mrsya2's Reading List
137 stories
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 486,354
  • WpVote
    Votes 30,283
  • WpPart
    Parts 55
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
Dalam Luka Ada Kamu by TyaAzzahra_
TyaAzzahra_
  • WpView
    Reads 89,391
  • WpVote
    Votes 4,118
  • WpPart
    Parts 69
Mungkin aku dan kau tidak menyatu tapi kisah kita menjadi saksi kita pernah bersatu. - Haura Malaiqa, seorang wanita yang bertugas sebagai pembantu peribadi buat Tengku Rayyan. Atas layanan yang berbeza terhadap Haura Malaiqa, pembantu yang lain jadi cemburu buta dan mengatakan Haura Malaiqa sanggup menjual tubuhnya pada Tengku Rayyan agar dirinya dijadikan ratu oleh Tengku Rayyan. "Oh... sekarang aku baru faham. Kau bukannya takut sebab mummy dan daddy aku tahu pasal hubungan kita ni, kan?" "Apa maksud Tengku?" "Kau takut Ryaz tahu pasal hubungan kita ni, kan?" Hubungan apa yang Tengku Rayyan dan Haura Malaiqa punyai? Rahsia apa yang Tengku Rayyan dan Haura Malaiqa cuba sembunyikan? Adakah ianya benar seperti yang dikatakan pembantu lain? "Aku akan buat kau rasakan hancurnya hati aku." "Aku akan pastikan kau lihat kebahagiaan aku dengan Kamelia." "Aku akan bahagia... dengan anak yang Kamelia akan kandungkan." Sakit? Setentunya sakit tapi Haura Malaiqa sedar akan kedudukannya. Siapalah dia berbanding Kamelia yang seribu lebih jauh berbeza darinya? Dirinya hanya sekadar pembantu yang layak duduk di dapur. Sejauh manakah Haura Malaiqa perlu bertahan rasa sakit itu? Benarkah Tengku Rayyan sudah bisa menggantikan dirinya ditempat hati lelaki itu?
Give Me Your Forever [TERBIT PBAKL 2026] by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 1,030,014
  • WpVote
    Votes 8,523
  • WpPart
    Parts 12
TERBIT | RC PUBLICATION | PBAKL2026 Angkara kehadiran orang ketiga, perkahwinan yang dibina oleh Nadiya Aleesa dan Muaz Naufal musnah. Nadiya bergelar ibu tunggal sebaik sahaja puteranya, Amsyar, lahir ke dunia. Adam Afham yang sentiasa berpegang dengan prinsip hidup 'just go with the flow' tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dan Nadiya dalam satu situasi yang tidak diduga. Pertemuan kedua mereka membuatkan Adam yakin bahawa semua yang terjadi bukan lagi sekadar kebetulan. "Awak... ada terfikir nak kahwin lagi?" - Adam Afham. Luka daripada kegagalan perkahwinan sebelum ini menyebabkan Nadiya membina benteng pada dirinya. Untuk membuka semula hatinya terasa mustahil. "Saya boleh besarkan Amsyar sendiri, Adam. Dia tak perlukan daddy baru, atau daddy lama. Mummy dia dah cukup untuk dia." - Nadiya Aleesa. Semakin Nadiya mengenali Adam, dia temui rasa tenang yang perlahan-lahan merawat luka di hatinya. Namun, ketenangan mula tergugat apabila Muaz muncul menuntut peluang kedua saat Nadiya sedang membuka pintu hatinya untuk Adam. "Bagi saya peluang untuk betulkan semula hubungan kita? Bagi saya tebus semuanya. Saya janji, saya tak akan sia-siakan awak lagi. Saya akan pastikan awak bahagia." - Muaz Naufal. Antara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus membuat pilihan. Kali ini, bukan sekadar tentang dirinya sendiri. Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan. Dan apa pilihan Nadiya? Kembali bersama Muaz atau membina bahagia baru bersama Adam?
