Reading List
32 stories
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 13,217
  • WpVote
    Votes 290
  • WpPart
    Parts 7
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru - Novel ini kisah seorang pemuda bernama Ariki. Dia ini anak angkat kepada Maharaja Lutello, yang sedang menguasai hampir 2/3 dunia. Satu hari, sebab nak cuba bantu orang yang dizalimi, Ariki sudah terbunuh Wirawan ayahandanya. Takut kena hukum, sebab ayahanda dia memang zalim gila, Ariki lari. Di tengah pelarian, dia ditakdirkan bertemu seorang srikandi bernama Aifer, yang kemudian memperkenalkan Ariki kepada bapanya yang bernama Kabeer. Kabeer arahkan Ariki bekerja dan buat beberapa rutin aneh, tetapi rupa-rupanya Kabeer telah melatih Ariki menjadi seorang satria. Ketika itulah baru Ariki tahu, Kabeer ialah salah seorang dari kumpulan Satria-Satria Sejati yang pernah menentang ayahandanya satu masa dahulu. Bermulalah perjalanan Ariki yang penuh mehnah dan tribulasi, menggalas tanggungjawab untuk menumbangkan kerajaan ayahandanya sendiri.
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 41,370
  • WpVote
    Votes 797
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
Tale Of Young Prince (Chronicles Kaiser Trilogy)>>[ completel ] by LuqmanReezal
LuqmanReezal
  • WpView
    Reads 85,839
  • WpVote
    Votes 5,644
  • WpPart
    Parts 40
Dua tahun selepas berlaku peperangan dunia antara negara-negara dan Black Cobra,dunia menjadi normal seperti biasa dan Reezal ditabalkan menjadi raja generasi keenam. Ikhwan pada asalnya calon paling layak,namun dia menolak cara lembut. Ikhwan pula mempunyai misi lain,iaitu mencari dan menyelamatkan cpu-biology yang melarikan diri dari sisa Black Cobra yang berada di serata dunia. Jadi Luqman mengambil role dalam Tale Of Young Prince,dia memasuki Iron Fist Academy Mentari atas arahan Ikhwan dan bertemu cpu-biology Aila Darweez. Masih ada lagi sisa Black Cobra yang inginkan kuasa seperti Aila,dan menjadi tugas Luqman menghalangnya. Aminudden pula mengikut Ikhwan dan Alisa merantau seluruh negara untuk misi mencari dan menyelamat sehingga mereka bertemu Alia Darweez. Luqman Reezal :putera sulung dan anak kepada Reezal Solleh,bersikap bersahaja dan memiliki kepintaran dalam strategi. Aila Darweez :cpu-biology yang melarikan dari Black Cobra,dan bersembunyi di Iron Fist Academy Mentari. Mampukah Luqman menghadapi ancaman daripada Black Cobra sekali lagi? Semua terjawab dalam Tale Of Young Prince.
Hikayat Insan Nayanika by dinasayfu
dinasayfu
  • WpView
    Reads 6,371
  • WpVote
    Votes 714
  • WpPart
    Parts 31
Sungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supaya dapat merahsiakan dirinya yang sebenar tanpa terbongkar atau dibongkari? Seroja yakin bahawa amat sukar bagi dirinya untuk orang ramai tidak tertarik akan dirinya. Kerana matanya yang lain daripada yang lain, maka dia yakin ramai orang akan tertarik pada dirinya. Nayanika. Ya, Puteri Syarifah Seroja memiliki mata yang indah dan memancarkan daya tarikan tersendiri yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ini semua kerana mata kanannya yang berwarna biru itu pasti menjadi tumpuan ramai. Selepas beberapa hari terperangkap di kerajaan musuh. Hari demi hari dia merasa masa berjalan sangatlah perlahan. Lukanya pula ambil masa agak lama untuk sembuh jika dibandingkan dengan dirawati oleh tabib istana. Hatinya gusar. Dia tidak boleh buat sesuatu tindakan sesuka hati. Pertemuan Puteri Syarifah Seroja dengan dia membuatkan sang puteri gusar. Gusar akan keselamatannya dan orang sekelilingnya. Adakah rahsianya akan terbongkar? Adakah rohnya masih kekal dalam jasadnya setelah terperangkap di kerajaan musuh? Atau sebaliknya? status: slow update
Sumpahan Legenda by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 3,065
  • WpVote
    Votes 80
  • WpPart
    Parts 5
Novel Sumpahan Legenda mengisahkan pengembaraan Rusyd, pemuda yang mahu menuntut bela kematian ibu bapanya yang telah dibunuh sedekad yang lepas. Namun di tengah perjalanan, dia mula mengetahui akan kewujudan 'Legenda', satu gelaran yang dinobatkan kepada pendekar terhebat di atas muka bumi ini. Tanpa disangka-sangka, dendam kesumat yang mahu dilunaskan, dan gelaran ulung itu, punya kaitan yang tersangat rapat!
