mahu meluah nya? Ataupun... Si dia menunggu untuk orang confess dekat dia ataupun... Si dia yang mahu confess tapi... Takut? Playlist: Pillowtalk - Zayn Crush - Yuna & Usher Rocketeer (overlapped) WARNING • THIS IS A WORK OF FICTION OF MINE • • EVERYTHING IS FICTION. NAMES, PLACES AND EVERYTHING IS FICTION. • • NO COPY PASTE • • ALL RIGHT RESERVED • مئدأم فايسترلأ
LUKA YANG TERPENDAM (SU) by delunania
delunania
  • WpView
    Reads 28,952
  • WpVote
    Votes 2,256
  • WpPart
    Parts 15
Mature content | FIRST BOOK Elara Qyrania, seorang gadis yatim piatu yang kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama mak ciknya, Mak Cik Leha, yang menganggap kehadiran Elara sebagai pembawa sial. Akibat hutang yang menjerut leher, suami kepada ibu saudaranya sanggup menjual Elara kepada tuan kelab malam. Walaupun hati Elara berat, dia terpaksa akur dengan keadaan itu. Namun, sebagai seorang wanita, dia memilih untuk tabah dan pasrah. Dalam hiruk-pikuk kelab malam itu, Elara tidak sedar dirinya dijadikan kambing hitam dalam rancangan licik untuk menjerat Zayden Elric. Pada mulanya, Zayden menolak mentah-mentah permintaan Elara. Baginya, apa yang terjadi bukan tanggungjawabnya. Hatinya masih beku, egonya masih menebal. Sejak berkahwin, dia tidak pernah mempedulikan Elara dan membiarkan gadis itu menderita sendirian. Mampukah tautan kasih ini bertahan, atau bakal lebur dalam sekelip mata dek badai yang melanda?
Sebaris Takdir Affeya |c  | by btrsyaa3
btrsyaa3
  • WpView
    Reads 25,489
  • WpVote
    Votes 993
  • WpPart
    Parts 52
Pertemuan pertama mereka tidak pernah seindah yang disangka. "Nasib air ni tak kena baju aku!" "Maaf, maaf... saya tak sengaja." Pergaduhan, salah faham dan sikap masing-masing yang tidak matang membuatkan mereka sering bertelagah. Namun, di sebalik segala perselisihan itu, tanpa mereka sedari, hati masing masing mula berubah. Perlahan-lahan, takdir mula menemukan mereka berdua... "Kau buat apa kat sini?" - Afif "Saya tengah tangkap ikan kat sini." - Affeya "Kau rasa ikan yang mana satu paling hensem?" - Afif Afif dan Affeya sudah mengenali satu sama lain sejak zaman persekolahan lagi. Namun, hubungan mereka tidak pernah berjalan dengan mudah. Setiap kali berjumpa, pasti ada sahaja perkara yang membuatkan mereka menyampah. Bagi Affeya, Afif hanyalah lelaki yang suka mengusik dan menyakitkan hati. Bagi Afif pula, Affeya ialah gadis degil yang tidak pernah mahu mengalah. Tetapi selepas bertahun-tahun berlalu, hati mula menunjukkan perasaan yang sebenar. "Kau suka aku ke, Affeya... jujur?" - Afif "Awak nak tahu sangat, kan? Ya, saya memang suka awak dari dulu lagi." - Affeya Namun, kehidupan mereka tidak selamanya dipenuhi bahagia. Tugas, jarak dan sebuah kesakitan yang hadir tanpa diduga mula menguji hubungan yang mereka bina bersama. Saat salah seorang daripada mereka terpaksa berdepan dengan ujian yang mengubah kehidupan, cinta mereka sekali lagi diuji. Kali ini bukan dengan pergaduhan atau salah faham, tetapi dengan ketakutan untuk kehilangan insan yang paling disayangi. "Kalau abang rindu kenangan kita, tengoklah pokok-pokok bunga ni." - Affeya "Sebab apa?" - Afif "Sebab kita tanam sama-sama." - Affeya Mampukah Afif dan Affeya mempertahankan cinta yang pernah bermula dengan sebuah pertengkaran? Atau adakah ujian itu akan menjadi titik terakhir dalam kisah cinta mereka?
