IqinKetot's Reading List
2 قصص
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG] بقلم FyDream
FyDream
  • WpView
    مقروء 88,004
  • WpVote
    صوت 3,776
  • WpPart
    فصول 58
Qaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saja. Lagi dia suka adalah! Hidup bebas tanpa terikat dengan apa-apa. Tetapi Puan Sofia berkeras. Perkahwinan itu perlu diteruskan. Ada nama dan maruah yang harus dijaga. Habis itu Qaf? Mejar Qaf Rayyan. "Perut tu dah berisi ke sampaikan tergedik-gedik sangat nak kahwin?" - Mak Nab "Orang mungkin akan lupa nama kau. Tapi, aku akan ingat hingga ke akhir nafas aku." - Qaf Rayyan Oja. Namanya pendek dan pelik. Dan, dalam banyak-banyak manusia. Qaf belum pernah menemukan manusia seaneh itu. Ada daya tarikan yang menarik Qaf untuk jadikan Oja sebagai pengganti pengantin yang sudah lari. Kehadiran Qaf umpama tangan yang datang menghulurkan bantuan. Oja sambut baik-baik. Tetapi Qaf, dalam hatinya ada satu nama yang belum terganti. Dia bimbang jika dibiarkan Oja yang jadi mangsa derita. "Kau sayangkan aku?" Oja "Pulangkan kembali apa yang kau dah rampas dari aku." Armel Aisyah. Menggalas tanggungjawab sebagai pelindung tanah air bukanlah mudah. Lebih mengejutkan bila dia dipilih untuk membantu Inspektor Luqman dalam misi penyamaran Scorpion ketika isteri sedang bertarung nyawa. "Janji dengan aku? Jangan bawa luka baru. Luka lama saja perlukan masa untuk sembuh." -Oja Memilih untuk memendamkan perasaan, kerana Luqman lebih pentingkan tali persahabatan antara dia dan Qaf. Dan Zafrul tahu apa Luqman cuba rahsiakan dari dia. "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." Jack Yao Bang! "Selamat tinggal, inspektor Luqman." Datuk Sufian Start : 15/02/2024 End : Beautiful cover by @Putra_Rize/PrinceRize
+12 أكثر
CALL SIGN : BLACK MAMBA بقلم Ieyqaroses
Ieyqaroses
  • WpView
    مقروء 13,367
  • WpVote
    صوت 698
  • WpPart
    فصول 52
[BOOK 3] Zavier Aydan, seorang perjaka tinggi lampai bermata hazel merupakan salah seorang ahli pasukan elit di bawah JKDM. Perjaka yang tenang dalam berkata-kata dan ceria ketika bersama orang tersayang. Alnaira Hilya, gadis yang tampak lemah lembut dari segi luaran. Ternyata merupakan seorang gadis yang kasar dalam percakapannya. Nadanya sinis dan dingin setiap kali bercakap dengan orang luar. Lebih tepat, kaum Adam. Orang kata lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan. Katanya lambat-laun mesti akan ada salah seorang yang terikat hatinya. Betullah tu. Dan Alnaira orang pertama yang sudah jatuh hati dengan sahabatnya, Zavier sejak dia diselamatkan oleh perjaka itu dari dibuli dulu. Namun rasa cinta itu hilang tatkala mereka terpaksa berpisah dek ingin mengecapi impian masing-masing. Sepanjang mereka terputus hubungan, pelbagai perkara yang terjadi dalam hidup Alnaira membuatkan gadis itu sudah tawar hati terhadap lelaki. "Setiap yang ada di depan mata takkan mampu menandingi si dia yang sudah ada di dalam hati." - Zavier Aydan. "Kau mampu mencintai aku sedalamnya. Tak mustahil kau boleh tinggalkan aku sejauhnya." - Alnaira Hilya. Hidupnya berubah serta-merta apabila perjaka bermata hazel itu tiba-tiba muncul di depannya. Dan yang lagi dahsyat ialah lelaki itu mahu menikahinya! Gila! "Yasin ayat 40. Jangan pernah bermimpi yang kita akan bersama." - Alnaira Hilya. "Mencintai orang sebaikmu ialah pilihanku. Sedih, sakit dan kecewa itu risikoku kerana aku yang memilihmu. Menyesal? Tidak. Selagi mana aku mencintaimu." - Zavier Aydan. Alnaira yang Zavier kenal berbeza dengan Alnaira yang pernah menjadi sahabatnya dulu. Gadis itu sudah berubah sepenuhnya sehingga dia juga dibenci oleh Alnaira tanpa sebab. Apa yang terjadi pada gadis itu sehingga Alnaira tiada rasa untuk terima cintanya? "4284. Fi Hifzillah, my Zhena..." - Zavier Aydan. "4284. Fi Amanillah, Tuan..." - Alnaira Hilya. START : 4/1/2024 END :
+9 أكثر