yienzm's Reading List
5 stories
LASYKAR ILMI 2: FIRAZ UTHMAN [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 6,337
  • WpVote
    Votes 758
  • WpPart
    Parts 61
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 6th BOOK 15 tahun telah berlalu. Perintah gencatan senjata juga sudah tamat. Ia menimbulkan keseronokan pada pemerintah Jentayu Emas, King Alex. Pembesar-pembesar Gapura Ilmi mula mengatur strategi bagi memastikan tentera Jentayu Emas tidak berani untuk membuat kerosakan di bumi kutub khanah dunia itu. Bermula pada hari pertama perintah gencatan senjata itu tamat, seluruh Gapura Ilmi dikawal ketat. Sempadan negara ditutup. Pasukan-pasukan tentera elit diarahkan berjaga di perairan dan sempadan sebagai persediaan untuk segala kemungkinan. Firaz juga tidak terkecuali. Namun, disebabkan dia seorang anggota komando, dia telah dipilih untuk mengetuai pasukan keselamatan di bahagian sempadan. Terpaksa meninggalkan keluarga. Duduk di kawasan berbahaya - bagai menunggu ajal menjemput pulang bertemu dengan-Nya. Lama-kelamaan, Jentayu Emas semakin bermaharajalela. Kemusnahan berlaku di merata tempat. Dentuman bom menghiasi ruang atmosfera negara itu. Butir-butir peluru menghujani udarakasa - mencari tubuh untuk meragut nyawa. Mayat-mayat insan tidak bersalah bergelimpangan. Ia membuatkan Firaz terus mengerah sisa tenaganya untuk membela agama dan negara tercinta. "Sekarang pilih, hidup atau mati?" "Biar sayap patah tak tumbuh, asal jiwa masih berdiri teguh." Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 2. - Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 23 JUN 2024 END: 25 JANUARI 2025
LASYKAR ILMI 1: FIRAZ UTHMAN [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 13,406
  • WpVote
    Votes 1,652
  • WpPart
    Parts 60
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benua Citra. Tempat terletaknya sebuah negara bernama, Gapura Ilmi, yang dahulunya merupakan sebuah negara aman dan harmoni. Negara penyimpan pelbagai buku-buku ilmiah dan skrol dari seluruh dunia itu akhirnya dijajah oleh kuasa asing, Jentayu Emas. FIRAZ UTHMAN, anak kepada panglima perang Gapura Ilmi, JENERAL FAKHRUL AZHAR, yang ditangkap oleh Jentayu Emas semasa berusia sepuluh tahun. Ketika itulah, ayahnya terbunuh akibat diseksa oleh pihak musuh. Ibunya pula dipaksa menjadi hamba seks kepada pegawai musuh, namun wanita itu menolak ia sekeras-kerasnya lalu diseksa hingga nyawanya dicabut Tuhan. Apabila umurnya mencapai 16 tahun dan waktu itu pihak Pertubuhan Keselamatan dan Ketenteraman Dunia mengenakan gencatan senjata ke atas musuh, dia telah dibebaskan. Mungkin dari segi luaran, dia telah bebas. Tetapi jiwa masih dikongkong rasa amarah yang memuncak ke atas Jentayu Emas kerana parut-parut yang ditinggalkan. Ia menimbulkan satu semangat untuknya hingga dia menyertai pasukan komando perang, Briged Jihad Gapura Ilmi. Tujuannya hanya satu - membebaskan tanah air daripada dipijak musuh. Cabaran dan halangan ditempuh oleh FIRAZ untuk mencari kebebasan itu. Bahkan setiap kali dia bangkit dari lena, bunyi dentuman bom menghiasi halwa telinga. Setiap kali sedang menunaikan solat, bunyi das-das tembakan bergema di ruang udara. Segala yang berlaku ke atasnya bagai kematian yang menghidupkan. "Cukuplah Allah sebagai pelindung dan sebaik-baik penolong." Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN. - Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 3 JULAI 2023 END: 22 JUN 2024
LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 5,368
  • WpVote
    Votes 521
  • WpPart
    Parts 64