TUANKU HAIQAL IBRAHIM:THE MISSION by VY_BEATRIZ
VY_BEATRIZ
  • WpView
    Reads 13,117
  • WpVote
    Votes 447
  • WpPart
    Parts 12
𝐶𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑑𝑖𝑠𝑒𝑏𝑎𝑙𝑖𝑘 𝑚𝑖𝑠𝑖? 𝑇𝑢𝑎𝑛𝑘𝑢 𝐻𝑎𝑖𝑞𝑎𝑙 𝐼𝑏𝑟𝑎ℎ𝑖𝑚 𝑥 𝐷𝑦𝑙𝑎 𝐴𝑚𝑒𝑒𝑟𝑎 CERITA INI AKAN DISAMBUNG SEMULA SELEPAS 25 YEARS:HIS CRUSH?!
𝐈𝐀𝐍: 𝐅𝐎𝐑 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐀𝐋𝐖𝐀𝐘𝐒 by leaasmiic_
leaasmiic_
  • WpView
    Reads 2,316
  • WpVote
    Votes 151
  • WpPart
    Parts 5
Imara Sophea, guru taska yang ceria, peramah, dan sentiasa positif, sangat menyayangi dunia kecilnya bersama anak-anak yang comel dan penuh gelagat di taska. Namun, satu tragedi telah menemukan dia dengan seorang anggota bomba yang cuba untuk selamatkan dia. "Pandang aku dan genggam tangan aku kuat-kuat. Jangan sesekali pandang bawah." "Kau selamat dengan aku." Tetapi, di sebalik tragedi itu, anggota bomba itu merupanya pakcik kepada salah seorang anak-anak taska yang dijaganya. "Aku datang sini nak jumpa anak buah aku, bukan cari jodoh." "Adam nak kau jadi 'kakak' dia. Merangkap isteri aku." Dalam diam, tersirat sisi lembut yang sukar ditebak atau dilihat. Setiap pertemuan menyimpan cerita, dan setiap senyuman figura itu perlahan-lahan membuka pintu hatinya yang lama terkunci.
Bunga Abadi [TERBIT]  by nicawalif
nicawalif
  • WpView
    Reads 284,536
  • WpVote
    Votes 6,667
  • WpPart
    Parts 22
Althaf Dailami - Seorang anggota PASKAU yang bernaung di bawah TUDM. Tegas dan komited dalam melaksanakan tugas. Siapa sangka, tugasnya menyebabkan dia kehilangan kekasih hati kerana kesibukan bekerja. "Salah aku sebab memetik bunga abadi yang bernama Arina Kaisara ni di taman orang lain." -Althaf Dailami Kekecewaan yang dirasainya menyebabkan Althaf nekad menerima pilihan hati ibunya. Namun, pinangannya ditolak oleh wanita itu. Dia tidak kecewa, tetapi hanya menerima hakikat bahawa cinta mungkin bukan miliknya. Anggun Laura - Seorang akauntan yang bekerja di bawah firma swasta. Telus dalam menjalankan tugas. Seorang gadis yang ayu dan ceria, mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihat terpesona. Di sebalik wajah ceria itu, menyimpan seribu satu sejarah hitam. Pengkhianatan kekal dalam ingatan membuatkan dia trauma untuk mengenali lelaki. "How could you..." -Anggun Laura Pertemuan secara tidak sengajanya dengan Althaf Dailami seakan memberi sinar harapan baru untuknya dan juga Althaf. Perkenalan yang singkat membawa kepada satu ikatan yang sah. "Anggun sudi tak jadi isteri Althaf?" -Althaf Dailami Saat bahagia mula dikecapi, masa lalu mula muncul kembali, meragut bahagia yang baru sahaja dibina. Akankah Anggun Laura menjadi bunga abadi milik Althaf? Benarkah cinta itu sebenarnya memang milik mereka? Start : Feb 24, 2025. End : June 15, 2025.
