ayien4679's Reading List
81 история
CODE OF VALOR  на hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Прочтений 62,428
  • WpVote
    Голосов 698
  • WpPart
    Частей 2
Lima tahun berlalu sejak Adara Darlene meninggalkan kisah lamanya bersama Darien Shah.Kini,Adara kembali bertemu lelaki itu tanpa pernah menyangka bahawa Darien bukan lagi lelaki yang pernah dikenalnya di kolej. "Jiran baru tu..macam serupa Darien!" -ADARA DARLENE "Kita pernah kenal ke?" -DARIEN SHAH Lelaki yang pernah disayangi dan pernah menjadi sebahagian dari hidup Adara,kini sudah menjadi seorang Kapten Tentera Darat.Lebih matang, lebih tenang dan menyimpan terlalu banyak perkara yang Adara tidak tahu. Termasuk satu hakikat bahawa lelaki itu pernah menjadi seorang suami kapada wanita lain. "Kau benci aku atau kau tak mampu untuk beritahu hati kau yang kau rindukan aku?" -DARIEN SHAH Pertemuan semula yang pada awalnya dianggap kebetulan perlahan-lahan membuka kembali kisah yang pernah mereka tinggalkan. "Semua orang benci aku.Semua orang benci kita,Darien!" -ADARA DARLENE "Five years changed everything about me,except the way i still look at you." -DARIEN SHAH Mampukah cinta lama kembali bersemi apabila kedua-duanya sudah berubah?Atau kali ini,mereka hanya dipertemukan untuk saling mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir? CODE OF VALOR
When Valen Falls In Love (slow update) на ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Прочтений 8,746
  • WpVote
    Голосов 365
  • WpPart
    Частей 34
Damien tidak pernah merancang untuk jatuh cinta. Jasmin Adira pula tidak pernah menyangka lelaki yang menyelamatkannya akan menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Di sebalik pertemuan yang kelihatan biasa, hadir sebuah hubungan yang mengajar mereka tentang kepercayaan, pengorbanan dan cinta. Namun, apabila kehidupan mula membawa mereka ke arah yang tidak pernah dijangka, mampukah mereka terus berpegang pada perasaan yang sama?
UZAIR : KALI KEDUA (C) на nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Прочтений 1,473,329
  • WpVote
    Голосов 48,442
  • WpPart
    Частей 82
FIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing. Selepas empat tahun,mencari semula dan bertemu semula bekas isterinya itu bila kebenaran mulai dibongkarkan satu persatu. -------------------------------------------- "Aku nak Isteri aku balik." - Ahmad Uzair "Lebih baik kita tak balik semula dan bawa jalan masing-masing." - Nurul Sofea MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. Start :25 SEPT 2024 End:3 DEC 2024 EDITED: SEP- NOV 2025
HEY MISS BODYGUARD на farz_bella
farz_bella
  • WpView
    Прочтений 7,626
  • WpVote
    Голосов 326
  • WpPart
    Частей 40
Disebabkan satu hari di mana hari yang paling perit bagi si kecil. Dalam satu hari dia telah kehilangan ibu bapanya, perit,sedih ya itu yang dia rasa kerana dia terpaksa hadapnya pada usia 8 tahun. Tapi disebabkan janji dan amanah yang telah dibuat terhadap arwah si kecil itu diambil dan dijaga seperti anak sendiri memandangkan mereka adalah kawan rapat kepada arwah. Tengku Hayden Amsyar yang dulu sentiasa ceria,happy selalu membuatkan orang sekeliling sering terciut dengan tingkahnya tapi lepas satu hari dia berubah kepada Hayden yang baru seorang yang pendiam,dingin lepas peristiwa tu sukar untuk melihat senyumannya. Dia diambil dan dijaga oleh keluarga Haji Adam Rashid iaitu ayah kepada Nur Qairine Adellea dan Muhd Qairul Adrian dan disebabkan satu amanah yang dibuat kepada Qairine yang mungkin agak sukar bagi perempuan "Encik ok? sorrylah kalau terkuat" -Qairine "Dah terang ii kau tolak atas simen takkan sedap pulak !" -Hayden "Kira ok lah tu daripada aku biar kau kena langgar tadi ! Betul ni ok kalau tak aku boleh bawak pergi klinik tapi nampak macam kau dah terlebih ok ni aku pergi dulu" -Qairine "Ok thanks for just now. It's ok you can go" -Hayden Bila namanya bodyguard mesti kena ikut selalu dan tanpa si jejaka sedar itu adalah isterinya sendiri. Kahwin tanpa cinta?boleh bahagiakah?wujudkah manisnya cinta lepas kahwin? ya itu semua berlaku kepada pasangan itu walaupun mereka perlu mengharungi pelbagai cabaran dalam hidup tapi mereka kekal bersama.
