RynnArynnn's Reading List
6 stories
Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT)  by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 3,606,461
  • WpVote
    Votes 47,002
  • WpPart
    Parts 27
Ranking number one in romance! ⭐️[Pemenang tempat ketiga The King Of Romance 2019] SUDAH TERBIT MENJADI BUKU ✔️ AISYA MAISARA. Perwatakan diva langsung tidak boleh dipisahkan dengan diri asalnya. Bagi Aisya, menjadi seorang yang berlagak sombong adalah terbaik bagi setiap wanita. Kisah pahit yang pernah menjadi mimpi ngerinya suatu ketika dahulu telah mengubah sisi wanita itu kepada 360 darjah. Hadirnya DANI ISKANDAR, si nakal yang ditugaskan untuk menjaga satu-satunya anak perempuan Dato' Shah. Dia licik dan mahir dalam segala benda namun sedikit pun tidak menarik minat si gadis diva Cik Aisya. Hello? Bukan senang nak pikat perempuan 'perasan' cantik itu, tapi dia pasti kenakalannya yang suka mengusik Aisya mempu membuatkan gadis itu terpikat tanpa disedari. Kenapa? Tak percaya? "Pernah ke saya sentuh Cik Aisya sebelum ni? Tidakkan?" "Siapa kata? You pernah sentuh I masa dekat depan syarikat tu apa dia? Siap peluk bahu I lagi. Itu bukan dinamakan ambil kesempatan ke huh?" "Hei, itu bukan ambil kesempatan okay?" "Then? Apa dia?" "Rezeki saya." Bertikam lidah. Memang itu yang akan jadi setiap kali mereka bertemu. Dalam diam, perasaan cinta mula mengetuk pintu hati mereka berdua. Namun, disaat hati mereka dilanda kebahagian datang pula masalah yang menyusul secara tiba-tiba. Rahsia yang digenggam erat daripada terlepas ke mulut jahat akhirnya terbongkar. Hancur retak seribu hati Aisya mengetahui identiti di sebalik bodyguard yang menjaganya setiap hari. "Aku takkan lepaskan kau, Aisya. Takkan sebab benda ni kau nak jauhkan diri daripada aku?"- DANI "Memang! I tak nak dekat dengan orang yang pernah rosakkan hidup keluarga I! lepaslah!"- AISYA Siapakah DANI ISKANDAR yang sebenarnya? Adakah dia yang berada dalam mimpi ngeri gadis itu suatu ketika dahulu? Benarkah dia seorang pengawal biasa dan bagaimana pula dengan hati Aisya yang telah dikunci oleh perasaan cinta dan sayang? Dilupakan atau diteruskan?
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,299,539
  • WpVote
    Votes 98,321
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
[HIATUS] RAYYAN MIKHAEL : HIS LITTLE MAID  by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 424,824
  • WpVote
    Votes 2,818
  • WpPart
    Parts 6
Dia pembantu rumah. Dia anak majikan. Dan perasaan itu... tak sepatutnya wujud. Mya Elmira hanya mahu menjalani hidup dengan aman. Patuh, diam, dan tidak menimbulkan masalah. Itu prinsipnya sejak bekerja di rumah keluarga Rayyan Mikhael. Namun segalanya berubah apabila Rayyan Mikhael pulang. Dingin, baran dan penuh ego, Rayyan tidak pernah memandang Mya sebagai sesiapa yang penting. Tetapi semakin dia cuba menjarakkan diri, semakin kuat Mya hadir dalam hidupnya. Di antara jeritan, salah faham dan jurang status, lahir satu perasaan yang tidak pernah dirancang. Apabila cinta mula menuntut keberanian, adakah Rayyan sanggup melawan dunia demi gadis yang dipanggil his little maid? _______________________________________ ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. ⚠️PERGI JAUH LA ASYIK NAK SERIUS JE. ⚠️MAAF KESALAHAN TYPO DAN TATABAHASA. ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE KALAU TAK SUKA BOLEH STOP BACA.
ROS MR MAFIA by eykayan
eykayan
  • WpView
    Reads 1,011,683
  • WpVote
    Votes 28,626
  • WpPart
    Parts 39
Seorang gadis yang telah dijual oleh pakciknya disebabkan tidak dapat melangsaikan hutangnya. Gadis yang lemah akhirnya dijual pada manusia yang kejam atau gelaran mereka mafia. " Tolong pakcik, Ros merayu jangan jual Ros. Apa salah Ros pakcik" Rose Erika "Ahh! peduli apa aku. Kau menyusahkan aku. Lebih baik aku jualkan kau untuk langsaikan hutang aku. " Pak samad Dari jauh lelaki yang membelinya hanya mampu senyum sinis. 'Bodoh orang tua, pinjam reti byar tak reti.'"Esok kita amik pompuan tu." orang suruhannya hanya mampu mengiyakan kata majikannya sahaja. Ini hanya rekaan semata-mata. Harap semua enjoy. Smile .... Plus ini buku first time aku buat. Opss.. takpe kan Author guna perkataan aku.. Nak tahu kesudahan gadis yang bernama Ros. So baca lah.
Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [TERBIT] by Estellesses
Estellesses
  • WpView
    Reads 495,636
  • WpVote
    Votes 3,688
  • WpPart
    Parts 7
Fayyadh Al-Hakim Amilya Cassandra Will they fall in love? Mampukah Fayyadh menjaga perempuan yang beku seperti Amilya? Bolehkah abangnya, Adryyan Cassondra menyorokkan kerja sebenar mereka berlima? Atau semua ini akan berakhir dengan pengetahun Amilya?
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 10,766,478
  • WpVote
    Votes 632,005
  • WpPart
    Parts 73
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR. Sehingga, apa yang lelaki itu lakukan dia langsung tidak kesah. Asalkan dia bahagia. Hingga ke suatu tahap. Dia Ain Suraya dilafazkan cerai dengan talak TIGA. Dia ketakutan. Kegelisahan. Mana tidaknya jika dia mempunyai anuptaphobia? Penyakit yang akan berasa gelisah jika dia tidak bersama dengan seseorang. Dia perlukan peneman! Tetapi siapa? "hei, sekali lagi kau langkah setapak dekat dengan aku. Pistol ni meletop dekat kepala kau. kalau berani dekatlah! "-SHARK "Mereka buang saya, boleh tak saya nak awak sayang saya dengan seikhlas hati awak. Cukup untuk seketika pun saya terima dengan seadanya..."-AIN SURAYA terkelu lidah lelaki itu mendengar permintaan Ain Suraya secara tib a-tiba. Siapa gadis ini yang merayu menadah cinta daripadanya? "Mafia macam kau tak layak jadi suami. Kau lebih layak jadi cina buta buat aku! "-FAJAR "aku bukan cina butalah, bodoh!"- SHARK Siapakah yang bakal menjaga Ain Suraya? Bakal adakah cinta yang ikhlas buatnya kali ini? "Kalau mereka buang kau, biar aku yang kutip!"-SHARK ⚠️COMEDY ROMANCE⚠️ Jika anda seorang yang mahukan cerita serius, ini bukan pilihan terbaik.
+11 more