OG novel
140 stories
Him: The Hierarchy [Slow Update] by _reallisa
_reallisa
  • WpView
    Reads 4,277
  • WpVote
    Votes 231
  • WpPart
    Parts 2
Allysa Natasha, si dara yang sedaya upaya memikat hati seorang jejaka yang bernama Tengku Raiz. Beri la apa sekali pun alasan, gadis itu akan tetap mengejar jejaka impiannya. "Tengku ni lama lagi ke?" - Allysa "Lama apa?"- Tengku "Nak cinta saya?!" - Allysa Ya, itulah dia. Kisah cinta daripada si dara dan pujaannya. Perbezaan umur sebanyak 6 tahun membuatkan Tengku berasa tidak selesa namun bagi si dara, umur hanyalah angka! "Aku dengan kau beza 6 tahun, Allysa" - Tengku "Alah, umur hanya angka!" - Allysa Dapatkah si dara gapai hati beku seorang Tengku Raiz? Dapatkah si dara mencairkan seorang Raiz?
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 309,868
  • WpVote
    Votes 18,342
  • WpPart
    Parts 45
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
WANITA TUAN GHAZRIL by qashard
qashard
  • WpView
    Reads 281,194
  • WpVote
    Votes 11,779
  • WpPart
    Parts 44
Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Gelaran hot and spicy diusia 39 tahun itu adalah yang tepat untuk Ghazril. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna di mata wanita. "Dah 7 tahun kamu menduda, Ghaz. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik." ―PUAN SRI MAISARAH "Pintu hati ni dah tutup serapat-rapatnya. Takkan ada sesiapa yang boleh isi tempat Suri." ―GHAZRIL MIKAIL Dinginnya Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Cinta tak mengenal usia, kalau tidak takkanlah seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla begitu berani menyatakan hasratnya tulus mencintai lelaki seperti Ghazril Mikail. "Apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―GHAZRIL MIKAIL Namun Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Bagi Ghazril, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Ghazril Mikail. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―GHAZRIL MIKAIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Siapakah Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?
Secretly Yours, Aiden by ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Reads 315,377
  • WpVote
    Votes 7,695
  • WpPart
    Parts 49
Alisha tidak pernah menyangka lelaki yang hanya mampu dipandang dari jauh akhirnya menjadi suaminya sendiri. Perkahwinan rahsia itu menemukan dia dengan Aiden .Lelaki pendiam yang terlalu sukar dibaca. Sedangkan Alisha pula sentiasa merasakan dirinya tidak pernah setaraf dengan Aiden. Namun satu perkara yang Alisha tidak tahu Aiden sudah lama jatuh cinta padanya.
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 89,585
  • WpVote
    Votes 3,985
  • WpPart
    Parts 20
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
My Hot 'Daddy' by xxxImAh
xxxImAh
  • WpView
    Reads 466,761
  • WpVote
    Votes 5,505
  • WpPart
    Parts 40
‼⛔KINDA SPICY🔥 Ayra Asymirah. Hayla meminta Ayra menikah dengan daddynya, iaitu Dato' Hayden Mikael Henrich duda hot dan bergaya yang sudah berusia 42 tahun. Dia berharap dapat melihat daddynya dan guru kecil molek kesayangannya naik ke pelamin bersama. Jadikan Cikgu Ayra sebagai mummynya dan juga isteri kepada daddynya itu permintaan Hayla. Dia tidak suka sikap bekas ibu tirinya yang bernama Syahira yang masih menagih kasih dari daddynya. "Kalau Daddy tak nak kahwin dengan cikgu Ayra, Hayla dengan Haze akan tinggal dengan grandma dan grandpa." Ugut Hayla kepada daddynya yang dia bertekad akan tinggalkan daddynya seorang diri disini, jika daddynya menolak permintaannya. "I'm promise, daddy akan kahwin dengan cikgu kesayangan Hayla tu, sayang. Daddy janji." Dengan hati berat, Dato' Hayden bersedia memenuhi permintaan anak perempuan tunggalnya. "Saya hanya akan anggap awak sebagai anak saya Ayra" Itu yang diucapkan Dato' Hayden Mikael Henrich di malam perkahwinan mereka. "Saya dah lama puasa sejak dari arwah isteri saya mengandung lagi. I don't know if I can be gentle on you or not sweetheart." *Smirk