Ejen Ali - Misi: Time-Lepse by Fares0293
Fares0293
  • WpView
    Reads 7,011
  • WpVote
    Votes 493
  • WpPart
    Parts 43
Ali diberi peluang kedua. Selepas kegagalan menyelamatkan dunia di masa depan, dia kembali ke zaman sekolah - membawa segala ingatan dan pengetahuan bersamanya. Kali ini, dia tekad nak ubah segalanya... termasuk hubungan dengan Alicia, gadis yang tak lagi kenal siapa dia. Antara latihan ejen, misi sulit dan detik lucu di sekolah, mampukah Ali lindungi masa depan tanpa dedahkan rahsianya sebagai time-leaper? Sebuah kisah aksi, misteri, dan percikan romantik ringan - diinspirasikan daripada dunia Ejen Ali oleh WAU Animation.
JIRAN by sitiamirahafiqah
sitiamirahafiqah
  • WpView
    Reads 85,540
  • WpVote
    Votes 871
  • WpPart
    Parts 11
Amin sudah lama menetap di bandar. Hidup di bandar tak seperti di kampung. Jiran sebelah yang pintunya berjarak setapak kaki pun belum tentu kenal apa namanya. Rupanya pun ingat ingat lupa. Ekonomi kian meruncing memaksa Amin mencari teman serumah untuk bersama menampung sewa. Tetapi yang datang adalah jiran yang tak diundang. *** ✔️ Highest rank achieve #38 ✔️ Highest rank in Puaka #4 ✔️ Pengkarya Kreatif Wattys 2017 Hak cipta terpelihara. Sebarang penghasilan semula, edaran, cetakan atau penyiaran dari hasil penulisan ini adalah dilarang sama sekali tanpa kebenaran penulis. Namun beberapa situasi seram diambil dari penceritaan pengalaman sebenar, digabungkan dan diubahsuai mengikut kesesuaian. Sebarang persamaan nama, tempat, aktiviti dan jalan cerita adalah kebetulan semata-mata. Gambar, GIF, audio dan video yang disertakan adalah ilustrasi untuk jalan cerita dan bukan hakmilik penulis. *** Eh, takkan baca je? bagi bintang sikit eh? Baru la semangat nak menulis lagi. hehe. Thank you.
MELAKA 1498 by RizalJaapar
RizalJaapar
  • WpView
    Reads 4,935
  • WpVote
    Votes 241
  • WpPart
    Parts 8
Kekayaan dan kegemilangan Melaka sebagai kuasa nusantara mulai dicemburui ramai. Kekayaan yang melimpah-ruah itu juga mulai merosakkan kerajaan apabila fitnah, caras-mencaras, rasuah, dan amalan kufur terus bermaharajalela. Hang Tuah yang kehilangan sahabatnya Jebat bertindak memencil diri, namun kini mungkin terpaksa berkhidmat semula kerana ancaman yang lebih besar sedang menunggu. Melaka sudah di ambang neraka....
Aliz by alamdibaliksana
alamdibaliksana
  • WpView
    Reads 513
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 21
Aku simpan rahsia ini... Dunia yang berlapis-lapis antara pelbagai dimensi antara zahir dan hijab, hanya yang terpilih mampu menyingkap tabir, meneroka alam di balik sana. Keistimewaan Aliz yang mempunyai deria ke enam telah membuka rahsia keluarganya yang mempunyai penjaga dari alam sebelah sana. Ianya bermula secara tidak sengaja oleh Tok Moyang yang berbudi menyelamatkan Keluarga Abdul Aali dari terus di puja manusia. Aliz, pewaris tunggal legasi Tok Moyang dari generasi kelima menerima takdirnya dengan rela menjalin hubungan akrab dengan alam di balik sana. Abdul Aali, pendamping setia yang hilang ditawan dunia langit, menghilang tanpa berita. Kaum bersayap yang menyembah Tuhan Yang Satu muncul membawa harapan, namun Aliz terabai dalam jagaan Siti Ameena, tenggelam di Kerajaan Samudera. Apakah ada manusia berinsang ? Ubai, lagenda satria yang bertaring, penjaga setia yang hanya dapat dilihat oleh darah terpilih, menjadi pelindung dan lambang kekuatan batin. Di dunia nyata, Zaquan, lelaki yang menyimpan cinta dalam diam bergelut dengan takdir yang tidak berpihak padanya, tanpa sedar dia diperhatikan oleh Siti Ameena dari sebalik hijab. Kisah mereka baru sahaja bermula. Siksa raga dari terkasih Tumbuh rasa pada yang salah Meruntun jiwa rasa di sisih Jiwa sengsara menanggung resah
KHALIFAH by Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Reads 1,268
  • WpVote
    Votes 126
  • WpPart
    Parts 18
Di pejabat mentornya yang baru meninggal dunia, Zahra' menemukan satu manuskrip lama berserta dengan lakaran peta sebuah benua yang tidak wujud dalam peta dunia... Manuskrip tersebut menyebutkan tentang salah satu daripada dua kerajaan besar di benua itu yang sedang tertegak gah di zaman keemasannya. Tapi Zahra' langsung tak sangka apabila dia membuka matanya semula, dia sudah berpindah alam, berada dalam kerajaan itu sendiri! Dan kerajaan agung itu sedang di ambang kehancuran, jatuh dari puncak kegemilangannya! Takdir mempertemukannya dengan satu kumpulan yang sedang berusaha untuk menyelamatkan kerajaan tersebut. Bersama-sama dengan mereka, gadis ini memulakan pengembaraannya, Pengembaraan ke arah kebangkitan semula singa yang rebah!