He Turned With A Ring (COMPLETE)  by secretgirl21
secretgirl21
  • WpView
    Reads 9,970
  • WpVote
    Votes 297
  • WpPart
    Parts 36
Nureen dan Zakwan mula mengenali satu sama lain sejak usia tiga belas tahun. Daripada sekadar kawan sekolah yang suka bergaduh kecil, hubungan mereka perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam. Zakwan ialah lelaki yang sentiasa ada untuk Nureen - menjaga, mendengar dan mencintainya dengan cara yang paling sederhana. Namun cinta manusia tak pernah lari daripada ujian. Ketika Zakwan menjalani latihan rekrut, satu khilaf telah menghancurkan segala kepercayaan yang dibina bertahun-tahun lamanya. Kesilapan itu membuatkan Nureen memilih untuk pergi, meninggalkan Zakwan dengan rasa bersalah. Selepas tiga tahun,takdir menemukan mereka semula. Tetapi pertemuan itu tidak lagi sama seperti dulu. "Nureen,saya tahu saya salah. Awak masih marahkan saya ke?" suara Zakwan perlahan, penuh penyesalan. Nureen tersenyum hambar sebelum memandang lelaki itu dengan pandangan yang kecewa atas kekhilafan lalu Zakwan. "Aku tak marahkan kau, Zakwan.Tapi aku benci kau. Pada aku, kau dah lama mati." Kata-kata itu cukup untuk menghancurkan hati Zakwan. Namun lelaki itu tetap bertahan. "Nureen,tolong bagi saya peluang. Saya nak tebus segala dosa saya. Izinkan saya halalkan awak." Masalahnya, mampukah hati yang pernah hancur menerima cinta yang sama untuk kali kedua? start: 26.5.26 end:15.7.26
[C] Cinta Terakhir by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 112,623
  • WpVote
    Votes 9,335
  • WpPart
    Parts 34
[SECOND BOOK] - PREKUEL HER ANGEL Genre: Family Drama + Healing Romance Qalish Amsyar x Zuheyr Iman + Zahra Imani 🤍 Pertemuan Qalish Amsyar dengan seorang budak lelaki bernama Zuheyr Iman di wad pediatrik berjaya mencuri sekeping hatinya. Kasihnya tumpah tanpa dia sedari. Jiwa kosongnya terisi dengan kehadiran budak itu. Pelbagai usaha dilakukan untuk menambat hati si kecil comel itu. Di kala lelaki sebayanya sibuk mengejar perempuan untuk dijadikan isteri, dia pula sibuk mengejar adik orang. Bila hati terlampau sayang, dia tidak sanggup berjauhan. Dia mahukan budak itu sentiasa dengannya. Oleh itu, keputusan drastik dibuat. Demi si kecil comel itu, lamaran diberi kepada kakak sulungnya. "Kahwin dengan saya. Saya nak jaga awak, Zahra." -Qalish Amsyar- Zahra Imani sebagai anak sulung, menggalas tanggungjawab untuk melindungi adiknya. Masa lalu mengajar Zahra untuk lebih berjaga-jaga apa lagi melibatkan adik bongsunya. Kehadiran Qalish sebagai watak baru dalam hidup mereka membuatkannya tidak senang. Apatah lagi bila si adik mula bergantung dengan 'orang luar' tersebut. Maka satu keputusan dibuat. Si kecil menjadi taruhan. Antara keluarga dan orang baru. Antara cinta dan kasih sayang. Yang manakah pemenangnya? Start: 4/1/2026 End: Highest Rank: #1 Wattpad Malaysia #1 Siblings #1 Healing #1 Love #1 Cute #1 Healing Romance #2 Malay #3 Trauma #3 Keluarga #3 Sayang #4 Family #9 Malay
The Silent Mission ©  [ OG ] by Qyrynne
