tinypumpki's Reading List
2 stories
𝐁𝐚���𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚  by Nur_Arisa
Nur_Arisa
  • WpView
    Reads 18,345
  • WpVote
    Votes 406
  • WpPart
    Parts 21
Dari luar, kehidupan Nusyirah kelihatan sempurna rumah mewah, suami yang berjaya, dan status yang dihormati. Tetapi di sebalik dinding rumah agam itu, tersembunyi kebenaran yang tidak pernah dia tunjukkan kepada dunia. Fatteh, lelaki yang pernah berjanji untuk mencintai dan melindunginya, kini menjadi punca ketakutannya. Setiap kata-kata kasar, setiap sentuhan yang menyakitkan, membawa Nusyirah lebih dekat kepada jurang kegelapan. Rumah itu bukanlah perlindungan; ia adalah penjara yang membelenggu tubuh dan jiwanya. Namun, di tengah semua derita, Nusyirah menyimpan secebis harapan sebuah keinginan untuk bebas. Walaupun kelihatan mustahil, dia tahu satu perkara: dia tidak boleh terus hidup begini. Tetapi, melawan Fatteh bukan mudah. Lelaki itu licik, berkuasa, dan tidak akan melepaskannya tanpa perlawanan. Adakah Nusyirah mampu mencari kekuatan untuk melawan? Atau, dia akan kekal menjadi mangsa kepada lelaki yang sepatutnya mencintainya? Bahagia bukan miliknya ialah sebuah kisah yang penuh dengan emosi, pengkhianatan, dan keberanian seorang wanita untuk mencari cahaya di tengah kegelapan yang menyesakkan. *Slow Update
LOVING MR MAFIA {✓} by vionarch
vionarch
  • WpView
    Reads 1,054,984
  • WpVote
    Votes 44,526
  • WpPart
    Parts 52
[ BOOK ONE ] Tubuh kecil isterinya di seret tanpa belas kasihan sepanjang melangkah di lorong bawah tanah itu. Rayuan serta tangisan yang kedengaran dari wanita itu namun lansung tidak membuatkan dia merasa bersalah. Kerana dia perlu memberi pengajaran pada isterinya. "Awak... Please... Saya janji tak buat lagi. Jangan buat saya macam ni. Saya tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak!!" "DIAM LAH BODOH! KAU YANG BUAT AKU NAIK ANGIN, JADI, TERIMA LAH BALASANNYA." Jerkahan suaminya cukup untuk membuatkan hatinya terasa di hiris. Jika dia tahu amarah suaminya akan menjadi seperti ini, dia tidak akan lakukan perkara yang lelaki itu benci. Dia tidak suka dengan sisi suaminya yang satu ini. Nak atau tak nak dia kena terima balasannya. Tubuh lemah isterinya di humban kasar ke dalam sebuah bilik. Bau tidak menyenangkan mula memasuki rongga hidung wanita itu. Suhu di bilik bawah tanah itu sangat sejuk bagaikan di ais kutub. Baju yang di pakainya tersangat lah nipis sehinggakan rasa sejuk di bilik itu mula mencengkam badannya. "Awak... Jangan tinggalkan saya. Saya takut." Rayuan demi rayuan keluar di bibir pucat wanita itu namun lelaki itu masih dengan egonya. Bam! Pintu di tutup kasar lalu berjalan meninggalkan isterinya. Sejujurnya dia tidak sampai hati mahu melakukan itu pada isterinya namun mengingati perbuatan wanita itu membuatkan amarahnya memuncak. Wanita itu meringkuk di penjuru bilik sambil menangis tersedu-sedan. Air mata sudah tidak mampu untuk keluar lagi namun sedu-sedannya masih kedengaran. Betapa sejuknya suhu bilik itu sehinggakan jelas kelihatan nafasnya keluar dari hidung seolah-olah kabus. Perlahan-lahan matanya tertutup sebelum dia mula tidak sedarkan diri. Dia, si gadis malang. Damia Salsabila. Dan dia, si jejaka mafia. Sergio Manorav Mikael. • • • "Don't ever try to take my babygirl." - Sergio Manorav Mikael Start : 18/6/2021 End : 20/8/2021 Status : Completed Genre : Dark Romance Book cover : Athi (friend