Encikpresident
- Прочтений 2,783
- Г олосов 900
- Частей 56
King Qareeq Naqee.
Bukan raja, bukan fantasi. Tetapi gelaran 'king' hanya gurauan kawan-kawan. Sikapnya yang tegas, protective menjadikan gelaran itu melekat padanya.
Kemasukan Laysha dalam hidupnya pula telah mengubah corak tindakannya. Dia menjadi semakin tegas untuk mempertahankan sesuatu.
Tatkala dia sibuk mencampuri urusan orang lain, mereka telah ditarik ke dalam konflik yang paling besar. Mereka berdepan dengan mainan politik dan kuasa.
"Saya tidak menuduh sesiapa. Namun, mana-mana pihak yang cuba menghalang atau memanipulasikan siasatan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya." - Menteri
Kehidupan mereka berubah sama sekali. Tidak ada hari tanpa media, tidak ada ketenangan di mata Menteri.
Kerana yang dia lawan, bukan orang biasa.
Sehingga dia hampir mengalah dan gila dengan kuasa yang lelaki itu ada. Manipulasi. Jual beli pihak atasan dan undang-undang. Semua kesalahan kini terarah padanya.
Dan semua ini mungkin tidak berpihak pada orang biasa sepertinya apabila penyalahgunaan kuasa menjadi raja dalam kehidupan dan pentadbiran.