flwrss_axnl's Reading List
188 stories
Tuan Chaisai Imran (SU) by flwershaee
flwershaee
  • WpView
    Reads 1,460
  • WpVote
    Votes 139
  • WpPart
    Parts 11
Siapa sangka, di sebalik senyum ceria Isyani, tersembunyi luka yang membunuhnya perlahan-lahan. Dia menghidap penyakit Bulimia Nervosa. Gangguan pemakanan yang memerangkapnya dalam kitaran makan berlebihan, kemudian memaksa dirinya memuntahkan segalanya kembali. Sejak mengenali Tuan Chaisai, hidup Isyani mula berubah. Pertemuannya dengan Tuan Chaisai Imran berjaya menembusi topeng cerianya menjadi titik mula kisah yang dia dambakan sebelum ini. "Saya tengok awak ni tak gemuk pun. Langsing aje. Kenapa kena muntahkan balik makanan?" - TUAN CHAISAI IMRAN "Dulu... saya tak selangsing ini. Saya dihina. Dibuli. Dipermalukan. Doktor takkan faham apa yang saya lalui." - ISYANI INAYA Isyani cuma perlukan seseorang yang boleh memeluk hatinya yang retak, seseorang yang mampu menghilangkan satu persatu rasa tidak yakin yang menghantuinya. Namun tunangnya, Rafiq, sama sekali tidak pernah meyakinkan dia. "Tolonglah jaga pemakanan kau tu. Aku tak nak orang lain ejek aku ada tunang gemuk. Kau sengaja bagi aku malu, kan?!" - RAFIQ Dan ketika dunia semakin menekan dada Isyani, Tuhan menghadirkan Tuan Chaisai. Lelaki yang mampu meredakan gelora dalam diri gadis itu hanya dengan satu renungan. Lelaki yang tahu persis cara memujuk hati Isyani yang sentiasa merasa dirinya tidak cukup. "Instead of wishing you were someone else, be proud of who you are. You never know who was looking at you wishing they were you." - TUAN CHAISAI IMRAN "Awak ni sweet talker, kan? Bukan dengan saya saja awak guna ayat macam ni. Dengan perempuan lain pun sama, kan?" - ISYANI INAYA Tanpa disedari, kehadiran Isyani menjadi cahaya yang membuka pintu hati Tuan Chaisai yang selama ini terkunci rapat. Dan lelaki itu... menjadi pelindung yang Isyani tak pernah tahu dia perlukan. Namun mampukah dua jiwa yang pernah terluka menemukan bahagia bersama? Atau takdir sedang menanti untuk menguji mereka sekali lagi? * no plagiat allowed!
Short story by Mrs_Qib
Mrs_Qib
  • WpView
    Reads 3,593
  • WpVote
    Votes 102
  • WpPart
    Parts 4
Masuk dan pilih tajuk ya, komen and vote banyak" ya gess
Emerald Of My Ruin  by aqishifah
aqishifah
  • WpView
    Reads 53
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 11
Sejak kecil, Dahlia hidup dengan satu kenangan yang tidak pernah mampu dia padam - kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya. Peristiwa itu meninggalkan luka yang senyap, terkubur jauh di dalam dirinya. Tahun berlalu. Dahlia membesar menjadi seorang wanita yang tenang, lembut dan bijak. Setelah menamatkan pengajiannya di Australia, dia pulang ke Malaysia dengan harapan untuk memulakan kehidupan baru. Namun hidupnya mula berubah apabila satu kejadian yang tidak dijangka mempertemukannya dengan Harraz Rafael - seorang lelaki dingin bermata zamrud yang berpengaruh dan ditakuti ramai. Bagi Harraz, Dahlia hanyalah masalah yang tidak sepatutnya wujud dalam hidupnya. Namun semakin dia cuba menjauhkan diri, semakin Dahlia terperangkap dalam dunia lelaki itu. Sehingga suatu hari, satu kemalangan berlaku. Dan apabila Dahlia membuka mata... dia tidak lagi mengingati apa-apa. Bukan tentang masa lalunya. Bukan tentang lelaki yang membencinya. Bukan juga tentang rahsia yang mungkin lebih berbahaya daripada yang dia sangka. Tetapi satu perkara tetap tidak berubah. Tatapan mata zamrud itu masih terasa terlalu dekat. Seolah-olah takdir mereka sudah lama tertulis... jauh sebelum Dahlia menyedarinya.
