𓏲
14 stories
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 6,064,262
  • WpVote
    Votes 421,756
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETE] by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 1,319,381
  • WpVote
    Votes 101,148
  • WpPart
    Parts 55
π’Œπ’†π’Œπ’‚π’”π’Šπ’‰ π’”π’†π’“π’Šπ’†π’” 𝒗𝒐𝒍 1 "π‘ͺπ’Šπ’π’•π’‚ π’Œπ’Šπ’•π’‚ π’‚π’ƒπ’‚π’…π’Š π’”π’†π’π’‚π’Žπ’‚π’π’šπ’‚..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka saling terikat. Daripada perkenalan yang singkat itu mulai hadir bunga-bunga cinta di dalam hati Hawa dan Muhammad tanpa mereka sedari. Adam. Dia... Lelaki yang amat tergila-gilakan gadis itu sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Itu sahaja cara yang mampu untuk dia mengikat Hawa dengannya. Kerana, tiada lelaki lain yang mampu menerima Hawa seadanya, melainkan dirinya sahaja. "Adam hanya tercipta untuk Hawa." Hanya kerana satu malam... Mengubah jalan cerita ini kepada Kekasih Bayangan. . . . "Bidadariku, Hawa Arlani..." "Sama ada abang atau Hawa yang pergi dahulu, kita tetap kena teruskan hidup sebab lambat-laun kita juga akan kembali kepada maha pencipta alam semesta ini. Setiap kehilangan itu akan menyedarkan kita sesuatu. Jangan dikejar cinta manusia yang takkan berkekalan, tetapi kejarlah cinta Allah yang berkekalan. Tak rugi kita kejar cinta Allah terlebih dahulu." start : 13 October 2020 end : 17 June 2021
+10 more
Jagaan Jibrail by Lahazen_
Lahazen_
  • WpView
    Reads 3,676,214
  • WpVote
    Votes 28,891
  • WpPart
    Parts 9
TERBIT [ Complete 21/2/2023 ] PDRM. Stop looking for happiness in the same place you lost it. "I can protect myself, Papa." -Yasmeen Alana. "Touch her and I'll break every bone in your body." -Mohd Zeyad Jibrail. Her protective husband. -Immortal love song ( Mahadewa feat Judika )
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,553,259
  • WpVote
    Votes 333,715
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
LOVE's MELODY|| [OG] by MiraHarumi
MiraHarumi
  • WpView
    Reads 43,074
  • WpVote
    Votes 807
  • WpPart
    Parts 14
Dingin dan kejam. Itulah gambaran bagi sosok lelaki yang bernama Erix Iskandar atau juga dikenali sebagai Erix Drystan yang merupakan seorang CEO dan juga ketua kongsi gelap yang dikenali dengan cara mereka tersendiri yang berasaskan undang-undang negara. "Erix... why did you agree to marry me?"- Adreanna Liara "There is no reason why I agreed to make you as my wife. But, I honestly want to marry you and make sure you live happily ever after. No means harms or anything."- Erix Drystan Tapi siapa sangka kehidupan Erix yang pada awalnya gelap tanpa cahaya kini berubah 180 darjah setelah berkahwin dengan pilihan hati ayahnya, Adreanna Liara yang sifatnya jauh sekali seperti Erix. "Kenapa kau tak pernah nak jujur dengan aku dari awal!"- Erix Iskandar Namun jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Itulah apa yang difikirkan oleh Erix terhadap Adreanna setelah mengetahui sesuatu hal yang mengejutkan soal isterinya itu. Kisah cinta mereka seperti melodi lagu yang berputar. Satu persatu rahsia terbongkar sehingga mengakibatkan luka empat tahun lepas yang hampir sembuh kini berdarah kembali. Sehingga dia harus memilih sama ada untuk bertahan ataupun sebaliknya. Mampukah Erix memilih keputusan yang tepat? Start: 21 Jun 2023 End: Disclaimer: ⚠️This story melibatkan unsur gore dan segala unsur keganasan ⚠️Penggunaan bahasa yang kasar ⚠️No copyright ⚠️Original idea from me ⚠️Cerita akan diperibaiki dari semasa ke semasa
Love, Aish Rayhan | C by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 3,411,028
  • WpVote
    Votes 194,905
  • WpPart
    Parts 69
