Batrisyia's Reading List
148 stories
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 245,576
  • WpVote
    Votes 22,985
  • WpPart
    Parts 53
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka tidak mudah.
PADA SUJUDKU ADA NAMAMU [slow update] by _Violets
_Violets
  • WpView
    Reads 6,160
  • WpVote
    Votes 424
  • WpPart
    Parts 32
"Dia tak pernah minta dijodohkan. Dia cuma menurut takdir... dan mencintai dalam diam." Rizqan Al-Hakeem, seorang CEO muda, kaya, dingin dan kejam. Dia dipaksa berkahwin dengan Adra Zulaikha - gadis yatim piatu biasa yang tak punya nama, hanya kerana satu wasiat keluarga. Bagi Rizqan, Adra cuma beban. Tapi bagi Adra, Rizqan adalah doa yang tak pernah dia tinggalkan dalam sujudnya. Setiap makian, dia telan. Setiap luka, dia simpan. Dan dalam sujudnya yang panjang, dia masih menyebut satu nama - Rizqan. Namun sampai bila cinta sebelah pihak boleh bertahan?
Dendam Cinta [OG] by keisraaa_
keisraaa_
  • WpView
    Reads 7,565
  • WpVote
    Votes 318
  • WpPart
    Parts 9
Aariz Luqman × Hannah Qaisara "Aku rindukan Aariz Luqman yang dulu.."
HIS GIRL | C by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 544,041
  • WpVote
    Votes 20,820
  • WpPart
    Parts 46
Karya pertama by syamimie⏳ Salam diberi sebagai pembuka bicara, Tanda hormat pada semua. Bertemu kita di karya pertama, Semoga kisah ini menyentuh jiwa. Pengenalan watak : Tengku Haiyan Mikael & Hawa Qaisara Affan Haqeem & Elvina Luffya Faiq Mukhriz & Ayuni Zahirah Tuan Maher Raees & Nurin Anita Tuan Maher Nadhir & Kasih Amylea story ni belum diubahsuai. not edited yet. so byk sgt kesalahan tatabahasa dan storyline pun byk kekurangan. dengan ikhlas hati, saya memohon maaf atas kekurangan saya. in sha Allah, kalau ada masa dan rajin, saya akan betulkan. start: 1/2024 end: 11/2025
Cinta Sampai Syurga [SLOW UPDATE] by Sanae_haruchiyo
Sanae_haruchiyo
  • WpView
    Reads 11,931
  • WpVote
    Votes 904
  • WpPart
    Parts 29
𝐍𝐀𝐒𝐇𝐀 𝐈𝐑𝐈𝐍𝐀, seorang gadis lemah lembut yang berasal dari keluarga sederhana. Dia memiliki kedai bunga, pemberian arwah kakaknya. Nasha seorang gadis yang ceria, dia lebih suka memendam dari meluahkan perasaannya. 𝐌𝐈𝐊𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒𝐘𝐀𝐇, seorang lelaki yang berasal dari keluarga yang berada. Dia terpaksa mengahwini tunang kembarnya Mikael Irshad, disebabkan ingin menjaga maruah keluarga. Dia juga bencikan Nasha dan menyalahkan Nasha atas kematian kembarnya. "Aku kahwin dengan kau sebab mummy je. Kau jangan pernah mimpi yang aku akan cintakan kau."-Mika Arasyah "Saya tak minta pun awak gantikan Mikael,"-Nasha Irina Bagaimana nasib Nasha Irina selepas bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bencikan dirinya? Start: 25/12/23 End: - Status: ongoing 𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍: 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐜𝐨𝐩𝐲 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐧𝐢, 100% 𝐦𝐲 𝐢𝐝𝐞𝐚. 💯my idea 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐰𝐚𝐭𝐚𝐤, 𝐬𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐚𝐟. 𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐚𝐭𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐫𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚 ❤
The Flowers You Never Loved | C by cocoanotes_
cocoanotes_
  • WpView
    Reads 114,486
  • WpVote
    Votes 3,304
  • WpPart
    Parts 64
Mereka bermula sebagai musuh di sekolah, sebelum perasaan itu berubah menjadi sesuatu yang tidak pernah dinamakan. Namun jarak memisahkan, dan dia menghilang tanpa khabar. Apabila takdir mempertemukan mereka semula, cinta terasa asing-dan ada sesuatu yang perlahan-lahan memusnahkan hati.