K.I.S.S (Publish under Anaasa Pub) by AilahDiela
AilahDiela
  • WpView
    Reads 354,260
  • WpVote
    Votes 1,407
  • WpPart
    Parts 10
Cerita akan diupdate setiap hari jam 8.30 malam. 🔞Sangat straight utk sya maklumkan. Cerita ini ada banyak babak2 dewasa. Yg memerlukan seseorang yg berfikiran terbuka sahaja utk membacanya. ❌Jika anda jenis cepat tertekan..menekan..jenis kaki komplain.. Ustaz ustazah..please avoid baca cerita ni. Kisah ini sangat dekat dengan saya..kerana Maria ada kisah sebenar seseorang walaupun tidak sama 100%. Aku bukan kedekut tapi aku tamak jika melibatkan barang milik aku. Tapi apa aku harus buat jika ada yang masih terpelihara datang menyerah diri. - Zafrul Jafni. "Kahwin dengan saya." Maria Jane "Kahwin? Kau ingat kahwin tu boleh selesaikan semua masalah ke?" - Zafrul Jafni Kahwin? Itulah jalan penyelesaian? Tapi... 10 syarat seorang Zafrul Jafni harus dipatuhi. Salah satunya, "Kau mesti pergi bila aku kata pergi. Rasanya kau pun tahukan, aku memang tak akan simpan kau lama. Seorang Zafrul Jafni memang untuk susah setia." Wahai Maria, bertabahlah. Tapi macam mana pula soal hati? Mampukah dia bertahan hanya semata-mata lelaki itu seorang suami. "Ingat Maria, kalau lelaki tu sentuh diri kau tadi. Aku memang tak akan kutip kau balik. Walaupun beribu kata maaf yang kau bagi..." Maria... Jika senyuman yang Zafrul mahukan. Senyumlah walau hati sendiri dirobek berkali-kali.
Qaid Alana by fairyfynn_
fairyfynn_
  • WpView
    Reads 459,609
  • WpVote
    Votes 23,740
  • WpPart
    Parts 27
1ST ROMANCE TENGKU QAID HADYAN & ALANA AISYA | Grumpy x Sunshine | Setia - Elizabeth Tan. Peringatan : Kisah yang tiada manfaat. Sekadar suka-suka. Cringe area!
𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 419,621
  • WpVote
    Votes 18,019
  • WpPart
    Parts 81
𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?
Pilihan Tuan Syah | OG | slow update ⚠️ by Yayaayriel
Yayaayriel
  • WpView
    Reads 1,578
  • WpVote
    Votes 63
  • WpPart
    Parts 22
Kun faya kun, jika Allah kata jadi maka jadilah. Ada hikmah disebalik setiap ujian yang ditimpa setiap manusia. Boleh jadi ianya kifarah atau balasan kebaikan seseorang terhadap sesuatu. Nasib mereka berbeza. Ujian setiap manusia berlainan. Begitu juga dua insan ini. Seorang diberi ujian ditimpa kesusahan atas masa silamnya yang hitam. Seorang lagi mendapat sesuatu yang dijanjikan Allah SWT atas usaha dan kesabarannya. Muhammad Harith Ezlan'syah, 26 tahun. Seorang pegawai polis berpangkat komisioner polis (CP) PDRM. Juga seorang bekas pelumba liar suatu ketika dahulu. Disebabkan kejadian itu dia mula sedar dirinya belum cukup layak untuk menjadi anggota beruniform. Dia dahulunya jauh terpesong, kemudian membuka hatinya untuk terima segalanya. Namun pengkhianatan yang dia rasakan membuatkan dia menutup semula hatinya dan mengubah dirinya menjadi seseorang yang lain. Nur Hana Raudhah, 22 tahun. Seorang wanita yang berkerja sebagai jurugambar dan juruvideo. Juga salah seorang peserta terbaik memanah berkuda wanita di Malaysia. Dahulu dia adalah seorang anak biasa, tiada duit, tinggal di rumah kecil dan membajak sawah sendiri untuk sesuap nasi. Dalam hidupnya sentiasa bersyukur kerana baginya nikmat adanya sawah itu sudah cukup kaya untuk dia. Sekarang, asbab kesabaran yang dia pegang dia dikurniakan rezeki yang serba cukup. "Aisy dah mula selesa dengan kau, kau tak rasa nak jadi mommy kepada Aisy ke?" -Harith Ezlan'syah "Lyana tu...ex-bestfriend saya,dan dia housemate saya tak sampai dua bulan pun" -Hana Raudhah "Kalau aku tak nak pergi dan aku akan tetap kejar kau? Kau nak panah aku? Panah hati aku je lah" -Harith Ezlan'syah "Saya tak nak kahwin hanya sebab kesiankan Aisy...but he deserves a mother figure in his life" -Hana raudhah He's a 'idgaf' person? No, he's possessive, clingy, obsessive. She fell first, he fell too. Then he fell harder for her.