1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan saya. Saya nak awak jaga saya. Please, saya takut." -NAYRA ADELIA "Ingat Nayra Adelia, aku kahwin dengan kau sebab aku kasihankan kau saja." -AISH RAYHAN Mereka berkahwin namun hanya atas dasar simpati dan perlindungan. Meski Aish masih mencintai masa lalunya dan melayan Nayra dengan teruk, Nayra tetap cuba untuk membuka hati Aish untuknya kerana dia ikhlas mencintai suaminya itu. Tetapi kesabaran setiap orang pasti ada batasnya. Apatah lagi dugaan tak henti menguji rumah tangga mereka. Di kala itu hanya perpisahan yang terlintas di fikiran. "Izinkan saya pergi, Encik Rayhan." - NAYRA ADELIA Pada akhirnya, pilihan apa yang terbaik untuk mereka? Bertahan bersama atau perpisahan selamanya? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved Β© viepixxa
HUGO DENNIZ (EBOOK) by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 311,638
  • WpVote
    Votes 29,704
  • WpPart
    Parts 10
Hari yang sepatutnya menjadi kenangan terindah di dalam hidupnya bertukar menjadi kes pembunuhan satu keluarga. Hanya dirinya yang terselamat. Satu demi satu nyawa ahli keluarganya melayang. Dia menyaksikan pembunuhan kejam itu berlaku. Hidupnya penuh dengan kegelapan. Dia hilang arah tuju hidup dan dia mahu menamatkan segalanya. "Kenapa... kau selamatkan aku?" Two broken souls. Met each other. HUGO DENNIZ - Dia anak kepada pasangan Tan Sri Heldric dan Puan Sri Maria. Merupakan salah seorang jutawan yang mempunyai syarikat penerbangan. Dia seorang yang suka merantau bersama teman-temannya sehingga suatu hari dia menjadi penyelamat gadis itu. KATERINA ROSALIND PEARL - Seorang gadis bermata amber. Sifatnya penuh ingin tahu yang mendalam dan dia seorang yang berani bertindak. Dia berasal daripada keluarga yang sederhana. Ketika usianya 19 tahun dia berpindah ke Jerman bersama rakannya Nick dan menetap di rumah Aunty Avena, adik kepada ayahnya. "My pearl..." "When I fall in love, it will be forever." - START : 8 OCTOBER 2023 END :
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,219,574
  • WpVote
    Votes 358,036
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
KEKASIH TERAKHIR [COMPLETE] by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 1,513,905
  • WpVote
    Votes 133,411
  • WpPart
    Parts 74
π’Œπ’†π’Œπ’‚π’”π’Šπ’‰ π’”π’†π’“π’Šπ’†π’” 𝒗𝒐𝒍 2 "π‘±π’‚π’…π’Šπ’Œπ’‚π’ π’‚π’Œπ’– π’Œπ’†π’Œπ’‚π’”π’Šπ’‰ π’•π’†π’“π’‚π’Œπ’‰π’Šπ’“..." TUAN IAN AL- FATTAH. ARLUNA INSYIRAH. NAWAL SALWANA. Di sini kisah mereka bermula... "Saya akan bertanggungjawab." - Ian Perkahwinan yang terjadi atas rasa bertanggungjawab, menyatukan dua hati itu meskipun si lelaki sudah beristeri. Dia... Tuan Ian Al-Fattah. Seorang lelaki yang mencintai dua orang wanita di dalam satu masa yang sama. Bukan mudah untuk dia. Dan, bukan mudah untuk dua wanita itu. Disakiti dan tersakiti. Nawal yang tersakiti diduakan di dalam diam dan Luna yang disakiti dengan penyakit yang dihidapi. Alzheimer. Penyakit yang tiada ubatnya. "Jangan pernah lepaskan saya. Sampai saya mati, abang tetap suami saya. Tiada yang lain." - Nawal "A... awak suami saya? B... bila kita berkahwin?" - Luna "Asyhadu Al Lailaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah." Ψ£ΩŽΨ΄Ω’Ω‡ΩŽΨ―Ω Ψ£Ω„Ψ§ Ψ₯Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ§ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ و Ψ£Ψ΄Ω’Ω‡ΩŽΨ―Ω Ψ§Ω† Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ψ―Ψ§ Ψ±ΩŽΨ³ΩΩˆΩ’Ω„ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ "Tenang la di sana wahai bidadari-bidadariku." Bukan milik dia. Tetapi milik Allah. Hanya la pinjaman sementara, mengajar erti sebenar 'kesyukuran' kepadanya. start : 27 June 2021 end : 5 December 2021
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,569,919
  • WpVote
    Votes 140,890
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.