Here With, Asyraf ©️ by azyvrins
azyvrins
  • WpView
    Reads 325,227
  • WpVote
    Votes 10,260
  • WpPart
    Parts 69
𝐍𝐚𝐮𝐫𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐱 𝐀𝐬𝐲𝐫𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐫𝐚𝐧 'Percayalah' - AsyNaura's official anthem, performed by Afgan and Raisa. "𝘞𝘪𝘵𝘩𝘰𝘶𝘵 𝘩𝘦𝘴𝘪𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯, 𝘐'𝘮 𝘢𝘭𝘸𝘢𝘺𝘴 𝘩𝘦𝘳𝘦." Dia tidak minta diselamatkan. Dia hanya mahu difahami. NAURA ADRIANA, seorang wanita yang terbiasa berdiri sendiri, akhirnya bertemu lelaki yang tidak pernah meminta dia menjadi sempurna. ASYRAF ZAHRAN, hadir bukan sebagai penyelamat, tapi sebagai pelindung yang tahu diamnya penuh jeritan. Dalam dunia yang menyesakkan, kehadiran Asyraf jadi nadi dan sentiasa ada, tanpa ragu. Tapi mampukah cinta mengubat luka yang telah berakar sejak kecil? Mamat Kerek vs. Gangster Comel! Start : 3 May 2025 End : 9 July 2025 All right reserved, [©️-azyvrins]
Retak Tapi Rasa (C)  by azizemanis
azizemanis
  • WpView
    Reads 58,770
  • WpVote
    Votes 2,169
  • WpPart
    Parts 38
Mereka pernah bersama sebagai tunang. Namun bukan atas dasar cinta, tapi kerana suatu perjanjian bisnes semata yang jauh dari kata ikhlas. Baru sempat cinta berputik tapi semuanya retak, masing-masing membawa diri... dan luka yang tak sempat sembuh. Kini, mereka bertemu semula-bukan sebagai pasangan, tapi sebagai musuh yang pura-pura tak pernah rasa apa-apa.Terselit juga rasa rindu tapi masing-masing menidakkan. Antara dendam yang belum padam, perasaan yang masih bersisa, dan rahsia yang makin menekan... bolehkah dua hati yang pernah kecewa, berdamai dalam cinta yang tak dirancang? Ini bukan kisah cinta yang mudah. Ini kisah mereka yang pernah hampir bersatu, tapi terpaksa berpisah-dan mungkin, diberi peluang kedua.
Sir, I love you  | C |  by THERHEIYERIN
THERHEIYERIN
  • WpView
    Reads 285,976
  • WpVote
    Votes 10,986
  • WpPart
    Parts 55
Zenriq Edzlan, pensyarah muda yang terkenal dengan ketegasan dan sikap dinginnya di dalam kelas. Baginya, peraturan adalah prinsip, dan hubungan dengan pelajar harus kekal profesional. Namun, dia tidak pernah mampu menafikan kehadiran Erissa Zahra, pelajar manja, penuh gelagat gedik yang selalu berjaya mencuri perhatiannya dalam diam. Apa yang bermula sebagai perasaan terpendam, berubah menjadi kenyataan apabila mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan atas aturan keluarga. Erissa, yang sebelum ini hanya tahu mengusik, mula mengenali sisi Zenriq yang lembut dan penuh kasih. Dalam diam, cinta mereka tumbuh-perlahan, tetapi mendalam. Namun, di saat rumah tangga mereka mula mekar dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang tulus, takdir sekali lagi menguji. Satu kemalangan meragut separuh daripada memori Erissa termasuk semua kenangan tentang suaminya sendiri. Bagi Erissa, Zenriq hanyalah orang asing. Tetapi bagi Zenriq, Erissa tetap cinta pertamanya dan kini dia tekad untuk menjadikan dirinya cinta terakhir isterinya, walaupun harus bermula dari kosong... dan walaupun hatinya sendiri hampir hancur menanggung rindu yang tak dikenali lagi.