+ еще 2
Bisikan al-Qadr  на Laventer_Skz
Laventer_Skz
  • WpView
    Прочтений 3,109
  • WpVote
    Голосов 101
  • WpPart
    Частей 21
Di dunia di mana rahsia bersembunyi dalam bayangan, sebuah perkahwinan yang tiba-tiba menyatukan dua jiwa tanpa mereka mengetahui identiti sebenar masing-masing menjadi permulaan kisah penuh olak duri. Nur Khalisya Ezlynn memimpin masa lalu yang membekas dan nyawanya seakan menjadi mainan dalam dunianya. Dia tidak menyangka bahawa perkahwinan itu akan menempatkannya di tengah permainan takdir yang gelap dan berbahaya. Emir Zafran Rashaad, pewaris keluarga berpengaruh muncul dalam hidupnya seperti bayangan yang memukau. Dia membawa aura penuh misteri, kuasa, dan ancaman. Mereka terperangkap dalam permainan di mana setiap langkah boleh menjadi perangkap, setiap kata boleh menipu, dan setiap pilihan boleh membawa maut. Bisikan Al-Qadr adalah kisah tentang cinta yang muncul di tengah rahsia dan bahaya, di mana kesetiaan, pengkhianatan, dan obsesi bersatu dalam permainan maut yang dikawal oleh takdir. Dalam bayangan yang menanti setiap langkah, mampukah mereka bertahan, atau adakah bisikan takdir akan menelan mereka?
Abangku, Suamiku!   на safikah_rohiman
safikah_rohiman
  • WpView
    Прочтений 1,557,929
  • WpVote
    Голосов 33,630
  • WpPart
    Частей 74
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Puteri Alisya binti Megat Idrus. Dia seorang yang comel,cantik,ceria,peramah dan pandai. Tetapi dia telah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Lelaki itu adalah Irfan. Satu rahsia yang tidak pernah diketahuinya menyebabkan hatinya terseksa. Di sebabkan rahsia itu juga,dia terpaksa berkahwin dengan Irfan. Lama-kelamaan,Alisya telah jatuh cinta terhadap Irfan. Sikap Irfan yang sentiasa mengambil berat terhadapnya dan sentiasa mengusiknya menyebabkan hati dia tertarik dengan Irfan. " Hai sayang,masak apa tu?" -Alif Irfan " Masak kari kepala Irfan," -Puteri Alisya Siapa Irfan sebenarnya? Adakah irfan juga mencintai Alisya? Adakah mereka akan kekal selamanya ataupun sebaliknya? Kalau nak tahu Abangku, Suamiku! ada jawapannya.
My White Knight на theannemoha
theannemoha
  • WpView
    Прочтений 469,604
  • WpVote
    Голосов 16,785
  • WpPart
    Частей 64
Mia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit sebanyak mengubah hidup Mia malah menghadirkan rama-rama di hatinya. Seyf Hezry yang sarkastik, kaki buli dan kerek telah mencuri perhatian dan hati Mia. Munculnya tiba-tiba mengharu birukan kehidupan Mia Amanda. Tidak cukup dengan itu, lamaran yang dibuat Hezry secara tiba-tiba menggusarkan hati Mia. Keluarga menyuruhnya menerima manakala hati masih tidak bersedia. Mia akhirnya menurut kata keluarga kerana baginya, restu ibu bapa amat penting dalam perhubungan yang bahagia. Hezry sememangnya suami yang romantik, penyayang dan sangat baik. Namun rahsia demi rahsia mengenai kisah lalu Hezry seolah-olah mempermainkan takdir Mia. Setiap rahsia yang terungkai menjadikan Mia semakin tidak mengenali Hezry malah meragui niat sebenar Hezry mengahwininya.
Dendam Dalam Cinta [REVAMPED] на marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Прочтений 739,037
  • WpVote
    Голосов 22,692
  • WpPart
    Частей 85
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.
Until Our Paths Cross на lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Прочтений 5,399
  • WpVote
    Голосов 1,124
  • WpPart
    Частей 10
[4th romance] Hun Farrel | Enara Emeliya Also known as Mr. Fiance Enara Emeliya sentiasa percaya bahawa air mata bukan untuk lelaki yang memilih pergi. Prinsip itu dia pegang teguh hinggalah pada hari dia menerima kad jemputan perkahwinan daripada lelaki yang pernah dia cintai bersama wanita lain. Daripada mengalah, Enara memilih untuk hadir. Bukan sebagai bekas yang terluka, tetapi sebagai seseorang yang tidak akan pernah membiarkan dirinya kelihatan kalah. Namun, dia tidak akan datang sendirian. Hun Farrel, pewaris tunggal kepada Le Monarque dan musuh utama kepada lelaki yang telah menghancurkan hatinya, menjadi pilihan paling berisiko yang pernah Enara buat. Satu perjanjian dimeterai. Sebuah lakonan dimulakan. Apa yang bermula sebagai rancangan untuk meruntuhkan ego seseorang, perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang jauh lebih sukar dikawal. Di sebalik sikap terbuka dan kata-kata manis, Hun Farrel menyimpan sisi yang tidak pernah Enara jangka dan tanpa sedar lelaki itu mula melangkah lebih dekat daripada sekadar peranan yang dipersetujui. Dan Enara? Dia mula tersesat dalam perasaan sendiri. Antara yang nyata dan yang sekadar lakonan, antara dendam dan sesuatu yang lebih lembut, lebih berbahaya. Kerana mungkin selama ini bukan sahaja Enara yang tidak memahami Hun tetapi juga hatinya sendiri.
Forever Isn't What We Promised на moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Прочтений 910,862
  • WpVote
    Голосов 63,484
  • WpPart
    Частей 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.