Hari ini, Esok dan Selamanya [COMPLETE] by NourZefe
NourZefe
  • WpView
    Reads 33,798
  • WpVote
    Votes 2,100
  • WpPart
    Parts 50
Aira Akasyah jalani hidup yang cukup bahagia. Namun semuanya berubah selepas dia disahkan kanser. Tiada banyak masa lagi untuknya. Dengan itu, dia ambil keputusan untuk penuhi impiannya dengan membeli sebuah apartment yang terletak di sebalik gunung. Aira sangka dia boleh menghabiskan sisa hidupnya di situ dengan tenang. Malangnya tidak bila jiran di hadapan rumahnya tiba-tiba mengetuk pintu dan menghalaunya keluar. Lelaki itu sangat biadap membuatkan Aira sangat membencinya. Rizq Akasyah jalani hidup yang sangat sunyi dan damai sehinggalah muncul jiran baru tinggal di hadapan rumahnya. Di mana itu sangat mengganggu ketenteraman. Kerana Rizq bencikan bunyi. Dia dikurniakan deria pendengaran yang teramat kuat. Rizq mampu mendengar apa-apa sahaja. Itu adalah kuasa bagi orang lain, tapi tidak bagi Rizq, itu adalah sumpahan. Suara orang bercakap pun boleh buatkan gegendang telinganya mahu pecah. Oleh itu dia selalu memakai headphone di telinganya. Berjumpa dengan Aira buatkan dia alami sesuatu yang tak pernah dijangka. Dia tak dapat dengar suara Aira melainkan dia buka headphone itu. Hanya suara dia sahaja yang kedengaran normal. Buat pertama kali dia boleh berhadapan dengan seseorang tanpa menyakitkan telinganya. Dan itu meninggalkan sesuatu dalam hati Rizq.
Qaid Alana by fairyfynn_
fairyfynn_
  • WpView
    Reads 448,314
  • WpVote
    Votes 23,263
  • WpPart
    Parts 25
1ST ROMANCE TENGKU QAID HADYAN & ALANA AISYA | Grumpy x Sunshine | Setia - Elizabeth Tan. Peringatan : Kisah yang tiada manfaat. Sekadar suka-suka. Cringe area!
𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 by schaazz
schaazz
  • WpView
    Reads 7,171
  • WpVote
    Votes 493
  • WpPart
    Parts 6
‎"Saman?" ‎ ‎KASYAF AL-TABRANI | berumur 28 tahun, santai orangnya dan lebih gemar meluangkan masa bersama orang tersayang. Inspektor polis, itulah peranan yang dijuluki dalam jabatan yang ditugaskannya. ‎ ‎BUNGA LAURA | berumur 22 tahun, sikapnya semanis namanya namun kebaikan yang dilakukan sering disalah guna oleh orang di sekelilingnya. Dia satu-satunya pelumba MotorPrix yang berjantina perempuan. ‎ ‎Bahu jalan merupakan tempat pertemuan pertama mereka. Tidak begitu indah bukan? Namun untuk Laura, dia rasa pertemuan itu indah dan mencipta satu perasaan dalam pelosok hatinya. Takdir terindah dalam hidupnya. ‎ ‎"Tuan... Terima kasih sebab saman saya." -Laura ‎ ‎"Kau pasti tak ada kad lain selain ic?" -Inspektor Kasyaf ‎ ‎Bagi Laura, Kasyaf umpama cahaya yang menerangi gelap hidupnya. Pertemuan yang dijangka cuma berlaku sekali, nyatanya berkali-kali apabila hidupnya kerap ditimpa kemalangan dan Kasyaf sentiasa ada. Hakikat sebenarnya, Kasyaf yang lebih lama memendam perasaan terhadap gadis itu tanpa disedari. ‎ ‎"Kahwin dengan aku, Bunga. Aku jaga kau." -Inspektor Kasyaf ‎ ‎"Bak kata orang tua, rezeki jangan ditolak. Jom kahwin!" -Laura ‎ ‎Terluhur akad dari bibir Kasyaf, maka terjalin sebuah ikatan. Yang lebih banyak pahit dari manis. Saban hari, Laura diancam dengan maut oleh seseorang yang tidak dia kenali. Namun begitu... ‎ ‎Mampukah dia tempuhi ujian itu? Siapa dalang di sebalik ancaman itu dan mengapa perlu mengaitkannya dengan suaminya, Kasyaf? ‎ ‎[ON HOLD] [NEW VERSION]
Stalker ✔ by Aini_sehun
Aini_sehun
  • WpView
    Reads 109,971
  • WpVote
    Votes 3,535
  • WpPart
    Parts 18
aku akan bunuh sesiapa yg berani kacau kau ~ Ha kalau nk tahu selanjutnya baca lah ye sebab author nk rahsia kan jalan cite
KESAYANGAN TUN by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 131,473
  • WpVote
    Votes 6,802
  • WpPart
    Parts 32
Unedited version! (may contain typos, repetition, and messy structure). 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐚𝐚𝐢𝐥 𝐊𝐚𝐬𝐡𝐚𝐡 [Drama + Romance] [Spin-off Manuskrip] "Kalau aku kahwin sekali pun hangpa masih orang penting dalam hidup aku. Aku tak akan buang hangpa dua. Hang, adik, Syarifah ... hangpa tiga kesayangan aku."" Mula: 1/1/2025