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ - SYUHADAH 12th BOOK Enam tahun selepas peperangan yang menggugat kesejahteraan Gapura Ilmi, pasukan tentera mereka diminta untuk digerakkan ke negara Deir Ar-Rahmah yang pada ketika itu sedang bergolak dengan kehadiran negara Cempaka sebagai dalang bagi peperangan tersebut. "Tugas ini agak berisiko." Firaz, yang pada ketika itu baru sahaja pulang dari bumi Mekah seusai menunaikan ibadah umrah bersama isterinya langsung diarahkan untuk mengetuai misi di sana. "Abang tak mohon cuti rehat ke?" "Tak perlulah. Ini kan amanah yang harus digalas untuk menyelamatkan umat." Terpaksa meninggalkan keempat insan tercinta dalam tempoh berbulan-bulan lamanya. Dan dia pulang membawa haruman yang membanggakan seluruh negara. "Ayah... jomlah main sama-sama dengan Faeeq." Anak bongsu daripada tiga beradik itu terdedah dengan kesepian sejak usianya empat tahun. Segala-galanya berubah sekelip mata. "Tolong jangan beritahu Abang Farhan." Kehilangan demi kehilangan yang menyesak jiwa terus membuatkan diri mereka jatuh. Namun, perjuangan harus diteruskan. Setiap nyawa yang hilang mesti digantikan. "Ayah sayang anak-anak ayah ini. Janganlah sedih." Setiap darah yang tumpah harus dituntut. "Bukan mudah untuk ubati rindu, Faeeq." Dia pikul tanggungjawab yang berat. Dan tanggungjawab itulah yang digantikan dengan kejayaan yang tidak disangka-sangka. "Yang hebat tak akan selamanya di atas dan musuh tak akan selamanya tangkas." Terimalah, LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI. Start: 2 APRIL 2025 End: 21 JUN 2025
SPIDER VOICE [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 642,237
  • WpVote
    Votes 36,660
  • WpPart
    Parts 62
[ BOOK 2 ] Sejak dalam kandungan mereka sudah berteman. Menurun dari legasi ibu bapa, ada darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh mereka. "Voice." Nama gedik Allamanda yang hanya boleh disebut Haider. Tapi bukan Allam. Itu nama pentasnya sebagai petinju nombor satu negara Emriyal. "Ya, Spider?" Spider, code name untuk jejaka handalan Emporces yang sebenarnya si bisu Haider. - "Der..jom nikah." "Itu ayat aku patutnya." "Sudi tak Der?" "Ya. Sudi. Jom kita kahwin," Bahagia Spider hanya bersama Voice. Dan bahagia mereka berdua sekadar sementara. "Spider kena pergi, Voice." Kerana jasad Haider bukan hanya milik Allamanda. Itu hakikat yang memeritkan. "Tolong balik Spider...tolong bawa suami aku balik." Perit. Roh Allam hilang ditelan Allamanda. Sosok tegapnya jadi lemah. Dia jadi perempuan lembik. "Dengan izin Allah..abang akan balik. Tunggu abang balik, Voice. Tunggu abang." Dan itu kali terakhir Allamanda mendengar suara Spider kesayangannya. Suara emas Haider. Kerana negara yang mahu merdeka, mereka terpaksa berpisah. Demi tanggungjawab seorang perwira, isterinya merana. Hanya kerana Mahalaga yang mahu menakluk Emriyal, banyak cinta yang terpaksa dikorban. "Kita dah berkorban, diorang pun dah terkorban. Aku harap aku boleh kuat untuk reda." -QURRATUL QISSTINA "Tiga belas tahun aku dah tunggu Haider,kalau tak cukup..sampai mati pun aku boleh tunggu dia, Qiss." -ALLAMANDA, his Voice - Ini kisah Haider dan Allamanda. Cerita mereka yang tersakiti sebagai Spider Voice. Bersama Qissai, second lead couples yang saling mencintai namun tidak punya waktu halal bersama. "Agaknya, kita sayang sangat pada dunia, Der. Kita sayang sangat dekat hambaNya sampai Dia hadiahkan ujian besar ini pada kita." -HANS AIMAN "Ya Man. Ujian aku, aku hilang suara aku lagi." -HAIDER KAUSAR, her Spider.
ATMA AKASA [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 752,934
  • WpVote
    Votes 41,539
  • WpPart
    Parts 38
[ BOOK 1 ] Kala langit dan laut terjatuh cinta, Muaz menjadi korban takdir. Sepasang sayapnya patah. Dia tak bisa lagi untuk terbang tinggi. "Cuba senyum sikit Encik Muaz , mana tahu air laut yang masin ni jadi manis" - ATMA MALAIKA "Cuba belajar berenang dulu. Biar tak lemas dan tak menyusahkan orang yang cari ikan. Dasar scammer ikan" - MUAZ AKASA Dari kerja di langit, darat dan laut. Muaz tak pernah ketemu gadis aneh seperti Atma Malaika. Sangat tiba- tiba dan random. Sangat bertentangan dengan Mika, Kimi dan Haji Samir. "Perempuan bodoh! Sekali bodoh, selamanya lah kau bodoh!" Oh? Ada sesuatu yang perit kembali mencengkam dada Muaz. Melihat mata Malaika yang jernih itu berkaca. Buatkan jiwa Muaz yang dah lama mati tiada rasa ini, seakan hidup kembali. Rasa sakit. Dah lama aku tak rasa sakit begini.. - Ini kisah Muaz Akasa, penghuni bumi yang pernah menumpang di langit. Menyewa di darat, sekarang menetap di lautan. Sepasang sayapnya yang patah seakan tumbuh kembali kena hadirnya dia. Dia 'jiwa' yang baru. Jiwa Muaz Akasa, Atma Malaika.