Qyrynne
  • WpView
    Reads 74,654
  • WpVote
    Votes 2,113
  • WpPart
    Parts 84
[ KARYA PERTAMA ] R.E.V.A.M.P Cerita ini memaparkan nilai kesetiaan dan persahabatan. Saya memohon agar pembaca menghormati karya ini dan tidak mengaitkannya dengan unsur-unsur yang tidak bermoral AMARAN CETUS ⚠️⚠️ Karya ini mengandungi elemen keganasan, adegan pergelutan, serta penculikan dan penderaan (fizikal/mental) bagi sesetengah bab. Kebijaksanaan pembaca amat diperlukan. ♡ Seorang lelaki bernama Amirul telah kehilangan ingatannya akibat kemalangan 10 tahun yang lalu. Namun, sepanjang 10 tahun itu tidak ada ancaman yang berlaku sehinggalah tahun ke 10 itu. Mampu kah Amirul melawannya bersama ingatan yang hilang? *Cerita ni x semua serius. Tajuk nampak serius HAHAHA tapi saya x nk cerita ni terlalu serius. Ada happy, ada serius, ada sad. Just wait okay* SELAMAT MEMBACA! DATELINE : Start : 1/1/2026 End :
Qayyum: His Weakness©️ by nabilllss
nabilllss
  • WpView
    Reads 1,070,061
  • WpVote
    Votes 44,505
  • WpPart
    Parts 25
Under Series Vol II. [Terbit PBAKL2026] Known as His Weakness. Menjadi orang yang jatuh cinta terlebih dahulu menuntut kesabaran yang tidak mudah. Bagi Qayyum Darwish, segala isi hatinya disimpan rapi daripada pandangan dunia, apatah lagi wanita yang dicintainya bukanlah perempuan biasa. "Kau tahu kan, siapa Tengku Uqael pada Cik Della? I mean.. her relationship with him?" - Fareez Soalan itu membuatkan Qayyum membeku. Memiliki sahabat yang terlalu memahami rahsianya kadangkala lebih berbahaya, terutamanya apabila Fareez antara yang paling rapat dengan 'bos besar'nya. "You have no idea how long I've stood in the shadows just to protect her. Aku akan buktikan hasilnya suatu hari nanti, Reez." - Qayyum Darwish Demi Khalisa Fredella, Qayyum memilih untuk berdiri di sebalik bayang-bayang. Gelaran 'Mr 719' menjadi rahsia yang membolehkannya melindungi wanita itu secara senyap, walaupun cintanya tidak pernah terucap. "Ke mana saya pergi mesti ada awak. Jangan sibuk boleh?" - Fredella "Nak sibuk juga, boleh?" - Qayyum Namun, saat Qayyum akhirnya meluahkan isi hatinya, dia hanya bertemu luka. "I hate men. Move on, Qay! Saya rimas!" - Fredella "Rimas?" - Qayyum "Rimas sangat. Awak suka saya, dan expect orang yang awak suka ni boleh ada perasaan yang sama? Cuba sedar!" - Fredella Qayyum terdiam, menyedari harapan yang dipendamnya mungkin tidak akan pernah berbalas. Bagi dirinya, Fredella terlalu sempurna walaupun dunia melihat wanita itu dengan cara yang berbeza. "Fii amanillah. Saya lepaskan awak kerana Allah. Dan saya harap awak datang kembali pada saya... juga kerana Allah." - Qayyum Kata-kata itu menjadi doa yang disembunyikan dalam diam. Kembali. Adakah ucapan Qayyum itu akan jadi nyata? Fredella akan cari dia ke? Mereka saling memerlukan, dan luka masing-masing perlukan ubat yang sama. Bahagia dan ketenangan yang Fredella cari selama ini, adakah semua itu ada pada Qayyum Darwish? "Call me possessive if you want, but I'll always be your protector."