BAHAGIA BUKAN SEKETIKA (COMPLETE)  by mellowcrunch_
mellowcrunch_
  • WpView
    Reads 95,959
  • WpVote
    Votes 2,940
  • WpPart
    Parts 51
NAURA AYREEN Namanya tidak seindah hidupnya. Sejak kecil dia dibesarkan oleh ibunya tanpa ayah disisi. Dialah ibu, dialah ayah. Dia dipinang oleh seorang wanita berada aka kawan rapat ibu untuk berkahwin dengan anak terunanya bagi menggantikan tempat pengantin perempuan yang melarikan diri. "Kenapa saya?" - Naura "Aunty yakin yang kamu boleh mengubah anak lelaki aunty" - Puan Marlia ARIQ NUQMAN Playboy. Clubbing. Workaholic. Hidupnya berubah 100% sebaik sahaja sah bergelar suami kepada Naura Ayreen. "Kau yakin mampu jadi isteri aku?" - Ariq "I'll try to do my best. Kalau saya tak mampu, InsyaAllah saya akan undurkan diri saya." - Naura Perkahwinan bukan hanya untuk sehari dua. Berkahwin bukan untuk seketika. Cintailah untuk selama-lamanya. Perkahwinan bukan hanya seketika untuk dijaga. Tapi perlu kesabaran, menjaga amanah dan jaga hingga akhirat. Mahligai yang dibina sangat bahagia tanpa ada sebarang halangan. Namun apakah yang akan terjadi apabila Naura dituduh bermain kayu tiga? Cinta? Hanya wujud setelah semuanya sudah tidak dapat diputarkan balik. Kesalahannya terhadap isterinya tidak mampu mengubah segala-galanya. "Tolong kembali ke pangkuan abang..." "Jika jasad saya tidak dapat mengiringi perjalanan awak , percayalah hati dan doa sepertiga malam dari saya selalu mendampingi perjalanan awak." ---------- 100% idea author. Author tak nak ada yang ciplak idea author. Author sangat menghargai jasa kalian yang sudi membaca novel author.
He's My Fav Boy Ardiaz Dannika | COMPLETE  by lemonadefitt
lemonadefitt
  • WpView
    Reads 115,337
  • WpVote
    Votes 3,430
  • WpPart
    Parts 53
he's my series 2 Ardiaz Dannika~Nayla Freya Nayla Freya seorang gadis berumur 25 tahun dan sudah bergelar tunang orang. Hidupnya baik-baik saja sehingga dia dipertemukan semula dengan bekas kekasihnya pabila dia bekerja sebagai personal asisstant jejaka itu. "Nice to meet you again babygirl"-Ardiaz Dannika Ardiaz Dannika jejaka berumur 27 tahun dan mempunyai wajah yang tampan dan tinggi yang melampai. Matanya yang sepet membuatkan ramai gadis tertarik dengannya. Perwatakannya yang dingin mampu menggerunkan seseorang yang bertatapan dengannya. "Who 's your babygirl?"-Nayla Freya Bayangkan bila bertemu semula dengan bekas kekasih, memang bergaduhlah jadinya. "Bercakap dengan awak ni, boleh buat saya daftar hospital sakit jiwa tahu tak. Asyik bergaduh je"-Nayla Freya "Sebab tu orang tua-tua cakap, jangan selalu bergaduh.Tahu-tahu nanti naik pelamin je kita ni"-Ardiaz Dannika "Saya ni tunang orang Encik Ar. Susah sangat ke Encik nak faham?"-Nayla Freya "So? Baru tunang. Selagi boleh rampas aku rampas"-Ardiaz Dannika Hidup si gadis mula kelam pabila tunang yang bakal menjadi imamnya pergi menghadap ilahi beberapa minggu sebelum akad dilafazkan. "Aku tahu setiap pertemuan ada perpisahan. Tapi kenapa kalini rasanya sakit sangat?"-Nayla Freya "Percaya pada qada dan qadar Allah. Yang berlaku ni mesti ada hikmaknya"-Intan Afifie Lagi berantakan hidupnya apabila si ayah mahu meneruskan juga majlis pernikahannya dengan menggantikan bekas kekasihnya sebagai pengantin lelaki. "Sejak kau hadir dalam hidup aku, semua jadi kucar kacir! Aku benci kau Ar! Benci!"-Nayla Freya Mampukah takdir menyatukan mereka kembali? start:22/01/2024 end:10/04/2025
Yang Tertulis Antara Kita ( H ) by kiraes
kiraes
  • WpView
    Reads 26,409
  • WpVote
    Votes 1,618
  • WpPart
    Parts 31