THE STALKER: MAFIA'S OBSESSION [OG] by glxlukz
glxlukz
  • WpView
    Reads 13,262
  • WpVote
    Votes 373
  • WpPart
    Parts 41
Warning!⚠️ Ade perkataan mencarut,memaki,dll Ada unsur kekerasan. Harap memberi kerja sama Jika tidak selasa anda bole skip novel ini Saya tidak paksa untuk membaca novel saya dan saya masih pemula maaflah kalau ade salah ke tak paham ke saya cuba untuk memperbaiki tatabahasa mahu pun lain-lain terima kasih. Keluarga the black dragon adalah paling kuat di italian mahupun spanish harris adalah seorang abang daripada empat adik beradik dia yang sulung dan dingin tapi itu dulu selepas sahaja muncul si naura harris tak tentu arah tak waras dia terlalu obsessed hingga menyuruh anak buahnya mengekori naura sepanjang masa. Naura adalah gadis universiti yang baru sahaja menghabis semesternya dan kini dia ingin pulang ke malaysia tetapi apa yang dia tidak sangka adalah ayahnya menghalau keluar dan tidak mengangap anaknya sendiri selepas kejadian sadis membuat ayahnya membenci naura. "Aku masih tak paham apa dalam kepala otak kau tu bang" ujar rev dengan menyilang tangannya ke dada melihat abang dia tergila-gilakan perempuan yang dia ingin kan "aku perlukan dia aku taknak dia pergi dengan orang lain...atau aku bunuh je dia" kata harris membuat bryan dan aryan terkejut dengan kegilaan abang nya. "Kau bodoh ke bengap terima je lah perjodohan mami apa susah!!" Ujar bryan "Sayang ..please dengar penjelasan abang" harris menarik lengan sang isteri "apa lagi kau nak cakap ha?! Dah sah sah engkau dah ade isteri tapi masih menggatal!" Naura dengan sengaja meninggikan suara nya biar mereka tau yang harris sudah mempunyai isteri lalu naura meninggal harris sendirian. "Korang ni bodoh ke?! pergi tinggalkan isteri aku sorang-sorang buat apa!? Bende simple macam ni pun kau takleh buat ke?!" Bentak harris tangannya memukul meja untuk menahan amarah dan membuat anak buahnya takutan dengan kemarahan harris disebabkan mereka tidak dapat jaga naura dengan baik. "You'll never be done with me" Adakah naura dan harris akan kekal bersama dan hidup bahagia?? Start - 1/1/25 End-
Yang Tertulis Antara Kita ( H ) by kiraes
kiraes
  • WpView
    Reads 24,764
  • WpVote
    Votes 1,534
  • WpPart
    Parts 30
Azan Asar baru sahaja berkumandang. Hanya desiran angin menyelinap masuk ke ruang solat wanita, bersama bunyi serakan kain telekung yang tergesa-gesa dibetulkan. Aisyah Az-Zahra bergegas membetulkan lipatan telekung di bawah dagunya. Belum sempat dia berdiri tegak, suara imam mula kedengaran. Dalam diam, langkahnya terhenti. "Allahu Akbar..." Takbir itu... lembut, tetapi ada ketegasan yang menusuk jauh ke hatinya. Aisyah terpaku. Tangannya yang memegang sejadah sedikit terlepas. "Ya Allah, suara ni..." - Aisyah Az-Zahra Dia segera berdiri lalu beristighfar kecil dalam hati. "Astaghfirullahaldzim Aisyah, jangan fikir bukan-bukan..." - Aisyah Az-Zahra Namun, apabila imam mula membaca surah Al-Fatihah, dada Aisyah kembali bergetar. "Bismillahirrahmanirrahim..." Suara itu mengalun tenang, dengan nada yang sama seperti dahulu iaitu nada yang pernah menenangkan jiwanya, yang selalu membuatnya rasa selamat. Kelopak mata Aisyah mula membasah dan timbul satu soalan di dalam hatinya. "Abi...?" - Aisyah Az-Zahra Dia cuba menahan diri. Namun, setiap kali imam membaca ayat Al-Quran dan bacaan solat, fikirannya tidak tentu arah memikirkan suara itu lalu satu wajah terpampang dalam fikirannya. Akhirnya, air matanya kini jatuh di pipinya. Setiap huruf, setiap getaran suara itu seperti menyentuh hati yang telah lama kosong. Selepas salam terakhir, Aisyah masih duduk di atas sejadahnya. Hatinya berdegup laju, mata tak lepas dari tabir pemisah. Fikirannya masih berteka-teki dengan suara imam tersebut. Siapakah sebenarnya di sebalik suara itu, sehingga setiap alunan ayatnya mampu menggoncangkan ketenangan di hati Aisyah Az-Zahra?