Komando
4 stories
MENANTI CINTA DARIMU by nishioohayo
nishioohayo
  • WpView
    Reads 41,236
  • WpVote
    Votes 1,266
  • WpPart
    Parts 64
Aku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan janji. Kita jumpa dekat syurga nanti. Insya-Allah... - Zill Qayyim Aku takkan pernah lupa tentang hadirnya dia di dalam hidup aku yang membawa seribu satu makna dan hikmah yang begitu besar. Terima kasih untuk semuanya, walaupun hadirmu hanya sebuah pinjaman bagaikan sesaat. Semoga kita dipertemukan lagi di syurga. - Ayesha Eshal Bahagia mereka tercipta di atas sebuah hubungan paksaan. Namun hadirnya dia telah memberi impak yang terlalu positif sehingga tidak sanggup untuk merelakan dia pergi. Tetapi itu semua sudah tertulis, takdir dan ketentuan Ilahi, tiada siapa mampu melawan atau menolak. Tidak ada sesuatu pun yang kekal di dunia, semuanya hanyalah sebuah pinjaman. Cintailah seseorang sewajarnya agar sakit juga akan sewajarnya. Cinta tidak seharusnya menjadi milik kita selamanya. Nur Ayesha Eshal & Muhammad Zill Qayyim Here is my first story. Don't forget to vote. 💐
WASIAT by hexapropymate
hexapropymate
  • WpView
    Reads 315,876
  • WpVote
    Votes 10,299
  • WpPart
    Parts 73
" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi hatinya sejak dari dulu lagi. Kapten Hanis Amirah. Seorang pegawai tentera juga. Anak kepada Leftenan Jeneral Malik ataupun mereka panggil Komander Malik. Seorang yang keras hati dan tak mudah beri kompromi. Kapten Zakri dan Kapten Hanis disatukan menjadi pasangan suami isteri. Zakri gembira tetapi Hanis anggap ini cuma rancangan keluarga. Sejak dari dulu lagi, Hanis dan keluarganya sering berbalah pendapat. Setiap yang Hanis katakan, semuanya dibantah oleh keluarga. Tetapi, apabila sudah hidup bersama dengan Zakri, Hanis mula merasai kebahagiaan. Dilayan seperti ratu oleh suami sendiri. Namun, hidup tak selalunya indah. Hubungan mereka berdua hampir berantakan akibat orang terdekat. Satu demi satu rahsia terbongkar. Sehinggalah satu rahsia besar yang diselindung oleh Zakri dan Komander Malik menyebabkan Hanis patah hati. Tetapi Zakri sentiasa ada untuk melindunginya. Walau bagaimanapun, Zakri tetap seorang manusia. Yang tidak selalu menang. Tidak selalu berada di atas. Hanis membuat keputusan untuk menyelamatkan rumah tangganya demi kebahagiaan mereka. Hanis membantu Zakri untuk mempertahankan dirinya kerana sedar, Zakri buat segalanya untuk dia. Mampukah hubungan Zakri dan Hanis bertahan?
26. Red Zone by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 161,771
  • WpVote
    Votes 14,235
  • WpPart
    Parts 74
Kalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia? Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih seronok untuk di huni. Tengok orang mati setiap hari atau tengok orang yang dah mati? Davina (belove) Serephina (fiery one) Seperti nama yang diberikan, wanita berusia 28 tahun ini menjadi seorang doktor yang cold blooded tetapi berhati nurani yang baik. Mungkin di mata orang caranya kasar, namun sekiranya itu dapat selamatkan nyawa pesakitnya, no matter what way she gonna use even it cost her own life. Davina takkan ragu-ragu untuk gunakannya. ************************************** Pain. Loss. Hurt. Scar. Semuanya itu datang dari satu nama yang sama. LUKA. Bezanya ialah, sama ada luka itu berdarah atau tidak. Dalam atau tidak. Nampak secara fizikal atau tidak. Namun bagi dia semuanya sama. Sebab ianya buatkan semua orang menangis dan alirkan air mata gara-gara hendak menahan rasa sakit yang dirasai oleh kerana suatu luka tu. End 21/11/20 November 2020
His Bambina by sffullmoon_
sffullmoon_
  • WpView
    Reads 3,175,117
  • WpVote
    Votes 137,187
  • WpPart
    Parts 95
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? Layak ke kau untuk suka aku? Dengar sini, aku tak akan pernah suka dekat kau, faham? - Fahim Mikhael Logik ke perasaan cinta tu daripada budak umur 19 tahun terhadap orang dewasa 23 tahun? Kerana benci Fahim mengambil remeh tentang cinta yang dikatakan oleh Sophea. Bagi nya Sophea yang berumur 19 tahun tidak mengerti apa itu maksud cinta sebenar. Hubungan yang terputus dahulu kini datang kembali apabila kedua nya sudah ada kerjaya masing-masing. Besar sangat ke salah I pada you, Sophea- Fahim Mikhael You tanya I? Ia tak besar Fahim tapi cukup untuk bagi I merana - Aryanna Sophea Fahim akui yang dia dah termakan dengan kata kata sendiri. Disebabkan kata-kata sepupunya, dia benci Sophea serta merta tetapi benci bertukar jadi cinta bila cerita sebenar terbongkar. Dia mahu kan gadis itu semula, Sophea berubah 360 pada pandangan nya. Sophea yang dia kenal tidak sama sekali dengan Sophea yang berada di depan matanya sekarang ini.