Azan Asar baru sahaja berkumandang. Hanya desiran angin menyelinap masuk ke ruang solat wanita, bersama bunyi serakan kain telekung yang tergesa-gesa dibetulkan. Aisyah Az-Zahra bergegas membetulkan lipatan telekung di bawah dagunya. Belum sempat dia berdiri tegak, suara imam mula kedengaran. Dalam diam, langkahnya terhenti. "Allahu Akbar..." Takbir itu... lembut, tetapi ada ketegasan yang menusuk jauh ke hatinya. Aisyah terpaku. Tangannya yang memegang sejadah sedikit terlepas. "Ya Allah, suara ni..." - Aisyah Az-Zahra Dia segera berdiri lalu beristighfar kecil dalam hati. "Astaghfirullahaldzim Aisyah, jangan fikir bukan-bukan..." - Aisyah Az-Zahra Namun, apabila imam mula membaca surah Al-Fatihah, dada Aisyah kembali bergetar. "Bismillahirrahmanirrahim..." Suara itu mengalun tenang, dengan nada yang sama seperti dahulu iaitu nada yang pernah menenangkan jiwanya, yang selalu membuatnya rasa selamat. Kelopak mata Aisyah mula membasah dan timbul satu soalan di dalam hatinya. "Abi...?" - Aisyah Az-Zahra Dia cuba menahan diri. Namun, setiap kali imam membaca ayat Al-Quran dan bacaan solat, fikirannya tidak tentu arah memikirkan suara itu lalu satu wajah terpampang dalam fikirannya. Akhirnya, air matanya kini jatuh di pipinya. Setiap huruf, setiap getaran suara itu seperti menyentuh hati yang telah lama kosong. Selepas salam terakhir, Aisyah masih duduk di atas sejadahnya. Hatinya berdegup laju, mata tak lepas dari tabir pemisah. Fikirannya masih berteka-teki dengan suara imam tersebut. Siapakah sebenarnya di sebalik suara itu, sehingga setiap alunan ayatnya mampu menggoncangkan ketenangan di hati Aisyah Az-Zahra?
Merindukan Kisah Kita (COMPLETE) by nurna366
nurna366
  • WpView
    Reads 46,171
  • WpVote
    Votes 1,355
  • WpPart
    Parts 86
LUCAS ADREAN | | HUSNA MAISARAH Kepercayaan sarah hilang apabila lelaki yang dia sayang tidak pernah percaya kan apa sahaja yang dia cakap serta selalu mengap pekara yang kecil saja. "Sarah saya tahu awak susah sangat nak maafkan saya, tapi saya betul betul sayangkan sweety .Saya tak paksa awak untuk terima saya,awak ambik lah berapa masa pun awak nak saya sanggup tunggu awak sampai bila bila." Kata-kata Adrean membuat Sarah berasa bersalah kerana Sarah menyalan Adrean dengan teruk .Dia sedar yang Adrean menebus kesalahannya yang dahulu Sarah dia buang oleh keluarga sendiri kerana tidak mengikuti kehendak mereka. "Salah adik jugak ke mak sebab Acik jadi macam ni" Keadaan menjadi tegang apa bila mereka saling bertikam lidah. "Ya!,salah kau.Semua berpunca daripada kau,kalau kau terima apa yang apa yang dorang nak. Aku rasa benda ni tak akan jadi." "Kau masih lagi pentingkan diri kan?.Kau nak tegok salah sorang daripada kami mati,baru kau nak terima ke!?" Puan Suraya yang tinggi kan suara. "Kalau kau tak tolong kami. Jangan harap mak anak aku lagi." aku terus memusing badan aku melihat muka mak kandung aku sendiri. "Sanggup mak nak buang anaksendiri.Sebab apa,sebab adik tak ikut cakap mak?."terkejut apa bila mendengar mak kandung sendiri cakap macam itu. "Terpulang kepada kau.Pilihan ada dekat tangan kau." Adakah sarah layak memiliki kebahagiaan dia sendiri atau bahagai bersama Adrean?. "Awak tak ada pun nak bagi tahu saya,rean. Bila saya jumpa apa yang awak sorok. Saya rasa saya dipergunakan oleh awak." kata aku.hancur rasa macam kasih sayang aku yang aku bagi pada dia seolah olah dibuang ke dalam tong sampah. "Dan rasa cukuplah. Cukuplah sampai sini" tidak mampu untuk meneruskan apa yang aku mahu katakan. START: 18/5/2025 END: 23/9/2025 Lagu: Untuk Cinta By Hafiz Suip & Adira IN ENDING